Assalamualaikum,

Cerita Pertama

Pagi semalam, seorang member sy yg bela ayam ada call sy. Dia dah bela ayam 4 tahun. Dah 24 pusingan ayam. Mula2 dia bela 6000 ekor ayam, lepas tu tambah lagi jadi total 13000 ekor. Nama member ni Ramachandran.. Dia ternak ayam dengan CAB. Reban dia terletak di Bukit Selambau, Kedah.

Sy kenal Chandran ni masa jumpa dia di office CAB. Masa tu sy ternak ayam dengan CAB. Dan masa di office, sy ada terjumpa sorang India ni tengah nak sain agreement ternak ayam dengan CAB. Masa tu sy sembang la dengan dia. Rupa2nya, dia baru nak ternak ayam utk first time masa tu. Sy pun sembang la dengan dia, rupa2nya.. Dia langsung tak tau macam mana teknik2 ternak ayam...

Sy kesian tengok dia... Walaupun dia India... sy tetap tolong. Sy ceritakan kat dia teknik2 ternakan ayam. Walaupun masa tu sy pun masih baru dlm ternakan ayam ni. Sy cerita in detail kat dia A to Z. Kami duduk di office tu lama. Dlm hati sy, sy mesti kena tolong farmer ni.. kalau sy tak tolong, sy takut nanti farmer ni bungkus pulak. Dah la dia baru berhenti kerja kilang semata2 nak ternak ayam... Sy tak sanggup tengok ada farmer2 yg bungkus bila bela ayam...

Dan lepas pertemuan di office, kami masih berhubung melalui telefon. Dan satu yg sy suka pasal farmer ni... dia selalu telefon sy. Dan setelah sekian lama dia tak telefon... dan sy pun terlupa nak telefon dia.. Pagi semalam dia telefon dan sekali lagi dia cakap "Firdaus, terima kasih la banyak2... Sebab masa sy mula2 dulu.. Firdaus selalu tolong sy.. Firdaus sy dah anggap macam cikgu ayam sy." Bagi sy, sy tolong dia sket aja.. tu pun masa dia mula2 nak start ayam, lepas tu dia pun dah pandai jaga ayam dia sendiri. Sy bangga tengok Chandran ni, semangat dia kuat... Walaupun kadang2 bela dia untung kurang, tapi semangat dia tak pernah turun..

Berdasarkan apa yg sy sembang dengan dia semalam... skrg dia dah boleh dpt untung yg agak konsisten setiap pusingan. Dia kata dia dapat konsisten RM1. Skrg dia dah pandai tengok ayam sakit, dan dah banyak jenis ubat yg dia dah tau... Then, dia siap share lagi ilmu2 dia yg baru... Sy mendoakan moga dia terus berjaya dlm dunia ayam...

Cerita Kedua

Reban sy memang selalu ada visitor. Minggu ni saja ada dua visitor yg datang utk nak bertanya pasal ternakan ayam. Sorang dari KL dan sorang dari Penang. Memandangkan umur ayam masih kecil, sy minta maaf sangat2 kat dia org sebab sy tak boleh kasi dia org tgk ayam sy. Walaupun hajat dia org datang nak tgk ayam. Sy cakap sekarang ayam umur masih muda dan senang terdedah kepada penyakit. So, sy memang tak bagi sesiapapun tgk ayam sy. Kalau datang pun, boleh tgk reban ayam saja dari luar. Then boleh la sembang dengan sy dan tanya apa saja. Sy akan cerita tanpa sembunyi apa2 rahsia.

Visitor dari Penang, Mak Cik Aziah nampak lebih serius. Dia pun dah survey macam2 business dan dia terasa betul2 berminat dengan ternakan ayam. Sebab tu dia datang sembang panjang lebar dengan sy pasal ayam... Sy cakap la yg sy bersedia nak bantu dia sekadar termampu... Dan reban yg dia nak buat pun tak jauh sangat dari reban sy.. Dalam 15km aja. Boleh la sy bantu sekadar termampu.

Utk Mak Cik Aziah.. kalau betul2 serius.. sy doakan agar apa yg mak cik bakal usahakan berjaya.. Sy disini.. Insya Allah akan membantu sekadar termampu..

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top