Assalamualaikum,

Yesterday, I have a day trip to Penang with my Bangla workers. Hmmm.. Boleh dikatakan, apa yg dirancang hari ni tak menjadi. Mula mula, kitorang plan nak ke Bukit Bendera. Mula mula aku tgk, bagus nya hari ni mai, tak der org langsung kat sini. Senang nak naik keretapi, tak payah nak que. Paru-parunya, kat depan tu ada sign board tulis. "Harap maaf, perkhidmatan keretapi Bukit Bendera ke puncak tergendala untuk tujuan baik pulih" Perghhh.... Tension gila. Patutla org tak dak kat stesen bawah tu.

Tetiba, ada guard panggil. Dia kata boleh naik, tapi sampai ke stesen tengah saja. Train yg ke atas tengah repair. Dengan tensionnya, kami pun naik jugak lah train tu sampai ke stesen tengah. Mengikut plan asal, pukul 12 t/hari baru turun dari Bukit Bendera, tengok tengok pukul 9.30 pagi dah turun balik. Sbb kat stesen tengah tu tak der ape ape pun nak tgk. Trip seterusnya ke Botanical Garden. Akupun tak tahu apa yg ada kat situ. Tapi org ckp kawasan tu lawa, jalan aja la. Kami jalan2 kat situ dlm 1 jam, lepas tu bergerak ke next destination. Batu Feringgi.

Di Batu Feringgi, kami cari port port cantik kat sana. 12.30 t/hari kami sampai kat tepi pantai. Tentera2 aku pun bersiap sedia tukar baju nak mandi laut. Lepas semua dah tukar baju..... Drummmm...... Hujan mula turun rintik rintik. Kami tunggu, tapi hujan makin lebat. Semua lari masuk kereta balik. Tunggu dalam kereta 15 minit, hujan berhenti. Kami turun balik. Bila semua dah turun nak start mandi, hujan turun balik dan semua lari balik masuk kereta. Kami decide cari port lain kat area2 tu, hujan berhenti. Kami turun kereta dan ready utk mandi di port baru tu.

Sebelum kaki sempat melangkah ke dlm air laut. Brummm.. Hujan sekali lagi turun. Semua lari masuk kereta balik. Dan sementara tunggu hujan berhenti, kami naik kereta dan cari tempat lain lagi. Port ketiga ni cantik sket.. Hujan mula berhenti. Kami turun dari kereta dan bawa semua peralatan perkelahan. Sebelum sempat nak masuk air sekali lagi, hujan turun. Kali ni aku cakap, that's it. Jom balik, Allah tak bagi mandi kali ni. Kami pun terus balik ke kereta.

Kami bergerak ke Feri utk balik. Sampai di Tanjung Tokong. Ada road block. Dammm... Seperti di duga, kereta aku kena tahan sebab bawak ramai sangat Bangla. Aku pun ckp kat polis tu, aku bawak Bangla ni jenjalan ke Batu Feringgi. Tapi hujan tak boleh mandi. Siut aja, dia tak percaya. Dia ckp mcm mana hari Selasa boleh cuti. Aduh... Susah sungguh nak cerita. Dia minta Passport semua Bangla aku, nasib baik aku dah pesan kat depa semua suruh bawak. Alhamdulillah.. Selamat... Dia lepas.

Naik Feri, then aku bawak Bangla ni gi shopping di Carrefour. Shopping ngan lunch kat sana, lepas tu kami balik....

That's all. My 1 day trip to Penang with my Bangladesh. This trip is to appreciate their hardwork for the last 4 months. They had done a good job for me during this period.

Here some photos of our journey in Penang.

Mohd Firdaus Mat Saad
Pengurus Projek Ternakan Ayam
An Naafi V Enterprise

Jamm kat atas Jambatan Pulau Pinang

Projek pelebaran ke 3 lorong di atas jambatan Pulau Pinang

Stesen Keretapi Bukit Bendera di bwh yg lengang..

Gambar ketika nak naik keretapi

Gambar keretapi yg sedang selisih di tengah

Gambar sebahagian Penang di Stesen tengah

Air terjun di Botanical Garden

Gambar Di Botanical Garden

Atas Feri Pulau Pinang

Gambar Jambatan Pulau Pinang dari atas feri

1 ulasan:

  1. apa ni bawa bangla pi jalan, bawalah amoi..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top