Assalamualaikum,

Baru-baru ni, kipas sy ada problem. Satu di reban besar dan satu di reban kecil. Di reban besar, belt kipas putus dan hentam blade kipas. Blade patah dan kena tukar dengan blade baru. Yg jadi masalahnya, Cumberland ( Supplier Equipment ) cakap blade yg sy guna tu dah tak dak sekarang. Skrg guna blade jenis baru.

So, nak kena buka the whole fan dan hantar ke Cumberland di Juru Autocity utk modification. Nak hantar pulak kena pakai lori. Aduh.. Nasib baik boleh sembang ngan driver lori dedak. Minta dia hantar dan ambil kipas tu di sana. Sy bagi dia RM50. Kalau tak, nak sewa lori utk hantar saja pun dah RM150 dan ambil balik pun RM150..

Lepas Cumberland dah repair, kos utk repair blade tu RM800. Kipas baru siap dengan motor baru harga RM1550. Tapi, sebab sy dah ada banyak motor spare, sy tak mau la beli the whole thing.

Bukan senang nak bukak kipas ni seketul keluar. Dah la berat kipas ni dlm 80kg. Punyalah susah nak keluarkan dan pasang balik. Nasib baik la sy buat sendiri aja semua benda ni... Kalau nak upah org, lagi la mahal...

Ni gambar kipas masa nak pasang balik.
.
Di reban sebelah pulak, pulley yg pusingkan sub kipas pulak rosak. Bila kipas tu pusing, dia macam dah nak melelong. Sebelum blade kipas ni patah, baik la repair dulu.
.
Kalau nak diikutkan, tak lah susah sangat nak bukak pulley and sub tu. Tapi, disebabkan skru yg dipasang terlalu ketat nak dibuka.. Last2 terpaksa guna mesin grinder. Potong aja besi tu. Lepas tu, pi beli pulley and pasang balik. Bunyi macam senang la.. Tapi, masa buat tu punya la susah...
.
Nasib baik la sy buat sendiri gak. Kalau upah company Cumberland panggil teknikal dia mai, kurang kurang dlm RM150. Ni sy buat sendiri, it cost me RM25 only.

Potong pulley dengan mesin grinder.
.
Pengajarannya.... Bukan senang nak buat reban ayam. Kita kena ada skill yg boleh kata satu pakej lengkap... Wiring, piping, repairing... dan macam2 lagi.... Kalau kita boleh buat sendiri.. Memang terbaik lah....
.
Ok.. that's all. Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam,

    Agak2, berape average maintenance cost setiap pusingan? If u dun mind, please reply my queries in previous entries relating to component in production cost. TQ

    BalasPadam
  2. Tak tentu... Biasanya Unschedule Maintainence.... So, tak leh nak cakap berapa. Dan bergantung dengan kapasiti ayam kita.. Lagi banyak ayam kita, lagi besar la maintainence cost. Tapi biasanya sy spend dlm RM1000 per cycle utk nak repair apa2 yg rosak.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top