Assalamualaikum,

Smlm sy pi tengok tanah lagi.. Mungkin tanah yg ke 25 yg sy pi tgk tadi. Dah penat pusing... Sy betul2 rasa letih.... Betul2 rasa penat. Bukan senang nak cari tanah. Frankly speaking, sy nak cari tanah yg harga below than RM150k. Baru budget cukup.. Kalau yg harga lebih.. Susah la sket. Mana nak cari wang... Dan keluasan tanah yg sy cari sebenarnya dlm 2-3 ekar saja.

Petang smlm ada member ckp ada tanah di Bandar Baru. Area Lubuk Buntar. 2 tempat. Satu tempat 4 ekar harga RM160k. Dan lagi satu tempat 5 ekar RM200k. Kalau nak diikutkan, sy memang cari tanah yg below RM150k.. Tapi tanah yg 4 ekar tu tak sesuai. Sebab tanah tu terletak betul2 di tepi ladang itik. Dan ayam dengan itik tak boleh duduk setempat. Sebab tu tanah tu tak sesuai. So, terpaksa ditolak walaupun tanah ni harga dia boleh dibeli lagi.

Next kami ke lagi satu tempat. Tanah 5 ekar RM200k. Tanah ni tepi jalan. Tapi nak kena lalu mini tar dulu. Tanah ni kira ok. Boleh buat reban. Cuma jalan masuk pulak problem. Tu yg tak boleh nak proceed ngan tanah ni.

Before kami nak pi tengok lagi satu tempat, hujan turun.. Tempat ni org cakap 5 ekar. Tempat di Sg Kecil Illir. Tepi jalan. Cuma harga org cakap RM350k. Sy pun cakap la, mana nak cari duit. Lepas member call owner tanah tu, dia turunkan ke RM300k. Walaupun dah turun, tapi harga tu masih jauh diluar kemampuan sy. Mula2 sy budget RM150k ke bawah, dan tiba2 sy mcm terpaksa menaikkan limit kepada RM200k. And now RM250k, it is just too much from my early budget. Itu pun kalau owner nak jual RM250k.

Sy call Market Valuation Surveyor.. Dia cakap tanah kat area yg sy maksudkan tu harga utk seekar dlm RM40k. So, kalau 5 ekar, dlm RM200k. Kalau harga macam ni, bolehla nak dipertimbangkan utk beli. Boleh la sy cari duit nak beli.. Kalau tak... Hmmmm

Financial is another problem, bila nak beli, kena ada cash jugak. Baru boleh beli tanah and buat loan bank sebab bank boleh loan 70% daripada value tanah saja. Misalnya, kalau tanah yg 5 ekar tu di valuekan pada harga RM200k, bank boleh bagi loan dlm RM140k sahaja. Maksudnya, any different sy kena keluarkan cash. Contoh, kalau owner nak jual tanah tu pada harga RM250k, sy kena keluarkan cash RM110k. MANA MAU CARI WANG BANYAK NI...

Sy dlm keadaan terdesak sekarang. Sy dalam situasi di mana, sy nak kembangkan perniagaan sy.. Tapi terbatas dengan kemampuan kewangan. Walaupun sy nampak perniagaan ni ada potensi...

Mlm tadi, sy pun bangun la.. Solat Istikharah dan Solat Tahjud.. Minta pertolongan dari Allah. Mudah2an, Allah permudahkan dan beri sy yg terbaik tak kiralah kat mana tanah yg nak jumpa... To all reader, please pray for my success.. Amin..

Wasssalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top