Assalamualaikum,

Mlm ni sy ada masa sket, so boleh la cerita sket pasal journey kami menunaikan umrah. So, ni kira Part 1. Perjalanan kami dari Malaysia ke Jeddah sehinggalah menunaikan umrah kami yg pertama.

Di KLIA. Selepas parking kereta. Kami mengeluarkan beg dan terus menuju ke balai berlepas. Seperti yg diminta oleh Agen Andalusia, kami semua berjumpa di Aras 5, kaunter K & L pada pukul 12 tengah hari.

Semasa ketibaan kami di KLIA, dah banyak pun jemaah yg sampai ke KLIA. Memandangkan perjalanan kami terus ke Mekah, kebanyakan jemaah lelaki sudah pun berpakaian ihram. Dan jemaah perempuan pun dah siap dengan telekung masing2. Masa ni, sy tak pakai ihram lagi... Gambar kat atas ni menunjukkan beg2 jemaah yg dah ready utk di check in secara berkumpulan.

Selepas check in, kami pun masuk la ke terminal berlepas. Ni gambar Maria and her mother sedang berjalan menuju ke Gate yg telah di tetapkan. Memandangkan masa ni baru masuk waktu solat fardhu Zohor, kami semua menunaikan solat zohor dan asar sekali di sini.

Di KLIA, flight Saudi Airlines yg kami naik.. Bertolak pada pukul 3 petang. Tempoh perjalanan kami 8 jam di atas flight. Perghhh.. Letih dan memenatkan... Pukul 3 kami berlepas, dan kami sampai pukul 11 malam jam Malaysia. Memandangkan waktu di Jeddah beza 5 jam dengan waktu di Malaysia, kami tiba di sana pukul 6 petang waktu Jeddah. Kami semua berniat mengerjakan umrah semasa berada di dalam kapal terbang. Iaitu lebih kurang satu jam sebelum mendarat. Masa ni, semua jemaah mesti berpakaian ihram dan mesti mula menjaga pantang larang ihram sehingga habis mengerjakan umrah.

Setibanya kami di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah..

Mak sy semasa keluar dari kapal terbang... Di Jeddah Airport, kita kena turun ke bawah dengan tangga yg disediakan sebelum dibawa menaiki bas utk ke terminal ketibaan.
Sy sedang menunggu Maria yg masih belum turun dari kapal terbang...

Setibanya kami di terminal ketibaan, first kena lepas dari imigresen.. Masya Allah, dugaan yg pertama bermula di sini. Sy tersalah pilih line. Sy pilih line yg pendek... Tapi di depan sy jemaah2 dari Oman kalau sy tak silap.. Masya Allah, depan kami ada lebih kurang 10 orang sahaja, tapi masa yg diambil utk setiap jemaah Oman lepas imigresen lebih kurang 7 minit. Sy pun tak pasti kenapa lambat sangat. Berbanding dengan jemaah yg berbaris di barisan yg panjang, tapi semuanya jemaah dari Malaysia.. semuanya lepas dengan pantas. Jemaah Malaysia hanya mengambil masa 1 minit utk selesai.. Walaupun kami antara yg terawal tiba di imigresen ni, tapi kami antara yg terakhir keluar dari sini.. Jemaah2 lain semuanya dah lepas awal.. Lagi satu, FYI, di sini akan ada pekerja2 cleaner airport dari Bangladesh yg akan dtg dan offer kita Sim Card dari Mekah, so kita boleh beli di sini. Tapi kena berhati2, biasanya diaorg ni jual mahal sket. Harga yg berpatutan utk Sim Card adalah 50 Riyal duit dgn nilai 50 Riyal Duit dlm Sim Card...

Selepas itu, bas membawa kami dari Airport ke Hotel Abeer Garden di
Mekah. Jarak hotel ke masjid dlm 300 meter. Boleh tahan la.. Selepas habis berkemas barang di bilik, kami menuju ke Masjidil Haram utk menunaikan Umrah kami yg pertama. Utk memastikan kami tawaf dengan betul dan ini first time sy bawa jemaah2 lain yg turut serta.. sy tak lah ambil gambar semasa di hadapan Kaabah... Tapi, bila di Sai, baru start ambil gambar balik.... Gambar di atas ni gambar Maria and Mak semasa mengerjakan Sai....

Selepas selesai tawaf, kami menunaikan sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Jarak antara dua bukit ni dianggarkan dlm 450 meter. Biasanya, dalan keadaaan berjalan dengan kelajuan sederhana, mengambil masa 45 minit utk selesaikan ibadah sai. Itu kalau org tak ramai, kalau ramai org.. lebih panjang masa diperlukan utk menunaikan sai. Alhamdulillah, seperti yg dijangka, kami tamat mengerjakan umrah dengan bertahlul lebih kurang pada pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah, kami dpt mengerjakan ibadah umrah. Moga ibadah kami ini diterima Allah.. Amin..

Kami selesai mengerjakan umrah yg pertama lebih kurang satu jam sebelum waktu subuh. Memandangkan waktu subuh sudah hampir, kami decide utk stay di masjid dan hanya balik ke hotel selepas solat Subuh. So, lepas umrah sy pun ambil la gambar Maria ngan mak mertua sy di membelakangkan Kaabah.
.
Selepas solat subuh, kami terus balik ke hotel utk bersarapan dan tidurr.... Perghh.. Agak memenatkan sebab semalaman kami tak dapat tidur...
.
Ok.. Ini lah sahaja utk entry kali ni.. Till then.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top