Assalamualaikum,

Pagi tadi, sy ke PPK Bagan Tiang/Parit Buntar utk hadiri Kursus Tanaman Cendawan. Mula pukul 9 pagi - 12 tengah hari. Masa sy pi tengah ucapan perasmian oleh Pengerusi PPK Bagan Tiang. Yg lawaknya, sepatutnya dia rasmikan majlis tu, tapi dia lupa nak rasmi. Dia bagi ucapan aja.. Lepas tu, dia ucap selamat mendengar dan berkursus...

Lepas MC cakap dia terlupa nak rasmikan... Terus dia patah balik ke Mic dan cakap dia rasmikan kursus ni..... Sempat lagi dia buat lawak.. "Minta maaf la.. dah tua tua ni... selalu terlupa... kadang2 org tanya nama bini pun terlupa gak.... tu satu.... kalau dua tiga.. lagi la lupa..." Terus semua org gelak...

Penceramah tengah sampaikan ceramah
Tengah cerita in detail pasal cendawan tiram ni

Ni sample cendawan
.
Best gak la dengar ceramah kak ni... dia cerita la pengalaman dia susah payah nak naik dalam industri ni.. Dan setelah bersusah payah selama dua tahun.. sekarang dia dah beroleh pendapatan mencecah RM10k sebulan... Menarik tu...
.
Sesiapa yg minat nak tau in detail pasal Cendawan Tiram ni.. boleh tgk blog kak ni di http://www.agrosun.blogspot.com/
.
That's all.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top