Assalamualaikum,

Hari ni ayam di EP11 umur 23 hari dan di EP07 22 hari. Masa umur 21 hari, berat ayam di EP11 906g jantan dan 862g betina. Di EP07 pulak jantan berat 903g dan betina 862g. Skrg, performance di kedua2 reban nampak setara.

Kalau diikutkan dengan berat pada hari 21, Alhamdulillah nampak ok as compared to previous batch. Average weight utk hari 21 jantan 900g dan betina 850g. Kalau lebih dari tu, kira ok la...

Biasanya, bila timbang ayam pada hari 28, sy dah boleh predict untung utk pusingan tu.. So, tunggu hari 28, kalau berat ayam still ok... Insya Allah, cerah masa depan... Amin...

Minggu lepas sy taruh ubat neomycin utk cuci usus ayam.. Skrg nampak ok sket.. Lepas bubuh ubat 3 hari, sy masukkan ubat vitamin pulak utk nak stimulate chicken growth. Skrg ni, banyak farmer yg advise utk berikan ubat cacing kepada ayam walaupun ayam tu tak sakit. Prevention is better than cure. So, plannya hari ni nak bubuh ubat cacing for 3 days. Ubat cacing ada banyak jenis, so bila nak beli sy biasanya dptkan pandangan daripada member2 lain yg dah guna ubat cacing jenis tu.. Nak make sure ubat cacing tu berkesan...

Ok.. rasanya cukup dulu buat masa ni.. Nanti sy update lain.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top