Assalamualaikum,

Dah lama tak upload, kali ni sy upload pulak gambar2 mcm mana sy hadapi ayam sakit kali ni. Pusingan kali ni memang agak pelik. Bermacam2 pengalaman baru sy jumpa kali ni. Walaupun dah 21 kali bela, ini first time ayam sakit yg pelik2.

First, sy detect ayam sakit since umur 11 hari. Ni kepelikan yg pertama. Dlm sejarah bela ayam, ayam tak pernah batuk umur 11 hari. Paling awal kalau nak batuk pun start dari umur 18 hari. Dan kepelikan yg kedua, ayam yg sakit ayam betina. Biasanya, ayam betina punya susah nak sakit. Yg senang sakit ayam jantan. Dan kali ni, ayam betina yg start sakit. Lepas ayam betina sakit, berjangkit ke ayam jantan pulak.

Lepas berjangkit ke ayam jantan, dia melarat pulak ke reban sebelah. Dan yg kena ayam betina jugak dulu. Lepas ayam betina, baru berjangkit ke ayam jantan pulak di reban sebelah.

Kepelikan yg ke 3, kali ni ayam ni betul2 resistance dengan ubat. Bubuh ubat bermacam2, tapi tetap tak mau baik. Hari ke 11-14 bubuh ubat Tylan+Doxy. Batuk tak baik tapi makin bertambah teruk. Hari 15-16. Bubuh Doxy+Erythromycin. Tak baik jugak.

Dr CP mai reban suruh bubuh Tylan+Doxy balik. So, sambung la ubat ni balik dari 17-21. Still tak mau baik lagi. Dr suruh tukar ubat lagi. Letak Gentamycin. So, letak la ubat ni dari 22-26. Masa letak ubat ni, ayam batuk dah berkurang sket. Tapi mortality masih tinggi. Since masih lagi ada batuk sket2, Dr suruh tukar ubat lagi. Masukkan ubat Norflox+Amoxcycilin.

And Alhamdulillah, setelah berusaha keras memacam, akhirnya ayam kali ni baik terus dari batuk. Skrg langsung tak dengar ayam batuk. ALHAMDULILLAH. Syukur bebanyak.

Walaupun ayam ni sakit, kepelikan yg ke 4, berat ayam ni tak turun. Kebiasaannya, kalau ayam sakit, ayam tak lalu makan, dan berat akan berkurang. Tapi, kali ni Alhamdulillah, berat ayam maintain. Alhamdulillah....

Kepelikan yg ke 5, sy tak tahu apa punca ayam ni sakit. Sy hanya buat apa yg tiap2 pusingan sy buat. Tapi, kali ni dia batuk terlalu awal. Tak pa lah, redha aja lah... Tapi yg sy tak puas hati, CP boleh cerita dekat org lain... Kata ayam saya sakit sebab sy tak pay attention dekat ayam. Boleh CP ckp kata sy jaga mak saya dan tak sempat nak tgk ayam.. Tu punca ayam sakit.

Sy betul2 tak puas hati sebab ni. Sy tak ckp lebih2 pun ayam ni sakit, sy terima aja dengan redha. Dan berusaha utk nak bagi ayam ni baik balik. Sy tak pulak tuduh anak ayam yg CP hantar tak elok. Tapi, PERINGATAN UTK CP, lain kali kalau ayam sakit pun, jgn la tuduh farmer mcm ni. Kalau nak cakap pun, GENTLE la sket, cakap depan2. Ni ckp kat org lain. Tak pa la, biasalah... org selalu meletakkan kesalahan atas bahu org lain...

Ayam2 yg kecil dan sakit, mesti di keluarkan dari reban. Sebab ayam2 ni pembawa penyakit. So, sembelih ayam ni dan bagi ikan keli makan.

Ni gambar ayam2 yg mati... Ni kira sket la ni. Ada 1 hari tu mati hampir 130 ekor sehari...

Ni tanda2 ayam kena CCRD. Critical Chronic Respiratory System. Jantung dan Paru2 ayam akan disaluti lemak

Ni paru2 ayam yg kena salut lemak. Tanda ayam sakit..

Dlm perut ayam yg kritikal..
.
Skrg ayam dah umur 33 hari. So far so good. Cuma mortality agak tinggi. Tapi, since ayam mati masa kecik, minimum impact. Harap2 ayam ni akan terus membesar dengan sihat... Dan memberi pulangan untung yg maksima...
.
Amin.... Sama2 kita doa.... Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top