Assalamualaikum,

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita. 

Sharing saya hari ini adalah mengenai Landscape Maria Firdaus Villa.

Survey Di Internet

Hasil survey, saya dan Maria plan nak bubuh sedikit bahagian di rumah kami dengan artificial grass dan sebahagian lagi dengan landscape yang guna rumput dan pokok yang betul.


Maria suka yang macam ni. Nampak bersih, cantik dan kemas. Ini guna artificial grass. Setelah di survey, yang paling murah saya dapat adalah RM4 sekaki persegi. Ini adalah yang kualiti terbaik. Rumput ada banyak kualiti. Ada panjang ada pendek. Ada rapat, ada jarang. So saya pilih yang kira ok. Hanya RM4 sekaki. Cuma kena beli satu gulung terus 25 meter x 2 meter. Kalau beli potong ikut saiz kita, sekaki harga RM7. Tempat yang ditemui adalah di Jalan Sungai Buloh. Anda keluar Tol Sungai Buloh yang ada hospital tu, then jumpa trafik light. Turn right. Just go straight sejauh 5 km. Then anda akan jumpa berpuluh puluh nursery yang ada jual banyak gila pokok dan barang landscape. Kira syurga la. Anda leh cari disitu. Ni no phone kedai 014-6622132.


Maria suka jenis yang macam ni. Menyejukkan mata memandang. So, nak kena buat yang macam ni la kiranya. 

Ini antara landscape yang saya sempat kontek. Ada nombor atas tu. Orang KL.  Harga not bad. Pengalaman pun banyak. Orang Melayu. Cumanya, masalah saya dia jauh sangat nak datang Parit Buntar. Kos jadi tinggi balik.


Tempat ni nak bubuh rumput artificial macam gambar atas tadi.


Kat tengah ni, dicadangkan bubuh satu pokok cantik yang nampak gah so that sebelum masuk rumah  kami nampak 'wowww' dan bersemangat serta rasa tenang. Di sekeliling tu akan diletakkan rumput betul jenis Jepun. Rumput Jepun leh beli di Sungai Buloh. Harga RM2.80 untuk 2 kaki persegi. Contact mamat Indonesia ni. 011-2344 8221. Anda boleh Whatsapp dia dulu.


Sebahagian area yang nak dilandscape kan di rumah saya. Actually saya dah tanam rumput Jepun sepanjang pagar ni, then nampak kosong. Rasa macam DULL. Then saya remove dan pindah rumput tu ke tempat lain.


Ni pokok Kesinai. Simple dan cantik. Cuma kena rajin trim la. Ada cadangan nak tanam rumput ni jugak.


Merata saya travel, masuk kawasan perumahan. Pi rumah orang kaya sebab nak cari landscape yang cantik. Akhirnya, yang ini Maria berkenan. Pokok Jasmin + Pokok Duriantado + Saya tak ingat nama. Tugas saya, menjadikan impian Maria satu realiti.


Yang merah ni pun Maria minat.


Yang kuning ni la Duriantado. Abaikan kesalahan ejaan. Saya just dengar nama dari Landscaper saya. Then saya atur pertemuan dengan Landscaper saya dan tunjuk gambar pokok yang saya nak.


Akhirnya, operasi menanam bermula. Ini pokok Jasmine. Harga RM6 sepokok. Tapi sekali tanam harga jadi RM8.


Maria pun suka pokok ni. 'Podocrapus' nama pokok ni. Harga pokok ni ikut saiz. Kalau besar memang mahal. Harga ini RM250, tinggi dalam 7-9 kaki dan harga temasuk upah tanam.



Ini pokok Jasmine.


Inilah daun pokok podocarpus. Actually pokok ni saja ada 3 jenis. Anda kena pilih yang betul betul anda suka. Ada daun hijau pekat, ada yang hijau muda. Ada yang daun gemuk dan ada yang kurus.


Tempat ni pun ditanam dengan Jasmin + Podocarpus.


Then landscaper bawa saya ke kedai nursery. Tunjuk bunga yang nak letak bawah bumbung. untuk pokok ni, kena cari pokok yang boleh hidup tanpa ada cahaya matahari yang cukup. Sebab tempat ni tertutup. Salah pilih pokok. Nanti pokok mati.


Antara pokok yang boleh hidup di tempat tertutup 


Ini pun boleh


Ini pun boleh.

As of now, tanaman pokok di rumah saya belum selesai sepenuhnya lagi. Dan sekarang pun pokok pokok tu tak boleh nak ditrim pun lagi. Kena tunggu besar sikit. 

So, tunggu dah siap nanti saya share lagi di blog ni ok.

Wassalam.

Maria Firdaus
"Motivating And Inspiring Others"


================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top