SUCCESS STORY TWB - Cik Zas - Berjaya Buka Kedai Spa Selepas Join TWB

Saya perkenalkan diri dahulu.

Orang panggil saya Cik Zas. Dah berumur 40 tahun pun tapi sejak join TWB muda balik jadi 30😉 .

Masih bekerja di sektor kerajaan as a pembantu tadbir. Kerja gaji bulanan ni tak mewah. Masuk je gaji, hari tu juga zero! Saya takde simpanan langsung. Salah diri sendiri la sebab pengurusan kewangan saya memang fail😧

Sebab itu walaupun gaji tetap tapi saya terpaksa kena ada kerja tepi iaitu kerja Part time. 

Bagaimana Keadaan Saya Sebelum Ini?

Sebelum saya join TWB, saya dah survey banyak kerja part time. Pernah je saya buat Grab dan jual kuih muih untuk cover pinjaman hutang-hutang yang dah saya buat.

Kereta saya pernah nak kena tarik sebab berbulan tak bayar. Nasib saya baik sebab masa ni ada adik beradik tolong. Kereta ni ibarat nyawa saya, kalau takde kereta ni, tak tahu la.

Suami saya pula tinggal jauh kat Pahang.

Anak-anak tinggal dengan saya dan gaji suami pun tak besar.

Tu laa.... Tapi sampai bila nak minta bantuan dari adik beradik kan..

Dengan fikir yuran sekolah anak-anak dan duit belanja dorang pun saya hadkan, hutang dengan bank-bank lagi. Memang tiap-tiap malam saya menangis la. Besar dugaan cabaran Allah bagi kat saya. Tapi takkan nak nangis je kan.

Betul...Dan saya pun paham, saya kena juga buat sesuatu.

Mula Mengenali The Walking Beauty Mobile Spa

Masa ni kawan saya ada cerita pasal mobile spa dan saya memang minat bab-bab kecantikan ni tapi maklum la terbatas kan. Macam saya ada anak sorang tinggal di asrama, ingatkan belajar di sekolah berasrama boleh jimat kan kos tapi sebenarnya banyak jugak kos dari sekolah harian biasa.

Tapi saya tak pikir banyak dan saya terus saya google sampai lah saya terjumpa satu blog yang menceritakan mengenai projek buat duit ini.

Sebenarnya dalam masa yang sama saya tengah nak buat bisnes lain😅

Anak saya 2 orang, 15 tahun dan 13 tahun.

Dah nama bisnes dan saya paham nak mulakan sesuatu bisnes kena ada modal.

Tapi saya ni zero!!

Kenangkan anak-anak...saya kena buat sesuatu, nasib saya ni ada inisiatif😄😉

Sambil survey pasal bisnes, sambil saya mohon skim bantuan kerajaan. Kira tak la dok diam kan.

Jadi wanita kat Malaysia nie pon ada banyak bantuan kewangan yang di offer. Kena pandai cari. Paling laju... Pinjaman dengan adik beradik, kawan-kawan atau bos sendiri hehe.

Saya ambil risiko dengan kewangan saya yang meruncing untuk buat pinjaman dgn AIM @ Amanah Ikhtiar Malaysia untuk join TWB. Saya nampak TWB ada potensi. Tidak banyak sedikit mampu bantu kewangan hidup saya sekeluarga.

Bagaimaan Keadaan Saya Sekarang?

Saya masih baiki lagi taraf hidup saya dan saya yakin TWB ni platform terbaik untuk ubah hidup.

Dengan mobile spa, saya ada pendapatan sampingan. Yang Alhamdulillah sangat sangat membantu saya.

Bila bisnes nampak bertambah baik, bulan 8 hari tu, saya dah pun selamat buka mini spa di Keramat Wangsa.

Senang klien-klien saya nak datang berspa.

Dengan TWB, saya ada support group bukan je kat online, tapi siap coaching depan-depan lagi ilmu marketing.

Saya rasa seronok sangat buat spa ni. Dulu saya pernah buat creampuff dan dapat order dalam 10box.

Saya amik masa 5-6 jam juga nak siapkan order. Uli-uli, pam filling semua, siap packing dapat la RM200-250. Tapi jenuh juga la nak kena kerja 5-6 jam. Dan duit yang dapat tu pun bukan semuanya untung. Kena tolak modal juga nanti.

Tapi bila buat spa ni, 1-2 jam je boleh dapat dah amaun macam tu. Jimat sungguh dah masa kan. Tapi hasil yang dapat sama hehe. Baking nie memang seronok tapi penat sikit laa kan.

Mini spa tu adalah kejayaan yang paling bermakna yang selama nie saya tidak pernah terpikir sebab dalam comfort zone kann maklum laa keja dengan gomen.

Ok la. Saya stop di sini. Kawan-kawan doakan saya makin berjaya dan bebas hutang ya.

Dan saya juga doakan semua dipermudahkan dapat modal dan bayar.

Lepas tu kita sama-sama buat duit kepok-kepok dengan spa TWB ya. Aaminn😄

Jumpa nanti di group TWB.

Cik Zas
Peserta Mobile Spa The Walking Beauty

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-




Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!




Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget