Kisah Rak Buku Pula
================
Semalam saya berkongsi mengenai meja makan. Anda bacalah posting sebelum ni.
Alhamdulillah, tak sangka ramai juga yang share.
Pengajaran dari kisah meja makan tu,
"Adakalanya, pengorbanan dari pihak kita 'kecik' ja, tapi manfaat di pihak orang lain sangat besar."
"Berusahalah untuk kita buat benda yang "kecik" pada mata kita tapi "besar" pada mata orang lain.
"Kita senang hari ini pun Allah yang bagi, jadi bersyukurlah. Bantu orang lain setakat yang kita boleh...."
Selepas jual meja makan tu, saya cadang nak jual pula rak buku ni.
Rak buku ni baru berusia setahun. Masa beli, saya beli yang kualiti elok. Yang tebal. Harga jualan rak buku ni masa tu RM280.
Saya bagi tau ja nak jual, kawan baik saya cakap. Hang jual kat aku lah.
Saya cakap la kat dia, "Hang letak harga, aku On."
"RM150 on...."
Dia yang letak rega tu, saya ok jer la. Lepas tu, dia pun nak angkut naik kereta 4x4 dia.
Sekali masa nak angkut naik, dia jadi takut.
Dia kata, "Wei, panjang ni.... Sat lagi meloroih pi belakang... Naya wei... Nak lalu roadblock polis lagi ni..."
Saya cakap la kat dia...
"Hang berani, hang amik.. Hang tak berani jangan amik. Sat lagi kena sama polis... Naya Pak Karim..."
Serooottt... Terus dia kansel...
Saya pun bercakap dalam hati. Ini kalau aku up dalam group whatsapp kampung aku, ramai yang mau ni dengan rega macam tu.
Then saya terfikir lak..
"Kalau aku jual, aku dapat duit sekali tu ja... Duit tu pun, sat ja habis..."
Hmmmmm.... Fikir punya fikir....
Saya cakap kat diri saya. Saya sedekah jer lah rak buku ni.
Sasaran utama saya, nak sedekah kepada surau saya.
Saya pun up gambar ni dalam group AJK Surau. Lepas tu saya terfikir pulak, prinsip surau kami ni kalau nak sedekah. Jangan dok mai sedekah kat surau barang yang dah tak guna di rumah nak mai "boh" kat surau.
Sebab surau dah ada peralatan dalaman yang dah disusun cantik dan kemas. Sejuk mata memandang.
Kalau masuk sat yang tu, sat yang ni.. Nanti akan jadi tak kemas.
Selepas beberapa minit, saya delete balik dari group surau tu.
Saya up ke group AJK PIBG sekolah anak saya.
Saya tanya, sekolah nak tak? Kalau nak, saya nak tahu dulu guna di mana dan untuk apa.
Kenkadang, bila bagi kat orang ni. Depa bukan boleh kira apa. Semua mau, tapi nanti takut tak guna. "Manfaat" tak sampai.
Sorang ustazah kata, "Firdaus, bagi kat bilik JQAF, kita boleh letak Quran nanti situ...."
Saya pun nampak, "Bagus.. Not bad.... Banyak manfaat tu..."
Sorang lagi cikgu kata, "Firdaus, boleh tak sekarang kita letak dulu di kantin rak buku tu. Kita jadi tempat untuk cikgu cikgu nak suruh pelajar hantar barang / kerja sekolah. Senang, cikgu boh label ja kat rak tu."
Hantar ke kantin sekolah
Then saya pun decide.
"Ok, sekarang kita letak di kantin dulu. Lepas tu, dah habis PKP ni kita hantar ke bilik JQAF. Untuk letak Quran...."
Saya pun angkut naik kereta. Haha. Memang panjang pun. Saya ikat dengan tali. Saya gerak ke sekolah. Hantar di sana.
Macam biasalah, saya pun berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, gantikanlah apa yang aku sumbang ni dengan sesuatu yang lebih baik..... Amin...."
Ok, saya tak nak ada yang salah faham yer. Saya bukan sumbang ni sebab saya nak "minta" balik dengan Allah. No..
Saya sumbang sebab saya teringat apa saya belajar,
"Kita semua sedang menggali lubang kubur kita masing masing. Lubang kubur kita luas atau sempit, kita yang "gali" sendiri ketika kita masih hidup."
Ayat tu simple ja. Tapi maksud dia.
Dia nak suruh kita berbuat kebaikan semasa kita hidup supaya kita dapat sedikit 'kesenangan' selepas kita mati.
Saya dok fikir juga, benda ni boleh jadi pencen kubur buat saya nanti.
Duit RM150 tu dapat, haha.. Sekejap jer habis. Tak sempat nak kalih kiri kanan aih. Kalau Allah nak amik, sekelip mata ja.
Cumanya, saya dah terbiasa berdoa macam tu. Bila saya sedekah, saya akan "minta" lagi dengan Allah.
Sebab Allah kan suka kita meminta kepada Dia.
Minta jerlah. Semua yang ada di seluruh alam ni pun hak Dia.
Kita minta banyak banyak, sebab kita 'janji' dengan Allah. Kita dapat untuk kita beri lebih banyak lagi.
Then... Bagai di kata....
"Kita ni kalau nak berniaga, "jangan berniaga" dengan manusia. Untung sikit. Kita "berniaga" dengan Allah.. Insya Allah. Untung lagi banyak. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Insya Allah."
Guest what.
Hmmmmmmm... Nak cakap pun susah juga ni. Tapi saya cakap juga lah.
Dalam seharian semalam, Allah berikan saya keuntungan 4 angka tanpa saya perlu bersusah payah pun.
Saya rasa "berpeluh" masa nak angkat rak buku tu ja.
Saya tak "berpeluh" masa berniaga. Tapi Allah hantar mai customer macam tu ja. Ya, "MACAM TU JAAA...."
Bila petang, dah rezeki pun nampak banyak.
Saya jumpa kawan, nampak dia baru nak up. Dia jual Norwex. Miakaka. Apa lagi, saya pun "Saport" dia.
Sudahnya.. Terjebak juga aku dengan kain kayangan ni.
Saya beli tuala mandi satu. Harga ahli RM157.25.
Niat dalam hati cam ni lah. Harini kot mana pun Allah dah bagi rezeki kat aku. Aku beli jer la. Untuk bagi "rezeki" kat orang lain pula.
Kena "atuq" siap siap.... Sebab esok Allah nak bagi lagi ni. Yakin saya dalam hati.
Begitulah....
Apa saya faham, apa saya belajar. Saya cuba untuk terjemahkan dalam kehidupan.
Dan saya pun kongsikan pula dalam bentuk penulisan. Supaya orang lain bukan sahaja boleh belajar teori, tapi nampak. Benda benda kecik seperti ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita.
Reta ni, hang khetiaq la banyak mana pun. Tak akan cukup.
To be frank, saya ni tak lah ada banyak mana sangat. Mungkin kawan kawan la dok nampak, "Dia ni.. dia ni.... dia ni...."
Tapi biasa biasa ja.
Even Allah bagi rezeki banyak juga. Adakah ia cukup?
Haha... "Saya bersyukur... But.. Macam biasa.. Dalam hati akan kata. "Ya Allah, GIVE ME MORE.... Sebab aku tahu, Kau boleh bagi lebih lagi kat aku..."
Ahaks... Jangan salahkan saya yer. Saya bukan tamak sangat pun. Sekadar berusaha mencari rezeki di jalan Allah.
Begitulah.
Boleh tera ni....
"Ya Allah, berikan manfaat kepada mereka yang membaca posting ini. Kurniakan mereka rezeki yang berlipat ganda. Jadikan mereka seorang yang suka bersedekah. Dan asbab sedekah itu, Kau berikan mereka lebih lagi lepas ni.."
Aku tak mampu buat macam Ebit Liew buat. Tapi, aku boleh jadi Ebit Firdaus dengan cara aku sendiri.
Jom Follow FB saya untuk lebih banyak story mori lagi lepas ni. MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Yang dah Follow, jangan lupa SEE FIRST ya.
COMMENTS