"Kelas Anakku Cantik Dan Ceria....."

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Ini kelas anak saya di sekolah.

Anugerah Kelas Cantik Dan Ceria Tahap 1, jatuh kepada Kelassssss 3 Amanah"

Ketua Darjah terima sijil kelas cantik dan ceria..

Alhamdulillah. Untuk Tahap 1, kelas ini dah 3 minggu berturut turut mendapat Anugerah Kelas Cantik Dan Ceria.
Setinggi penghargaan buat guru kelas iaitu Ustazah Noraini dan Ustazah Zuraini.
Saya juga berterima kasih kepada semua waris di kelas ni seperti Abu Soleh Al ArshadyRahimah Md YusofNor Asyikin Abdullah Mohd Nazril Musa dan waris lain yang menyokong semua program guru.
Ada yang sponsor tikar getah, ada yang sumbang duit ringgit, ada yang sumbang tenaga ke sekolah untuk bergotong royong mencantikkan kelas anak dengan hiasan dinding.
Bagi saya mudah, untuk anak belajar dengan selesa, kelas kena cantik dan ceria... Barulah happening.
Dengar cerita, kelas kelas lain pun dah nak start decorate bagi lagi cantik. Lepas ni habis la.....
Anyway, bagi meringankan beban beg anak anak kami ke sekolah, kami waris kelas ini berpakat untk beli loker untuk anak anak tinggal buku yang tidak berkaitan di sekolah.
So, tak der lah hari hari nak usung buku pi mai pi mai.
Di sekolah kami, kelas kami jer so far yang berjaya initiate benda ni. Ini semua kerana sokongan padu dari semua waris.
Di samping guru kelas yang sangat produktif.
Anda boleh tengok contoh loker dalam kelas tu, harga hanya RM66 sahaja. Satu loker share 3 orang. So sorang waris bayar RM22 sahaja. Tahun depan bawa ke kelas berikutnya. Senangkan. Beli sekali, pakai bertahun tahun.
Cumanya, kalau boleh biar standard satu sekolah kalau nak beli loker tu. Senang...
Kejayaan anak bermula dari kita.

Anak anak yang ceria belajar di dalam kelas yang kondusif
Hijau bermaksud mereka faham apa yang cikgu ajar. Kuning faham sikit sikit. Merah maksudnya tak faham.
Tengok kerusi tu, siap ada balut riben lagi. Meja siap ada skirting lagi..

Jom.. Kita bantu guru kelas anak kita untuk menceriakan kelas anak kita.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget