Mee Goreng Sotong Padang Kota

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya.

Semoga kita semua di masukkan ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah.

Mee Goreng Sotong Padang kota

Semalam, ada kawan mai dari Kelantan. Ayat dia sket punya sempoi.

"Wei, jom kita pi makan mee sotong kat Padang Kota..."

Saya pada asalnya menolak. Macam malas jer nak pi makan mee goreng nak kena pi Penang.

Bukan tak tau Penang tu, "Jammmm..."

Tapi, kawan saya ni pandai.

Dia pi ajak kawan saya lagi sorang, Ustaz Saufi. Dia racun Ustaz Saufi untuk pi makan mee goreng kat Penang.

Bila si ustaz dah diracun, si ustaz ni pulak call saya. "Wei.. Jom pi makan mee sotong kat Padang Kota."

Aku dah agak. Mesti shiekh Okaz  yang hasut dia ni. Haha...

Tapi since dah macam dua orang ajak saya pi, dan saya rasa kalau saya pi dapat merapatkan ukhuwah dengan depa ni. Saya ikutkan jer lah. 

So, saya tanya kenkawan di Penang. Kat mana mee sotong Padang Kota yang oran dok viral tu. So, depa share di sini.

Kena parking kereta dekat tempat parking Fort Cornwollis. Then tempat makan sebelah parking tu jer.


Ni ha kedainya.


Orang Penang ni memang gila makan sket. Sampai nak kena beratur nak order. 


Pernah masuk paper rupanya. Patutlah famous amous.


 Goreng sekali banyak banyak. Then agih atas pinggan 


Ni pasembor. Harga RM6.


Ni lah dia mee sotong Padang Kota tu.

Kedai buka setiap hari kecuali hari Ahad. Hari Ahad tutup. Buka jam 11 pagi dan tutup jam 8 malam.

Ok, ini review saya :

1. Dekat situ ada lebih kurang 20 kedai makan. Tapi ntah macam mana, semua pelanggan di situ dok makan mee sotong ni jer. 

Even depa ni duduk kat kedai makan lain, guna kerusi meja kedai makan lain, tapi dok makan mee sotong ni.

Saya perhatikan, hampir setiap meja kalau ada orang makan, akan makan mee sotong ni.

Ini menunjukkan betapa virallnya mee sotong ni.

2. Rasa macam mana? Saya boleh katakan ia sedap. Tapi tak lah sedap tu sampai saya nak kena repeat lagi.

Sekadar saya boleh kata. "Benda ni sedap... Dan aku dah makan."

Markah : 7 / 10

3. Kalau anda teringin sangat nak makan, boleh la pi. Tapi kalau nak cari mee goreng sedap gila tu. Ia tak mencapai maqam. Ia lebih kepada viral. Sebab tu kita nak cuba.

Boleh ajer nak cuba, at least boleh kata. "Been there, love it, done that"

Oklah. Itu ajer sharing saya. Semoga bermanfaat.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget