Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya, isteri dan mak mertua terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada 14-27 April ni. Sy bersyukur kerana setelah lama plan, akhirnya Allah memberi keizinan utk kami menjadi tetamu Allah. Mula2 Maria kena kumpul cuti, sepanjang tahun lepas terpaksa berjimat cermat dengan cuti tahunan. Semuanya dikumpul utk digunakan semasa kami menunaikan umrah.

Biasanya, kalau ada sahabat2 sy yg pergi menunaikan umrah, sy akan kirimkan doa utk didoakan di hadapan kaabah. Sebab doa yg paling mustajab dibaca adalah doa didepan Multazam.. Iaitu antara pintu Kaabah dan Hajarul Aswad. Setakat ni, semua doa yg dibaca di situ, semuanya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah...

Memandangkan Allah memberi peluang untuk sy pergi ke Mekah kali ini, dan memang dah ramai pun yg call sy minta sy doakan hajat2 mereka di hadapan Kaabah. Memandangkan Allah dah memberi peluang sy utk sampai ke sana, sy berbesar hati utk memanjangkan hajat2 sahabat2 sy yg ingin sy doakan hajat mereka di hadapan Kaabah. Cuma yg saya minta, kalau nak minta sy doakan sebarang hajat di hadapan Kaabah, tolong emel sy seperti berikut:

1) Taip semua doa dlm Microsoft Word 97-00 Document. Jangan save dlm advance version, nanti sy tak leh nak buka

2) Tulis doa tu dengan membahasakan diri sendiri menggunakan nama sendiri. Sebab sy yg akan baca doa tu. Contohnya. Nama Khairul. "Ya Allah, sahabat aku Khairul ingin memohon kepada mu supaya dipermudahkan urusan dia ................. " So, bila sy baca, doa tu di refer ke Khairul. Kalau tulis "Ya Allah, aku memohon kepada Mu... " Bila sy yg baca doa tu, sort of sy yg minta doa tu.

3) Jangan tulis lebih dari satu muka surat. Sebab setakat ni memang ramai yg minta sy doakan di depan Kaabah. Jadi, sy rasa satu muka surat memadai utk sy baca di sana.

4) Kalau boleh, doa tu straight to the point. Senang sy nak minta...

5) Emelkan kepada mfms1981@yahoo.co.uk sebelum hari Sabtu ni. Sy akan print semua doa sahabat2 hari Ahad. Kalau emel sy selepas tu, sy takut tak sempat nak print. Sebab sy akan ke KL hari Selasa dan berangkat ke Mekah hari Rabu.

6) Walaupun sy mungkin tak kenal pembaca blog ni, tapi kalau still berhajat nak minta sy doakan.. No problem. You are most welcome....

Sebarang hajat, termasuklah utk kebaikan anak2 kita yg masih kecil. Pekerjaan kita.... Bisness kita.. Atau apa2 saja hajat...

Kepada sahabat2 dan pembaca blog ni, tolong doakan mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan sy, isteri dan mak mertua sy sepanjang perjalanan kami pergi dan pulang. Dan dipelihara ahli keluarga kami di Malaysia...

Sekiranya sy ada terbuat sebarang dosa dengan sesiapa, sy dan isteri memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kalau ada yg terbelanja sy, mohon dihalalkan segala makan dan minum....

Oklah. Till then..

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top