Ramai Orang Melayu Hari Ini Tiada Simpanan

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ramai Orang Melayu Tak Ada Simpanan

"Ala kak.. saya tak ada simpanan la... Macam mana saya nak join...."
Sebentar tadi, saya berada di sebelah Maria. Maria bersembang dengan seorang kenalan yang jauh lebih muda. Bekerja sebagai seorang engineer.

Beliau baru berkahwin dan belum ada anak lagi sekarang ini. Ketika beliau bersembang dengan Maria, saya dengar ajer lah apa yang mereka bincangkan.

Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh dikongsikan bersama :

1. Beliau bekerja sebagai seorang Engineer, tapi dengan ekonomi sekarang pun. Masih lagi tak ada simpanan. It's either dia betul betul tak ada simpanan atau dia ada simpanan tapi cakap tak ada. Itu saya tak pasti.

Jika benar beliau tak ada simpanan, bayangkan. Engineer pun susah nak buat simpanan, apatah lagi pekerja biasa. Lagilah mencabar nak menyimpan.

Image result for orang melayu tak ada simpanan
Statistik  Pemilikan Aset Rakyat Malaysia

2. Saya suka sebab beliau sedar masalah yang beliau hadapi. Beliau tidak cukup duit dan mencari penyelesaian.
Beliau nak join bisnes Mobile Spa yang team kami anjurkan tu.Cuma beliau tidak ada simpanan RM2,999 untuk join.
At least beliau sedar yang beliau perlu buat sesuatu.

3. Saya dengar perkongsian Maria, "Tak ada simpanan ni memang masalah ramaaaaaaiiiiiiiii orang."
Saya juga sering bercakap kepada mereka yang tiada simpanan ini soalan macam ni.

Dua tahun lepas kita ada simpanan tak? Awal tahun ini kita ada simpanan tak? Sekarang kita ada simpanan tak? Agak agak... Tahun depan kita akan ada simpanan tak?

Jika kita tidak berubah, nothing will change. Macam tu lah juga dengan kewangan kita.

4. Beliau bercadang nak buat bisnes mobile spa ni sebagai part time dahulu.Memang bagus. Kami pun sekarang ni tak pernah suruh sesiapa berhenti kerja buat bisnes mobile spa ni. Kerja kami, bantu mereka jana kewangan dengan bisnes mobile spa.

Bila dah income tinggi, terpulang kepada mereka nak berhenti kerja atau tak.

Ada saja anak buah kami yang pernah dapat income RM10k sebulan, tapi sekarang masih lagi bekerja. Ada juga anak buah kami yang lain, berhenti kerja dan fokus buat mobile spa ni sampai dapat RM10k sebulan. Ada juga yang berhenti kerja gaji RM3k, dan sekarang buat bisnes mobile spa dan masih dapat RM3k.Ada juga yang masih bekerja dan pada masa sama buat bisnes mobile spa ni.

Sejujurnya, saya tak akan suruh orang berhenti kerja. Saya hanya suruh orang tu buat duit konsisten melalui mobile spa secara part time ni. Nak berhenti kerja, istikharahlah. Jangan tanya saya, sebab pimikiran saya yang dah lama buat bisnes ni akan bias.

Kami hanya sediakan platform untuk orang belajar buat bisnes. Itu sahaja.

5. Seperti kenalan yang hubungi Maria ni, pada usia yang masih muda. Belum ada anak. Komitemen kewangan dan masa yang belum cukup tinggi.

Seikhlas hati saya katakan, inilah masa untuk buat bisnes.

Yup... You got nothing to loose.

Perkara sama abang saya cakap masa saya nak buat bisnes,

"If you failed, you just lost one or two years of your working years. But if you sucess, you will be different compared to others".

Pada usia ni, ketika masih belum ada anak atau anak masih sedikit, berusahalah. Buatlah apa pun bisnes yang anda nak buat.

Jangan harap kerja makan gaji sahaja.

Percayalah, anda suka atau tidak. Satu hari nanti, jika kerjaya anda tidak mampu memberikan kenaikan gaji yang pantas, anda akan tersepit bila ada anak yang ramai.

Pada waktu itu, barulah anda 'tersedar' dan pada waktu itu baru nak buat bisnes.

Pada waktu itu, bukan mudah lagi dah sebab komitmen kewangan yang tinggi. Nak berhenti kerja pada waktu tu bukan satu pilihan yang bagus.

Nak buat bisnes part time pun makin mencabar. Dengan komitmen anak yang bersusun pulak.

Sebab tulah. Dalam apa jua keadaan. Saya menasihatkan orang ramai, buatlah bisnes pada usia muda.

Pada usia muda ni, bekerja keras. Jangan nak seronok sangat.

Kalau kita boleh berjaya dalam bisnes, insya Allah gaji kita akan berlipat kali ganda berbanding kalau kita kerja makan gaji.

After all... It's all about us.

Kita yang decide masa depan kita.

Buat anak muda yang baca artikel saya ini, anda mungkin tak faham sebab anda belum rasa.

Tapi, satu hari nanti kalau anda dah ada ramai anak, komitmen kewangan yang semakin tinggi. Pada waktu itu, anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Buatlah bisnes ketika anda 'lapang' sebelum anda terpaksa buat bisnes sewaktu anda 'sibuk'.

Tak percaya, tak per. Satu hari nanti anda akan faham.

Sekian sharing hari ini.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal. 

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget