Assalamualaikum,

Setelah puas mencari hampir setahun, akhirnya saya jumpa satu tanah yg sesuai utk buat projek ternakan ayam yang baru.. Sy hampir berputus asa sebab bukan senang nak cari tanah yg sesuai utk buat ternakan reban ayam.. Banyak faktor yg perlu di consider. Jalan access mesti ada, bekalan letrik mesti boleh sampai, bekalan air mesti ada, jauh dari rumah orang.. Semua nak diconsider..

Dan setelah puas berdoa dan berusaha, akhirnya penantian ku berakhir... Terjumpa tanah 1.1 ekar di Bandar Baharu. Lebih kurang 12km dari rumah saya. Kira-kira tak lah jauh sangat. Taklah susah sy nak travel hari2 ke reban ni dari reban sy skrg ni di Parit Buntar.

Tanah ni seluas 1.1 ekar, terletak betul2 di tepi highway berdekatan dengan Plaza Tol Bandar Baharu. Harga yg sy beli dari Tuan Tanah RM67 000 + RM2000 utk broker + RM7000 utk buat jalan sampai ke tanah tu... In total dlm RM76 000 utk semua tu. Antara kebaikan tanah ni, tanah ni dah keras.. sy tak perlu tambak dengan tanah merah lagi. Boleh jimat lagi duit....

Semalam, sy dah ke Pejabat Tanah utk proses tukar nama atas geran. Nak buat loan bank pun nampak macam tak wajar aja, sebab tanah ni pun tak lah mahal sangat... so, beli cash aja lah... Segala urusan tukar nama dah selesai dan pejabat tanah kata geran akan siap dalam masa 2 minggu. For your info, this is the second land that I bought using my own money... Alhamdulillah...

Since I bought this land, I'm planning to sell the first land that located in Sg Sega, Selama Perak. I just can't afford financially to hold both lands. I need some cash for my next project...

Pembelian tanah ni just the first step. After this, nak kena apply loan pulak dari bank utk buat reban ayam baru.. Loan Agrobank sy dah apply tapi sampai skrg tak tau keputusan lagi, kalau lulus Alhamdulillah, kalau tak lulus kena tengok alternatif lain...

Tanah ni bersempadan dengan highway.... Nampak tak signboard Parit Buntar, Bandar Baharu, Serdang yg warna hijau tu... Kiranya dari highway memang nampak lah tanah ni....

Jalan rezab tepi highway...

Ni lah tanah tu... Skrg ada pokok2 hutan saja... Tapi, most tanah kawasan tu memang tanah keras.. So, tak perlulah sy nak tambak lagi...
.
To all, please pray for my success.. If this project success, road to be a millionaire become closer... Insya Allah, we pray for the best..
.
Mudah2an, Allah beri yang terbaik.. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan... Kerja kita, Berdoa, Berusaha, Berusaha, Berusaha dan Bertawakkal.. Berjaya atau tidak.. serahkan kepada Allah...
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top