Travelog Western Mediterranean Cruise - Part 4 - Marseille, France


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Trip Ke France

Sehari sebelum ini, kapal yang kami naiki membawa kami ke Palma De Mallorca. Saya ada kongsikan dalam entri sebelum ini.

Untuk entri kali ini, saya kongsikan gambar gambar menarik di France pulak iaitu di Marseille.


Dalam briefing, kami dah diberitahu setiap orang boleh tapau makanan dari atas kapal. Mereka siap berikan bekas makanan lagi untuk nak tapau.

Hehe.. Abam Malek ni bukan geng tapau makanan. Ni first time. Sebab tu macam malu malu nak tapau. Bekas makanan pun letak kat bawah, malu katanya. 


Inilah ghupanya kapal cruise terbesar di dunia. Memang super duper besar kan.


Turun saja kapal, kami di bawa terus menaiki bas yang sedia menunggu kami.


Di setiap tempat, ada local guide yang akan menceritakan mengenai tempat tempat itu.


Yeeyyyyy... Dah nak sampai ke Marseille. Nampak tak tulisan kat atas bukit tu.


Di sini tempat yang kaya dengan pertanian. Macam macam pokok yang mereka tanam dengan sangat bersistematik.


Di Marseille, kami di bawa ke Museum De La Lavende. Bahasa kampungnya, "Muzium Lavender".


Staf muzium ini berkongsi dengan kami sejarah bunga lavender ini.


Selfie seseorang.. Jadi lah.


Dah kene sound sebab selfie seseorang. So kene wefie dua orang lak.


Tayangan video macam mana bisnes penanaman bunga lavender yang dijadikan industri lavender.


Buat pencinta Lavender, this is the place you must visit.


Sabit yang digunakan pada zaman dahulu untuk memotong bunga lavender


Pakaian tradisional lelaki dan perempuan yang bekerja sebagai pengusaha lavender


Ini antara mesin tradisional yang mereka gunakan.


Sekitar 40kg lavender akan di masukkan ke dalam bekas warna copper ini, sebelah kiri dan kanan. Kemudian ia akan dipanaskan. Air di bawah tangki ini akan evaporate dan seterusnya akan membawa bersama wangian dari bunga lavender ini.

Kemudian ia akan melalui proses penyejukan semula dimana air yang dah jadi wap tadi akan bertukar semua menjadi air yang dah bercampur dengan wangian lavender. Dari sinilah mula dihasilkan produk wangian dan lain lain produk yang mempunyai wangian lavender.


Untuk sekarang, mesin lebih besar digunakan untuk skala pengeluaran yang lebih besar. Masih menggunakan konsep yang sama seperti dahulu.


Lepas dah habis muzium lavender, kat hujung tu adalah tempat jualan produk berasaskan lavender.


Lanje bunga untuk isteri tersayang. Haha..


Suker ler tu dapat bunga... (Abis ambil gambar sila letak balik yer bunga tu....)


Sekarang dari lavender tu dah jadi macam maca produk organic yang mereka hasilkan. Ia 100% dari produk asli tanpa campuran bahan kimia. Yer la, masyarakat Eropah sekarang sudah mementingkan produk organik yang lebih terjamin selamat berbanding barangan yang bercampur dengan chemical.


Masalah pergi dengan orang yang ada duit ni, huhu... Semua dok borang barang. Jenuh la nak berebut nak membeli tu....


Promoter pun baik punya dok racun orang suruh beli. Suruh try la... Dah try apa lagi, semua sangkut la.


Hasil tangkapan... Huhu... Berjaya juga mereka meracun bini ku.. Uhuks..


Kami beli sedikit barang, dan kemudian bergambar di luar muzium. Yang 'sikit' tu pun sebenarnya beratus ratus juga habis. Huhu... Beli sabun 3 ketul RM100. Haha.. Terkena racun gak ngan tukang jual tu.


Cantik tak pemandangan ni? Jangan tak tahu, ni adalah wall paper jer. Bukan ladang betul yer. 


Destinasi seterusnya kami adalah ke Bienvenue Au Massif Des Ocres. Ia adalah kawasan perkampungan tanah tinggi yang cantik. Dan salah satu keunikan kawasan ini ia tanahnya terhasil dari tanah merah yang sangat cantik.


Nama tempat ni. Korang sebut lah sendiri yer dalam bahasa France. 


Santek sangat.. Ada banyak lapisan tanah. Layer by layer. Dikatakan ada satu wanita cantik yang dulu bunuh diri sebab cintanya tak diterima. So, dia terjun di kawasan ini. 


Omputih ni, kawasan macam ni pun boleh buat kawasan pelancongan. Kita di Malaysia merata rata ada tanah macam ni. Haha...


Adik saya pun dapat free trip juga kali ni. Kan best buat bisnes Shaklee... Duit dapat, bonus dapat, trip pun dapat.


Ni pun geng kami gak ni. Malek dan Zura. Tengok kamera dia pegang. Haha... Kalau ada kawan pegang kamera mahal, kita kene follow rapat rapat. Baru gambar kita leh dapat gambar cantik jugak. Hehe..


Setelah beratus ratus tahun terjadinya hakisan, maka terbentuklah kawasan yang macam ni.


Kawasan ni cantik. Cuma cuaca yang sangat panas pada waktu ni. Tak leh nak berjemur lelama sangat.


Jauh wei nak kena jalan dari sini ke hujung sana... 


Adik saya dan wife. Best juga jalan dengan adik beradik ni. Kalau nak jalan sendiri, bila nak boleh tak tahu. Hehe..


Background kawasan ni sangat cantik


Manaleh selfie sorang. Ada orang marah. Kene wefie juga.


Gambar gambar menarik sekitar kawasan ini.


Cuba perhatikan seni bina di kawasan sini. Sangat cantik. 


Semua jadi kanak kanak riang balilk ni.


Wokeh, dah sampai ke puncak. Memang cantik.


Ku dah kata, mana leh selfie sesorang. Mesti nak kena ambil gambar gak ngan wife tersayang ni.


Macam ni baru betul betul romantik... Haha...


Next destination, kami ke bandar Marseille.


Ada masa 2 jam diberikan untuk kami shopping dan bergambar di kawasan sekitar ini.


Massilia Cafe. Di Marseille lah tu maksudnya.


Laju laju... Kita laju...


Kawasan ini terletak berhampiran dengan pelabuhan tempat kapa kapal kecil berlabuh. Orang sini kaya kaya, ramai orang ada boat untuk mereka bersiar siar ketika ada kelapangan masa.


Ok, tengok gambar ni lak. Cer fkir macam mana ambil gambar ni?


Macam mana ku boleh terbang lak ni? Sebenarnya ia adalah cermin yang diletakkan di ceiling. So kita bergambar dari bawah. So, terhasillah gambar macam ni.


Cantik kawasan ni...


City Hall. Tempat pembesar bermesyuarat di sini.


Kat Eropah, standard la pemandangan macam ni. Memang bangunan mereka macam nak sama ja design.


Ok.. Masa dah time. Nak kena berangkat balik ke kapal. Good bye Marseille.


Last photo of the day and then kami semua pulang kembali ke kapal untuk perjalanan seterusnya.


Marsille dalam kenangan.

Alrite... That's our story di France. Esoknya kami ke Italy pula dengan kapal cruise.

So, jangan lupa baca entry kami yang seterusnya untuk pengalaman di Florence, Itayl.

Wassalam

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Saya Doakan Anda Pun Berpeluang Untuk Dapat Bercuti Macam Ni. Amin.

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget