Assalamualaikum,
Sekadar berkongsi sedikit pengalaman dengan para pembaca, bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan kesesakan di Bumi Arafah:
1) 'Set'kan di minda kita Bumi Arafah memang sesak. Keadaan disitu tidaklah terlalu selesa, tetapi tidaklah terlalu sukar. Jika di minda kita sudah membayangkan kesesakan yang akan ditempuhi, insya Allah ia tidak akan menjadi sukar.
2) Berdoalah sesungguhnya kepada Allah. Minta Allah permudahkan segala urusan di bumi Arafah. Minta Allah beri kelapangan kepada kita. Biarlah kita berasa lapang walaupun hakikatnya kawasan itu sempit.
3) Berdoalah agar Allah permudahkan urusan tandas kita di sana. 2700 orang berkongsi 40 buah tandas, satu angka yang mengerikan. Saya sendiri beberapa kali terpaksa membatalkan niat ke tandas akibat 'jam' yang teruk di tandas. Sekitar 8-10 orang bilangan orang yang menunggu. Alhamdulillah, saya sekeluarga langsung tidak terasa nak buang air besar sejak di Arafah dan seterusnya berangkat ke Muzdalifah dan Mina. Hanya terasa bila pulang ke hotel di Mekah.
4) Bagi mengurangkan kekerapan ke tandas, elakkan memakan buah buahan yang boleh menyebabkan kita sakit perut. Misalnya buah oren atau pisang. Entah kenapa, buah buah inilah yang diberikan kepada jemaah di sana. Elak minum air kotak yang diberikan kepada anda. Minumlah air kosong dalam kuantiti yang munasabah. Tak terlalu sedikit sehingga menjejaskan kesihatan. Tak terlalu banyak sehingga menyebabkan anda rasa nak ke tandas.
5) Jemaah lelaki, jika anda tidak pernah kencing dalam botol seumur hidup anda. Haaa.... Belajar belajarlah kencing dalam botol air mineral. Kesesakan di tandas dapat dikurangkan jika jemaah lelaki yang berhajat untuk buang air kecil dapat kencing di dalam botol. Jangan malu jangan segan. Carilah ruang ruang yang sesuai dalam kawasan tandas yang tertutup. Yang penting, dinasihatkan potong dulu kepala botol tu. Takut nanti boleh masuk tak boleh keluar pula.
6) Tolonglah, tak perlulah mandi ketika di Arafah. Tak perlulah membasuh pakaian di Arafah. Masalah ini lebih kritikal dikalangan jemaah wanita. Mereka ni tak boleh kalau tak mandi. Nak kena basuh baju la di dalam tandas. Masya Allah. Inilah yang menambahkan kesesakan di tandas. Jika semua orang bertimbang rasa, dengan menyegerakan segala urusan di dalam tandas. Semua orang akan lebih mudah. Cuba bayangkan perasaan kita yang beratur panjang. Tiba tiba orang dihadapan kita mandi dan basuh baju di dalam tandas. Pasti kita akan sakit hati. Tolonglah beri kerjasama dalam hal ini. Sekiranya anda perlu mandi sekalipun, carilah diluar waktu puncak. Misalnya sekitar 1-2 pagi. Atau ketika para jemaah sedang makan. Waktu ini tandas agak lengang.
7) Saya menasihatkan jemaah lelaki agar membawa 2 pasang kain pelekat tidak berjahit. Di Arafah, mereka boleh guna kain pelekat tak berjahit ini sebagai ganti kain ihram. Kain pelekat tak berjahit ini boleh digunakan semasa kita tidur, semasa kita ke tandas, semasa makan atau semasa aktiviti aktiviti lain. Semasa hendak bersolat, kita boleh memakai kembali kain ihram putih kita. Ini bagi mengelak kain ihram kita terkotor atau terkena najis. NASIHAT INI PENTING. Saya tak tahu dan saya tak bawa kain pelekat tak berjahit. Bila saya tengok ramai jemaah yang pakai kain pelekat tak berjahit, saya jadi 'jeles'. Mudahnya mereka. Tak perlu nak berhati hati takut kain ihram kotor.
8) Jika hendak berwudhuk, gunalah botol spray. Ia jauh lebih mudah berbanding anda terpaksa beratur di tempat mengambil wudhuk.
9) Saya bersetuju dengan apa yang disarankan oleh pihak Zahafiz untuk para jemaah tidak bangun terlalu awal pada malam Arafah. Bangun sekitar jam 3.30 pagi-4.00 pagi agak memadai. Prof Kamil menasihatkan kita bangun pukul 2.00 pagi. Jadi terpulanglah. Kita kena sedar, yang penting adalah badan kita perlu segar selepas waktu Zuhur sehingga waktu Maghrib.
10) Selepas Subuh hari Arafah, selepas makan pagi, eloklah kita tidur kembali. Ini bagi memastikan badan kita mendapat rehat yang cukup sehingga waktu Maghrib nanti.
11) Pada waktu Zuhur sehingga Maghrib, pintu langit dibuka seluas luasnya. Mohonlah kepada Allah sebanyak banyaknya. Titiskan lah air mata kita pada waktu itu. Dan yang penting, berdoalah agar kita dijauhkan daripada api neraka. Kerana tidak ada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.
12) Buatlah persiapan apa doa yang hendak dibaca disana. Tulis di dalam buku dan kertas sejak dari Malaysia lagi. Ini supaya kita tak terlupa doa doa penting yang kita hajatkan.
Jika para pembaca yang sudah pergi menunaikan haji, bolehlah kiranya berkongsi pengalaman anda dengan memberi komen di sini. Tips yang anda berikan jika digunakan amat besar pahalanya. Sama sama kita berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan kepada kita.
Wassalam
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

ReplyDeleteAkak tak merasai pengalaman tidur di Arafah sbb kami pergi ke Mina dulu. Betul kt Hj, doalah sebanyak2doa yg kita mahu & rebutlah peluang tersebut sbb kita tak tahu bila lg akan dijemput Allah utk menjadi tetamuNya. Tabung Haji kenakan syarat siapa yg telah kerjakan haji, perlu tunggu 5 tahun br boleh daftar semula. Wallahualam, klu masa tu umur pun dah cecah 50an..adakah Allah masih pjgkan umur utk akak laksanakan ibadah haji lagi...kudrat??? Ya Allah.....
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju tindakan tabung haji mengenakan syarat 5 tahun untuk daftar semula.
Saya lebih bersetuju kalau diharamkan terus sesiapa yang pergi menunaikan haji untuk pergi lagi.
Mengapa?
Kerana kasihanilah mereka yang masih belum pergi menunaikan haji. Mereka sudah mendaftar tetapi mereka terpaksa menunggu lama.
Mengapa?
Ini kerana mereka yang sudah pergi menunaikan haji, pergi lagi menunaikan haji buat kali kedua, ketiga dan keempat.
Mereka ini menggunakan kuota yang terhad. Yang diberikan kerajaan Saudi kepada Malaysia.
Sedarlah, yang sudah pergi menunaikan haji, kewajipan menunaikan haji sudah gugur. Kalau pergi sekali lagi pun, sudah sunat.
Kasihanilah mereka yang wajib yang belum berpeluang menjejak kaki menunaikan haji.
Berilah peluang kepada mereka.
Berilah mereka merasai apa yang telah kita rasa. Mereka juga nak masuk syurga. Bukan kita sahaja.
Lebih baik duit yang kita ada itu kita sponposr orang lain untuk pergi menunaikan haji.
Itu lebih utama...
Wassalam