SUCCESS STORY TWB - Azura - Cikgu Pun Boleh Berjaya Dengan Mobile Spa TWB

Assalamualaikum...

Nama saya Nurazura. Berumur 25 tahun selepas guna youth.

Anak 2 orang dan nak masuk 3 orang. Sekarang tengah pregnant 6bln ++.

Saya berkerja sebagai seorang Guru Pendidikan Khas. Saya tinggal di Pahang dan saya dah 4 tahun bersama spa TWB.

Mengapa Saya Join Projek Mobile Spa TWB?

Biasanya, ramai orang berfikir macam ni.

"Alah cikgu. Patutlah boleh masuk. Dah ada duit." 

Cikgu pun sesak tau. Nak bank in kat mentor, cakap tunggu gaji.

Dah gaji pun masih tak boleh nak bayar. Sebab semua cabang duit sudah bertuan. Sudah ada komitmennya.

Sejujurnya, saya join TWB sebab nak buat duit INSTANT CASH yang diwarwarkan oleh mereka yang dah join sebelum ni.

Kenapa Spa TWB, bukan join dropship, jual tudung atau baju? 

Kenapa spa?

Bukan projek lain?

Saya memang tak minat berniaga. 0 minat. Tak suka lah senang kata.

TAPI saya minat pergi spa. Saya suka buat lulur. Setiap bulan kalau ada lebih saya akan pergi melulur.

Bila iklan TWB muncul pada tahun 2015. Saya rasa tertarik sebab saya nampak ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.

So saya bincang dengan suami dan buat keputusan nak join spa.

Apa Pandangan Cik Suami?

Ok bab pandangan suami ni, suami saya sangat praktikal.

Dia tak faham kalau cakap belit-belit. Ayat panjang-panjang lagi dia tak faham.

Sebelum decide untuk join, dia dah senaraikan kebaikan join spa dan keburukan join spa.

Dia senaraikan akibat, bahaya, dan kesan saya join spa TWB nie. Saya bernasib baik sebab kebaikan tu lebih banyak yang dia tulis berbanding keburukan.

Sangat detail, perbelanjaan kami seharian pun suami senaraikan dengan detail tau. Beli barang 20 sen pun dia tulis sebab tak nak duit short. Ye lah ngam-ngamkan gaji. Jadi Alhamdulillah suami izin kan.

Macam Mana Nak Bayar Modal TWB?

Masalah utama sekarang, nak bayar modal untuk join spa TWB nie macam mana, nak korek duit dari mana?

Duit gaji semuanya dah bertuan dan tak boleh usik.

Kalau usik memang sengsara hidup bulan tu. Seksa sangat bila tak ada duit sebab tu kena manage betul-betul.

Lepas dapat gaji pun saya tak bank in kat trainer saya sebab masih cari akal mana nak dapat duit nak register spa.

Akhirnya, untuk join spa TWB nie saya gadaikan gelang atas persetujuan bersama dengan suami tercinta.

Ok saya cerita sikit kesesakan saya ye.

Disebabkan kami dah tahu perbelanjaan bulan-bulan kami, jadi saya buat sistem envelope untuk asingkan duit perbelanjaan.

Dapat gaji kami bahagi antara envelop untuk perbelanjaan harian. Contohnya ada envelop duit lauk, duit sabun dan duit minyak.

Contohnya kalau saya nak makan luar bulan tu, saya akan kurangkan berjalan. Jadi kurang isi minyak dan ada duit lebih. Kerja makan gaji ni tiada overtime, bila kerja lebih masa pun gaji macam tu juga.

Saya pernah tak cukup duit nak beli perfume, jadi saya beli yang rm10 jenis roll tu je. Takde perfume takpe, janji jangan takde ubat ketiak. Kikiki....

Zaman Sekarang, Buat Bisnes Adalah Satu Kemestian

Ramai cikgu buat bisness kan, bukan sebab pandai bercakap tapi sebab tak cukup duit. Kat sekolah semua cikgu ada katelog masing-masing. Ini hakikatnya. Ada yang jual tupperware, ada jual tudung, ada jual makanan, ada jual minyak wangi, ada jual supplement. Pendek kata, ramai cikgu yang sesak juga sebenarnya.

Masa saya join saya nekad dan tak banyak fikir. Alang alang dah buat, saya buat betul betul.

Dulu saya duduk Johor, dekat dengan bandar. Lepas tu suami ajak pindah Pahang sebab kami ada beli rumah di  Gambang. Tup tup dapat kawasan pedalaman. Pada masa tu saya lepas sorang, suami pula tak lepas. So, saya terpaksa pindah ke Pahang, kawasan pedalaman dan suami pula stay di Johor.

Jadi terpaksa la kami berdua jadi Pasangan Jarak Jauh (PJJ).

Rindu tu tok sah kata lah. Suami bawak 1 anak dan saya bawak 1 anak. Dia kata biar sama-sama susah tak apa.

Memang cost tinggi. 3 buah rumah kena bayar, perjalanan ulang alik lagi dan duit memang sesak.

Kami pernah ikat perut, tapi duit bulanan mak ayah kedua-dua belah pihak kami tak pernah tolak.

Saya terpaksa duduk kawasan pedalaman dan saya bukan lah jenis berdikari. Boleh bawak kereta tapi nak isi minyak pun tak tahu.

Saya duduk di pedalaman yang tepi sungai dan jauh dari bandar.

Tahun 2014 masuk Pahang. Hijrah itu pengorbanan kan dan hijrah jugak rezeki.

Perubahan Dalam Kehidupan

Pada tahun 2015 saya mula join TWB. Alhamdulillah rezeki macam air hujan, lega rasanya dapat duit dengan usaha sendiri.

Masa mula-mula join tu tak fikir pun mana nak dapat customer sebab duduk dalam hutan kan.

Dalam group TWB akan diajar macam mana nak buat marketing spa dan customer saya bukan cikgu sekolah sendiri ye tetapi customer saya daripada orang luar.

Sepanjang menjalankan bisnes mobile spa ini, saya selalu jer sesat nak pergi rumah customer. Kalau sesat saya berhenti tepi jalan nangis dulu. Huhu... Hanya pada tuhan tempat ku mengadu.

Saya ni, punyalah tak berdikari. Semua suami buat, sampaikan nak isi minyak pun nak bukak kat mana tak tau.

Dengan TWB, hidup saya banyak berubah. Banyak benda yang saya belajar. Pengalaman dengan TWB sungguh banyak. Saya sayang TWB dan kawan-kawan dalam TWB terutamanya mentor saya.

Saranan Saya Bagi Yang Takde Modal

Ok macam ni... Bab modal memang lah kalau fikir buntu. Pendek kata kalau masuk istana takeshi tu tak jumpa jalan keluar. Asyik jumpa jin gemuk yg jd penghalang je. Kalau hati kita dijentik betul-betul nak, memang apa jadi pun kita akan cari modal sampai dapat.

In case lah malam ni kan mak kita call cakap ayah sakit jantung dan perlukan duit RM3 ribu untuk bypass segera, kalau tak maut menanti.

Tapi kita takde duit, so boleh ke kita cakap, "Mak saya nak tolong, tapi tunggu modal."

Saya nak tolong tapi saya susah. Saya nak tolong tapi tapi tapi dan tapi.

Ni contoh je lah saya nak bagi. Pernah tak mak ayah mintak duit tengah bulan dan kita memang  tak boleh bagi. Atau selepas kawin memang kita takde bagi mak ayah duit walaupun RM50 susah nak bagi.

Ada yang berani nak mengaku dia tak pernah bagi mak ayah duit sejak kawin?

Alasan sebab dah berkeluarga. Itu hak masing-masing. Tapi kan... Saya nak sentuh satu je. Alangkah tersinggungnya mereka bila mintak duit kita cakap takde.

Jadi sampai bila?

Cadangan Mendapatkan Modal

Saranan saya yang nak join tapi takde modal boleh buat gadaian emas. Ar Rahnu, kalau dah biasa keluar masuk masuk dia boleh bagi 70-80% dari nilai emas.

Emas takde? Macam mana nak buat?

Emas takde... next?

Pinjam adik beradik, kawan, atau mak ayah. Ketepikan rasa malu. Janji dengan diorang dateline bila boleh bayar.

Bersungguh-sungguh buat spa dan buktikan aku boleh bayar dalam masa 2 minggu. Kalau pulun 2 minggu memang kacang je lah nak dapatkan modal tu balik tau.

Emas takde, adik beradik susah, mak ayah susah, ok next.

Boleh buat pinjaman perniagaan jangka pendek amount dalam RM3k atau RM5k dengan Tekun, Amanah ikhtiar ataupun Ar Rahnu.

Tapi pinjaman nie perlukan dokumen sokongan.

Kejayaan Saya Dalam TWB

Ok now saya nak kongsi suksess story saya.

Dalam TWB semua tahu saya macam mana hahahaha. Kalau betul-betul nak kena ikhtiar dan carilah jalan macam mana pun. InsyaAllah...Allah pasti bagi jalan.

Sepanjang buat TWB ni, saya dapat bayar hutang PTPTN cash berbaki RM11k. Actually baki tinggal lagi RM14k. Tapi bila nak buat full settlement tu ada rebate dan tinggallah RM11k. Yahooooo.

Dengan mobile spa ini juga, saya bayar pakej umrah mak ayah berjumlah RM15k. Lepas tu hantar mak ayah pergi umrah. Pakej saya ambik RM15k tau mahal sikit sebab tak nak bagi diorang jalan jauh.

Sekarang anak saya umur 12 tahun. InsyaAllah cukup 21 tahun tempoh dia nak belajar, saya yang akan tanggung sepenuhnya sebab saya tak nak buat pinjaman PTPTN. Itu ada dalam target saya.

Kalau 4 tahun dulukan saya tak buat keputusan yang betul, mesti sekarang apa pun tak ada. Mesti sekarang mak ayah saya pun tak merasa. Sekarang letih nak layan. Tapi dengar je lah. Den layan jo.

Ok macam mana saya dapat duit banyak ni???

Saya kedekut... Serius kedekut dan tamak sekali. Kedekut menyimpanlah.

Bab mak ayah. Makan semua takdelah kedekut.

Duit spa yang saya dapat saya akan simpan. Contohnya, 1 customer dapat RM50. Saya dapat lebih dah 100 orang. Kita buat kesimpulan ye. Kat situ je RM5k dah kan.

Spa TWB semua simple dan tak perlu kerumitan. Macam yang korang sekarang semua dapat full spec. Tak payah topup apa-apa dah. Lepas training dah boleh buat spa terus.

 DAN... Saya bukan buat facial saja.

Saya gabung sekali dengan pakej spa sebab lagi lumayan.  Pakej seri pengantin Rm350 hehe.

Lagi banyak dapat dari facial saja. Lulur + Scrub + Sauna + Facial. Bagi dia free mandi bunga.

Korang tau tak yang korang akan diajar semua diatas dan korang terus boleh buat pakej tau sebab yang  bestnya training One to one nie sangat senang nak faham.

Saya rasa itu saja sharing saya. Semoga korang semuanya berpeluang join spa TWB.

InsyaAllah usaha sungguh-sunguh cari modal. Allah pasti hantar bantuan yang tak disangka. Buat tahajjud mintak petunjuk dan dhuha.

Dhuha ni pun saya belajar bila saya mula mengenali Spa TWB. Saya tak malu nak mengaku. Dulu kan saya tak tau dhuha 4 rakaat nak buat macam mana. Jahilnya. Bodoh je tanya soalan dalam group nak buat 4 rakaat macam mana.

TWB banyak ubah saya. Sekarang kalau tak dhuha ibarat tak sarapan pagi. Kebulur lapar. Ada masa free curi dhuha kejap waktu rehat. Baiknya Allah. Kita mintak 1 dia bagi 10. Korang....trust me.

With Love,

Azura.

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB? 
Sila click link di bawah:-



Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!

Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp



Email : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, kini menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!





Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget