Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ucapkan Selamat Datang kepada mereka yang buat pertama kalinya sampai ke blog mariafirdaus.com.my ini.

Mudah mudahan, Allah merahmati kita semua.  Diberi kebahagiaan hidup kepada kita di dunia dan di akhirat.

Hari ini, saya nak hadiahkan anda semua secara PERCUMA Ebook yang saya tulis iaitu "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".



Ebook ini menceritakan kisah pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar. Ia pengalaman hidup seorang anak kampung yang kurang cemerlang dalam pelajaran di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Bagi anda yang ingin mengetahui apa kandungan Ebook ini, anda boleh tonton video yang saya kongsikan ini.

  

Perkongsian apa yang terkandung dalam Ebook "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom"

Dalam ebook, anda akan dapat mengikuti perjalanan hidup saya dari sekolah rendah sehinggalah saya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Bermula dari Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal saya kemudiannya ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang.

Setelah memperoleh keputusan yang cemerlang semasa PMR, saya ditawar masuk ke MRSM Taiping. Syukur Alhamdulillah, saya memperoleh 9A dalam SPM saya dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Sebagai persediaan saya mengikuti program International Baccalaureate di Kolej Mara Banting sebelum ke University of Sheffield, United Kingdom.

Di UK, Alhamdulillah saya berjaya memperoleh First Class Honours dan merupakan pelajar terbaik di Electrical Department pada tahun itu. 


Bersyukur, berjaya menjadi satu satunya pelajar yang memperoleh First Class Honours dalam department saya pada tahun itu.


Kejayaan yang membanggakan kedua ibu bapa saya.


Hadiah penghargaan pelajar cemerlang daripada Pengerusi Mara, Datuk Wira Abu Seman di London.

Bonus Istimewa

Dalam Ebook ini juga, saya kongsikan kisah perjalanan hidup adik beradik saya yang lain. Kami 4 beradik berjaya melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan menjadi pelajar cemerlang di universiti masing masing.


Abang Jan, Abang sulung saya yang memperoleh First Class Honours dari University Manchester Institute Science And Technology (UMIST).


Abang kedua saya, Abang Arman. Belajar dalam bidang kedoktoran di Trinity College Dublin.


Adik saya Dzuha yang memperoleh Master in Mechanical Engineering di University of Sheffield, United Kingdom.

Semua kisah ini dikumpul dan dibukukan dalam Ebook Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom :

                                        
Kisah Motivasi Penuh Inspirasi

Bantu anak atau adik anda untuk menjadi pelajar cemerlang. Dapatkan Ebook ini secara percuma. Sila klik link ini dan masukkan nama serta emel anda untuk saya berikan ebook ini melalui emel anda: 

Download Ebook Ini Percuma
  • subscribed: 216

  • * Kepada yang guna GMAIL, sila cek emel anda di bahagian PROMOTION.

Semoga apa yang saya lakukan ini dapat membantu lebih ramai ummat Islam di Malaysia hari ini yang masih belajar untuk berjaya dengan cemerlang.

Semoga kisah saya ini dapat memberi motivasi dan inspirasi untuk belajar bersungguh sungguh.

Saya mahu melihat lebih ramai anak ummat Islam lebih berjaya hari ini.

Bangsa Melayu harus berjaya. Kita tidak boleh ketinggalan lagi.

"Alang Alang Belajar, Biar Sampai Ke Luar Negara"

Hj Mohd Firdaus Mat Saad
Penulis, Penceramah Motivasi Dan Usahawan
"Hidup Untuk Memberi, Memberi Dan Terus Memberi"

Boleh Anda Bantu Saya?

Saya Tidak Mempunyai Bajet Besar Untuk Mempromosikan Ebook Percuma Ini Kepada Orang Ramai. Harap Anda Yang Sampai Di Page Ini Dapat Menyampaikan Kepada Mereka Yang Lain Dengan Menekan SHARE Button Di Bawah. Semoga Allah Memberi Ganjaran Syurga Buat Anda.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top