Assalamualaikum,

Hari ni ayam umur 16 dan 13 hari. Sepatutnya.. pagi ni sy buat vaksin di kedua2 reban. Bila nak buat vaksin, kerja2 bermula dari pukul 5 pagi. Tujuan kita bagi vaksin kepada ayam so that ayam tu ada antibody nak lawan penyakit....

Pukul 5 pagi tadi, sy call Bangla sy suruh tutup bekalan air ke dalam reban. Utk buat vaksin, kita kena puasakan ayam dari minum dalam 1 jam setengah - 2 jam. Bila kita tak bagi ayam minum, ayam akan dahaga... Dan bila kita masukkan vaksin... ayam akan terus minum. Ubat vaksin ni perlu dihabiskan dlm masa 1-2 jam lepas bancuh.

Pukul 6.45 pagi tadi sy ke reban... sy dah masukkan 10 bongkah ais ke dalam air minuman ayam. Kalau nak buat vaksin, mesti guna air sejuk. Kalau tak bakteria dlm vaksin akan mati. Lepas air dah sejuk, sy masukkan anti klorin dlm minuman tu nak mematikan semua bakteria2 dlm air. Then, sy suruh bangla sy pi ambil ubat yg CP hantar hari Khamis lepas. Ubat tu kena letak dlm peti ais...

Bila bangla bawa mai ubat , sy tgk satu reban CP bawa ubat vaksin yg betul, Vaksin Gumboro. Tapi lagi satu reban CP bawa vaksin ND ( Newcastle Disease)... Aduh... Mcm mana ni... Sy pun call CP pagi2 buta ni, cakap dia tersilap bawa vaksin.. And dia cakap akan hantar balik vaksin Gumboro hari Isnin...

So, sy proceed la dengan satu reban saja bagi vaksin. Lepas dah campur vaksin dlm air, biar dalam 5 minit supaya vaksin tu melarut dan bercampur dengan baik dlm air. Lepas tu baru On balik suis air supaya air boleh masuk ke dalam reban.

Lepas ON air ni, ayam2 dlm reban terus serbu Nipple Line... Sebab dahaga lepas 2 jam tak minum... And pekerja pun kena pusing2 dlm reban... kena halau ayam2 yg malas yg tak minum supaya pi minum... Dalam 1-2 jam, air vaksin tu pun habis...

And kerja2 bagi ayam tu makan pun bermula macam biasa....

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top