Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Travelog Western Mediterranean Cruise - Part 7 - Capri Island

Bagi yang dok follow perjalanan kami ke Western Mediterranean Cruise sebelum ini, terima kasih kami ucapkan.

Bagi yang nak baca kisah sebelum ini, boleh klik link ini :


Jom follow cerita kami di Naples pulak untuk Day 7 kami melalui percutian ini.


Jika diikut itenary, ini yang dijadualkan untuk kami.


Nampak tak kapal kami sebelah kiri tu, lagi tinggi dari bangunan ni. Kapal kami naik ni setinggi 17 tingkat. Subhanallah. Sangat besar. Best kan.


Maria ambil gambar dulu bila menjejak kaki di Naples.


Jam 8:35 pagi, kami naik bot ke Capri Island.


Boat ini agak besar dan boleh memuatkan hampir 200 orang.


Terjumpa John, warga US dari San Francisco. Saya bagi tahu dia, tahun 2019 saya nak ke San Francisco. Terus dia bagi tahu, kalau datang email dia. Nanti dia belanja saya kat sana.


Selamat tiba di Capri Island.


Selamat sampai ke Capri Island. Alhamdulillah.


Then kami naik boat kecil pula untuk buat Island Hoping. Pusing pusing kawasan sekitar untuk tengok keindahan laut di sini.


Ambil gambar dulu.


Air laut sini sangat cantik. 


Pemandu pelancong memberitahu kami yang Capri Islan adalah salah satu tempat percutian mewah di Eropah. Selalunya ia dikunjungi oleh artis untuk mereka berehat di pulau ini.


Batu tu ni ada lubang lah pulak. Tour guide tu cakap, tempat ni mustajab doa. Haha. Lawak pun ada. 


Cuaca panas. Kita minum dulu Performance Drink Shaklee untuk bagi energy. 


Ok, boat nak lalu bawah tempat 'mustajab doa' tu. Tapi saya tak lah percaya cakap dia. Semua tempat berdoa sama saja melainkan dah dinyatakan dengan jelas waktu dan tempat tertentu yang ada kelebihan tersendiri.


"Ya Allah, berkatilah hidup kami dunia dan akhirat".


Semua asyik bergambar jer.


Actually, bagi saya tempat tempat macam ni kat Indonesia dan Thailand pun banyak.


Batu ni nampak macam katak pun ada.... Kan...


Habis buat Island Hoping, kami di bawa untuk pusing bahagian darat Capri Island pula.


Dah kau kenapa gajah wei... Sampai di angkat naik atas tu.. Huhu...


Shaklee belanja kami minum air lemon. 


Macam famous jer tempat ni ngan lemon sebab ramai jer orang dok minum.


Dapat sorang satu


Memang sedap...


Jemput minum yer... Bagi yang minat baju Malaysia ni, leh beli di SARC. Cari lah kat Facebook yer.


Memang cantik tempat ni... Kena pulak model cun, terus jadi "Perfecto"


Buat lak bokeh... Lagi lah santek.


Ha... Gambar ni memenangi Top 10 Most Beautiful Photo dalam trip ini yang dianjurkan oleh Shaklee. Hehe.. Dapat ler hadiah.


Sangat sesuai untuk anda yang nak rileks kan minda. Tapi mahal lah nak ke sini. Baik ke Thailand ajer. Murah sket.


Kalau tadi kami naik bas, sekarang kami turun bawah dengan keretapi kabel pulak. Ala ala Bukit Bendera nyer.


Sejibik macam kat Bukit Bendera


Sampai bawah, kami di bawa ke tempat makan. Makan Pizza la kalau dah sampai Italy tu. 


Vegetable Pizza jer la...


Then kami di bawa pusing pusing Capri Island jalan kaki. Banyak tempat nak beli barang untuk shopping sini. Tapi tak murah ler..


Ambil gambar seround.


Ok. Lets go back to ship.


Naik kapal, kami terus dinner. Huhu.. Makanan kali ni sangat sedap. Dengan temanya seefood. Apa lagi. Meriah ler.


Siput lokan ni, siap perisi dah. Tinggal nak makan jer lagi.


Isi ketam ni... Fuh.. Meleleh baq hang.


Malam lak, kita pusing pusing kapal. Tengok apa depa juai...


Macam macam ada jual lah kat sini...


Cuci mata sket malam ni.


Kedai cenderamata


Cafe. Nak makan.. Masuk jer. Percuma...


Kot nak booking next trip ngan kapal ni. Leh booking siap siap at good price.


Kalau nak beli cenderamata kapal 


Ok. Ni best. Tangga piano. Kalau kita pijak dia akan bunyi. So, kalau rasa tak dak kerja leh la main piano kat sini. 

Alrite. That's all untuk Day 7 nyer cerita.

Stay tune untuk Day 8 nyer trip yer.

Semoga Allah beri anda peluang untuk bercuti macam ni juga. Amin....

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top