Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Baru Beli Buku
Minggu lepas, saya come across dengan satu iklan di Facebook oleh Bookcafe.com.my
Mereka ada buat offer besar besaran untuk belian buku secara online. Saya pun pi lah ushar ushar. Dan saya tengok memang banyak gila offer.
Since saya suka baca buku dan saya tengok harga murah, sy pun apa lagi main klik klik ajer la.
Bersemangat punya dok klik klik klik, sampai ada dua buku saya terbeli dua kali. Buku Imam Maliki dan juga buku Perjanjian Hudaibiyah. Huhu...
Ntah macam mana, bila dah masuk Add Chart, then saya tak boleh tengok summary apa yang saya dah pilih. So, saya terus lah beli. It's ok. Nanti boleh bagi hadiah kat kawan.
Kalau anda nak cari buku murah, cuba try tengok website ni ok : www.bookcafe.com.my
Ni buku buku yang saya beli. Total harga adalah RM268.80 termasuk postage. Untuk 18 buku, bagi saya agak murah.
Review Buku Travelog PHD
Malam tadi saya baca buku pertama. Travelog PHD. Ia ditulis oleh sahabat baik saya di Kolej MARA Banting dan di University of Sheffield, UK.
Dr Mohamed Tazli bin Azizan yang sekarang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Petronas, UTP dalam bidang Chemical.
Dah teruja nak mula baca. Oit.. Kalau nak ambil gambar, mata tengok lense kamera ok. Bukan tengok phone.... Ish ish ish. Ini pun nak kena ajar.
Saya Dan Dr Tazli
Saya kenal Dr Tazli dari tahun 1991. Dia ni teman saya bergaduh. Teman berbincang. Teman travel dan kami sangat rapat. Bila Tazli buat degree first year di UMIST, Manchester.
Setahun yang pertama dia kerap ke university kami di Sheffield. Sebab geng yang sekepala dengan dia ada di Sheffield. Last last dia sanggup minta tukar U untuk tahun kedua dan ketiga di Univerity of Sheffield, UK.
Balik UK, kami kerja di Kilang Silterra Malaysia Sdn Bhd sebagai Engineer.
Then, kami sama sama minta apply jadi lecturer di UTP. Alhamdulillah, dia dapat dan saya pun dapat. Cuma, saya tak jadi daftar diri sebagai lecturer di UTP. Bukan minat saya dalam bidang akademik.
Saya pilih stay di Silterra dan kemudian berhenti kerja untuk buat bisnes.
Review Buku Travelog PhD
Buku ni berharga RM25. Tidak termasuk diskaun.
Ini pandangan saya mengenai Buku Travelog PhD
1. Gaya penulisan memang superb. Amazing. Bahasa santai. Sangat mudah faham dan straigh to the point. Kiranya, bila saya baca saya rasa rileks dan rasa teruja untuk habiskan buku ini. Bukan senang saya nak habiskan satu satu buku dalam masa yang singkat.
Kalau gaya penulisannya saya kurang minat, biasanya baca sket dan terus tak baca.
Tapi buku ni berjaya membuatkan saya baca lepas Maghrib dan habiskan betul betul bila masuk waktu Isyak.
2. Buku ni setebal 181 muka surat. Kualiti kertas bagus. Pegang rasa sedap nak baca. Bagi saya, just nice. Tak pendek sangat, tak panjang sangat. Ok la...
3. Gaya penceritaan sangat bagus. Jalan cerita yang menarik. Saya lalui bersama Dr Tazli dalam kami buat Diploma dan Degree. Cuma saya tak tahu dengan detail perjalanan Phd beliau. Saya selalu juga telefon dan bertanya khabar. Saya memang tahu permasalahan yang beliau hadapi sepanjang ambil Phd.
Cumanya, pada saya... "Ala, biasalah.. Dah nama pun Phd. Mana ada orang buat Phd rileks......"
Tapi permasalahan yang ditanggung Tazli sepanjang 4 tahun dalam menyiapkan Phd bukan sesuatu yang semua orang boleh tanggung.
Saya kenal dengan banyak watak dalam cerita ini. So, saya sangat kagum dengan sahabat saya ni sebab beliau boleh survive dalam perjuangan beliau ni.
Kalau ikut story beliau tu, huhu.. Ada banyak sangat... Rancang mula macam ni, then tak jadi. Kena buat macam lain. Terlalu banyak cabaran yang beliau hadapi. Dari sekecil kecil cabaran sehinggalah sebesar besar cabaran.
Masa di UK dulu, memang saya tengok ramai senior senior yang buat Phd di Sheffield. Ramai juga yang single. So, cabaran belajar masa single tak sama dengan belajar bila berkeluarga.
Cabaran yang Tazli lalui untuk siapkan Phd bagi saya macam datang dari depan, belakang, kiri kanan, atas dan bawah. Pakej lengkap lah kiranya. Kena 'serang' dari pelbagai arah.
Huhu..
Apa yang membuat saya teruja, beliau sangat kuat dan meletakkan kebergantungan beliau 100% kepada Allah untuk menyelesaikan satu persatu permasalahan beliau.
Selepas membaca sehingga habis, di akhir cerita. Air mata saya hampir mengalir bila akhirnya, beliau berjaya dalam VIVA dan berjaya menjadi seorang Phd holder.
Pada waktu itu, saya terasa macam. "You did a great job...."
4. Secara peribadi, saya menyarankan sesiapa sahaja untuk membaca buku ini. Ia bukan sekadar mengenai Phd. Tetapi lebih banyak kepada perjuangan kepada sebuah kehidupan.
Perjuangan yang tidak mengenal erti jemu dan tidak berputus asa insya Allah akan membuahkan kejayaan.
5. Buku ini lebih kepada buku motivasi. Tersangat bagus untuk mereka yang dalam bidang akademik seperti menjadi lecturer. Ia boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mereka yang nak ambil Master dan PhD nanti.
6. Yang saya kurang berkenan sikit mengenai buku ini, layout dalam macam tak best. Saya percaya Dr Tazli tulis dalam Microsoft Words dan kemudian diserahkan kepada penerbit.
Tapi penerbit kenalah ada editor yang nak susun balik semua cerita ni ikut format buku. Saya tengok, ia lebih kepada format Microsoft Words yang then terus diprint dalam bentuk buku.
Yang lain lain.... Saya sangat ok.
That's all. Ini sahaja review saya mengenai buku ini. Dari 5 bintang, saya bagi 4.5 bintang.
Ini adalah pandangan jujur saya mengenai buku ini. Personally, I would saya sesiapa sahaja boleh baca buku ini.
Ia akan memberi motivasi kepada anda. Anda akan rasa macam, "Kalau dia boleh buat... Insya Allah.. Aku pun boleh buat."
Ia akan memberi motivasi kepada anda. Anda akan rasa macam, "Kalau dia boleh buat... Insya Allah.. Aku pun boleh buat."
Wassalam.
Semoga bermanfaat.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS