Saya buat lasik di sini. Situ ada tertera nombor phone in case you need it.

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Pengalaman Buat Lasik Mata Di Advance Vision, Damansara

Siapa yang follow saya di FB tahu, 2 Ogos yang lepas saya ada menjalani Lasik di Advance Vision, Damansara.

Ramai yang PM minta saya kongsikan pengalaman saya melalui lasik ini. Selepas genap 2 minggu, insya Allah hari ini saya kongsikan pengalaman A to Z buat lasik di sini.

A : Kenapa Saya Buat Lasik?

Saya berusia 38 tahun. Saya ada masalah mata iaitu rabun jauh dengan power 2.25 di sebelah kiri dan kanan serta ada masalah silau. Saya guna cermin mata sejak 25 tahun yang lepas.

Saya buat lasik sebab sejak dulu lagi saya dah bercita cita nak buat lasik. Tak nak pakai cermin mata. Tak ada sebab lain.

Teringin nak buat lasik sejak usia 30 tahun. Tapi kekangan kewangan dan masa menyebabkan hasrat saya terbatal beberapa kali.

Ada orang tanya, tak takut ker buat lasik? Saya sebenarnya tak takut sangat sebab berdasarkan kajian, success rate lasik sangat tinggi. Dan ramai orang yang dah buat bagi review cakap ia tidak sakit.

Since dah berjuta orang lalui procedure ini, saya rasa tiada masalah. Lagipun, teknologi ini dah matang sekarang ini. Dah sekian lama orang buat lasik. Insya Allah semuanya akan ok.

B : Kenapa Saya Pilih Advance Vision, Damansara?

Sebelum saya pilih Advance Vision, saya dah study dan buat survey di internet. Saya buat keputusan untuk pilih 4 hospital / klinik yang sediakan servis ini.

Bagi mengelak kontroversi saya tidak menamakan 3 lagi klinik / hospital lain yang sediakan servis ini.

Saya buat study di internet berdasarkan review pesakit yang buat servis di situ. Apa yang saya dapati, hampir semua pesakit yang buat rawatan mata di mana mana klinik dan hospital memberi feedback positif.

Ini bermaksud, klinik mana pun saya pilih insya Allah ok.

Then saya menelefon ke empat empat klinik / hospital ini. Saya nak study pasal procedure yang mereka jalankan dan berapa kali rawatan susulan yang saya kena pergi. Saya juga nak tahu harga yang mereka tawarkan.

Dari segi procedure lasik, setiap klinik ada kaedah yang tersendiri.

Ada yang buat kaedah pemotongan lapisan atas mata dan buat bukaan flap, kemudian lasik ditembak di atas kornea. Ada juga kaedah yang buat tebukan kecil di lapisan atas mata, then masukkan alat dari lubang kecil itu dan kemudian buat lasik dari situ.

Advance Vision pula membuat kaedah yang lebih simple, direct terus laser. Tak ada sebarang pemotongan dibahagian kelopak mata. Pendek kata, pergi baring di situ, then buka mata dan terus tembak laser. Tak ada nak potong potong lapisan atas mata dah.

Setiap kaedah memberi tempoh sembuh yang berbeza tapi memberikan result yang sama. Pesakit bebas dari rabun jauh dan silau.

Dari segi harga pula, untuk setiap klinik mereka ada dua kaedah rawatan. Kaedah pertama adalah lasik yang biasa, dan kedua kaedah lasik yang lain sket.

Kesemua klinik berikan 2 harga untuk 2 jenis pembedahan ini. Sebagai contoh, di Advance Vision, harga rawatan adalah RM2998 atau RM5598 untuk kedua dua belah mata

Klinik klinik lain pula menawarkan kos antara RM7k sehingga RM12k untuk dua belah mata.

Saya dapati, harga di Advance Vision yang paling murah. Then orang ramai mula persoalkan saya, adakah saya sanggup mempertaruhkan mata saya dengan benda yang paling murah ni.

Saya study lagi. Saya dapati, salah satu sebab harga di Advance Vision adalah kompetitif kerana doktor yang menjalankan procedure ini adalah pemilik klinik mata ini sendiri. Bangunan itu milik beliau sendiri.

Beliau tawarkan harga yang berpatutan sebab nak bantu lebih ramai orang dapat buat lasik pada harga yang mampu buat oleh rakyat Malaysia.

Di tempat lain, pesakit mungkin bayar mahal sebab pemilik klinik dan doktor yang menjalankan rawatan adalah berbeza. Jadi kos operasi di sini sahaja sudah tinggi.

Ada juga yang mahal kerana nama yang terkenal.

Jadi kita boleh buat pilihan nak yang mana.

Anda boleh survey sendiri. In fact, anda boleh jer Google Lasik Mata. Then ada banyak iklan akan muncul. Anda boleh jer hubungi setiap satu klinik ni. Tak ada masalah. Pilih mana yang berkenan dengan anda.

Anda boleh buat homework sendiri. Apa yang saya kongsikan adalah hasil homework saya. Dan kita mungkin mendapat kesimpulan yang berbeza. Jadi, sila buat kajian sendiri ya.

Memandangkan saya pilih rawatan di Advance Vision, so perkongsian selepas ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya di sini. Saya tidak tahu mengenai rawatan di klinik lain.

C : Apa Proses Untuk Dapatkan Rawatan Di Advance Vision?

First, anda kena faham dahulu. Tidak semua orang sesuai untuk buat lasik. Sebab ketebalan kornea mata kita menentukan sama ada kita sesuai buat lasik atau tidak.

Jika kornea mata terlalu nipis, kita buat lasik dengan kaedah yang berbeza dan kos mahal sedikit.

Jadi, kita semua kena buat pemeriksaan mata untuk mengetahui kesesuaian mata untuk menjalani lasik.

Di sini juga saya suka dengan Advance Vision. Pemeriksaan mata di klinik ini untuk First Stage adalah PERCUMA.

Di klinik lain, saya dapati harga untuk pemeriksaan mata adalah antara RM200-RM300.

Tapi, saya nak ingatkan anda. Anda perlu buat apppointmen untuk buat pemeriksaan mata di klinik ini. Apa yang saya tengok, orang terlalu ramai di klinik ini. Saya ulang sekali lagi. Orang terlalu ramai datang ke klinik ini.

Jadi, semua kena buat appointment sebelum datang. Pemeriksaan mata boleh di buat pada hari Isnin - Khamis. Cumanya, kalau anda dah komited nak buat procedure lasik, saya cadangkan anda terus datang awal pagi dan buat pemeriksaan mata Second Stage pada hari yang sama.

Jadi, set appointment anda pada jam 9 ke 10 pagi. So, lepas First Stage pemeriksaan mata, jika bersetuju anda boleh proceed dengan Second Stage pada bayaran RM100 sahaja.

Saya tinggal di Parit Buntar, jauh dari KL. So, saya dah call awal awal. Set appointment dengan klinik hari Khamis jam 10 pagi. Sebab in case saya nak operate, procedure akan dijalankan pada hari Jumaat iaitu keesokan harinya. So, saya tak perlu tunggu lama di KL.

Setibanya saya di klinik, petugas di situ terus membawa saya ke bilik pemeriksaan, Ini First Stage checking dan ia PERCUMA.

Selepas 10 minit, saya diberi taklimat mengenai keadaan mata saya dan kaedah lasik yang bersesuaian dengan mata saya.

Minimum ketebalan kornea untuk lasik yang berharga RM2988 adalah 480 micron. Kornea saya tebal 550 micron. Jadi, mata saya sesuai untuk buat menggunakan kaedah yang murah. Alhamdulillah.

Selepas itu, petugas menerangkan bagaimana lasik akan dijalankan yang mana prosesnya hanya mengambil masa 10 minit untuk kedua dua belah mata.

Jika saya setuju, beliau cadangkan saya ambil pemeriksaan lanjut Second Stage berharga RM100, termasuk caj untuk consultation daripada doktor. Saya dan Maria berbincang dan kami setuju untuk Proceed.


Petugas membawa saya masuk ke bilik pemeriksaan seterusnya. Mata saya dititis dengan ubat mata untuk kembangkan anak mata saya. Selepas 5 minit, saya dipanggil masuk untuk buat pemeriksaan,

Selepas itu, mereka print result mata saya dan letak dalam satu fail untuk ditunjukkan kepada doktor.

Selepas itu, saya dipanggil oleh doktor untuk sessi consultation.


Doktor beri penerangan serta kebaikan serta kelemahan buat lasik. Cuma yang menambah keterujaan saya, doktor beri tahu beliau berikan Free Lifetime Warranty. In case selepas ini mata saya tak ok balik, beliau akan buat rawatan sekali lagi secara PERCUMA.


Cumanya, it's either "His Lifetime atau My Lifetime....." Mana mana yang jalan dulu, warranty ni kira void lah. At least ada juga warranty sebab tak semua klinik berikan warranty macam ni.

So, saya bersetuju untuk set jadual pembedahan mata saya secara lasik pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat.

Saya dijadualkan untuk operate pada jam 12 tengah hari. Since saya musafir, saya tak ada masalah sangat dengan Solat Jumaat. So, saya On.

Disebabkan terasa anak mata dah macam kembang, saya minta Maria saja yang drive kereta untuk balik ke Keramat, rumah mertua saya.

Esok, hari Jumaat saya akan lalui operation ini. Insya Allah. Nanti saya sambung lagi kisah ini. Itupun kalau ada yang berminat nak tahu..

Jika anda ada soalan, tulis di ruangan bawah, nanti saya jawab dalam posting seterusnya.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Kongsi Pengalaman Lasik 

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top