Assalamualaikum,

Sorilah, dah lama tak update blog. Sibuk sket skrg ni. Skrg ayam umur 11 dan 10 hari. So far, ayam ok. Not much problem. Ayam di EP07 yg banyak mati hari tu dah slow sket kematian.

Berkaitan dengan performance, masa umur ayam 7 hari berat di EP11 185g (Jantan) dan 178g (Betina). Dan utk EP07 masa 7 hari berat jantan 188g (Jantan) dan 182g (Betina). Kalau nak diikutkan kedua-dua reban ni, Alhamdulillah. Memberangsangkan buat masa ni... So, kita tgk la berat ayam masa umur 14 dan 21 hari nanti. Masa tu baru kita boleh determine ayam ni betul2 ok atau tak.

Ok.. skrg cerita benda2 baik dulu lah... Hmm.. about my friend.... dia ternak ayam dengan KFC.. Utk pusingan yg pertama dia bela ayam dengan KFC, dia untung RM1.95 seekor.. Perghhhh... Banyak gila, kalau tiap2 pusingan untung macam ni........ Hmmm.. Kaya2... Sy mendoakan moga dia sentiasa berjaya dlm pusingan seterusnya lepas ni....

Ok.. cerita yg kurang baik pulak... ada satu cerita.... Anda Nak Bela Ayam.... Dengar sini baik2. Ni cerita realiti apa yg berlaku dekat reban ayam kawan sy. Reban ni terletak di Tasek Gelugor. Kawan sy ternak ayam 11500 ekor ayam sepusingan. Dan menggunakan seorang pekerja.

Apa yg berlaku di reban dia 2 hari lepas menghuru harakan keadaan. Ada 4 orang perompak bersenjatakan parang datang ke reban dia dan mengacukan parang ke leher. Perompak mengugut pekerja utk diam dan akan pancung kalau buat bising. Pekerja tu diam aja la...

Habis semua barang dirompak. Antaranya penimbang digital berharga RM1800, penimbang jarum beharga RM300, dua tong gas beharga RM100, wayar dan bermacam2 lagi. Yg lebih memeritkan, semua benda ni hilang 2 hari lepas dan ayam dia dijadualkan masuk hari ni. Dan disebabkan short notice, CP tak sempat nak tunda kemasukan anak ayam. So, terpaksa lah dia masuk jugak anak ayam hari ni. Dan dia terpaksa buat semua ni sendiri... Sebabnya, pekerja dia dah fobia dan nak berhenti kerja...

Sy turut bersimpati dengan apa yg berlaku dengan sahabat sy. Moga Allah permudahkan urusan dia lepas ni.. Aminnn.... Ni adalah salah satu cabaran apa yg berlaku bila kita buat bisness... Terutamanya, ternakan ayam...

Alhamdulillah, benda2 mcm ni tak pernah lagi terjadi di reban sy.. Nauzubillah...

Oklah.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top