Ditulis Oleh : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.


Majlis Persaraan Puan Asriyah

Semalam di MRSM Taiping berlangsung majlis persaraan Cikgu Asriyah Abdullah.

Beliau telah mengajar di MRSM Taiping sejak tahun 1984 sehinggalah 2018. Huhu. Bukan satu jangka masa yang pendek. 

Beliau dah berada di sana, mencurah bakti dan keringat kepada hampir kesemua pelajar MRSM Taiping sejak 34 tahun yang lalu.

Sempena majlis persaraan beliau semalam, saya diamanahkan oleh pihak penyelaras program untuk membantu dari segi jemputan kepada Alumni MRSM Taiping. 

Hebahan awal telah dibuat sejak awal Julai yang lalu. 

Memandangkan Cikgu Asriyah memang dikenali dan disayangi oleh para pelajar MRSM Taiping atas sifat kelembutan dan keibuan serta ketegasan, maka ramai bekas pelajar yang hadir ke majlis ini semalam.

Bayangkan, hampir 30 orang bekas pelajar yang hadir ke program ini. Satu jumlah yang besar bagi saya. 


Badan Wakil Pelajar menunggu VVIP untuk tiba ke majlis


Cikgu Asriyah bersama Mejar (B) Setia Perwira, anak homeroom cikgu masa tahun 1984-1988. 


Ini pula Cikgu Haleezaa, penyelaras program dan juga kanan Aza, student batch 97/98. 


Terima kasih Khafiz Mohd Ariffin, Nor Azarina Mazelan, Emy Elyanee Mustapha yang turut hadir dari anak homeroom Cikgu Asriyah batch 97/98. Kami makan dulu di Kamal Lodge Taiping sebelum ke MRSM.

Salah satu faktor hebahan ini berjaya kerana kita menjemput bekas pelajar dari awal dan dibuat berulang ulang kali. Maka  sambutan yang diberikan Alhamdulillah.


Barisan guru di MRSM Taiping yang sudah bersedia ketika di dalam dewan


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu MARA


Ucapan dari Cikgu Asriyah


Ucapan dari pengetua dan juga ucapan Cikgu Asriyah... Kemudian disusuli dengan persembahan dari murid.


Bacaan sajak oleh pelajar


Program memotong kek persaraan diserikan lagi dengan semua bekas pelajar naik ke pentas


Muah cikit


Ucapan dari bekas pelajar MRSM Taiping. Tuan Setia Perwira, antara batch awal di MRSM Taiping.


Kami juga ada membuat sedikit kutipan untuk memberi hadiah kepada Cikgu Asriyah sempena persaraan beliau.


Zoom in 

Alhamdulillah. Akhirnya kami berjaya mengumpul sekitar RM9200 tunai dan RM700 baucher diskaun percutian yang dihadiahkan oleh syarikat Kembara Sufi Travel And Tours Sdn Bhd yang di uruskan oleh Tuan Nawi Kembara Sufi.

Akhirnya, kami bersetuju untuk memberikan hadiah PAKEJ PERCUTIAN 10 HARI 7 MALAM KE TURKI untuk cikgu tersayang bersama dengan suami.

Walau bagaimana pun, kita mendapat info yang kurang tepat dari agen risikan kita di maktab. Rupa rupanya, Cikgu Asriyah sudah pernah melancong ke Turki. 

Maka dengan ini, kita akan menukar tempat melancong cikgu ke tempat lain insya Allah. 

Kami tahu, apa yang kami berikan ini tidak mampu untuk membalas jasa baik cikgu selama ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati Cikgu Asriyah.

Selamat Bercuti Dan Berehat Cikgu...


Cikgu bersalam dengan sebahagian pelajar 


Selepas habis program, ada jamuan makan untuk semua pelajar dan guru... Jom makan. 



Ini Cikgu Haleezaa. Guru penyelaras proram ni. Di belakang tu adalah cakoi dan donut untuk semua orang. 


Cikgu Asriyah di bawa ke foyer... Bersama dengan pelajar batch batch awal MRSM Taiping


Majlis minum petang selepas tamat program.


Gambar kenangan terakhir... Bersama guru tersayang. 

Semoga Allah memasukkan cikgu dan keluarga ke dalam syurga tanpa di hisab.

Terima kasih kepada semua bekas pelajar MRSM Taiping yang menyumbang kepada tabung percutian Cikgu Asriyah. 

Semoga Allah memberkati hidup anda semua.

Terima kasih juga kepada Kembara Sufi Travel And Tours sudi menaja sebanyak RM700 dalam bentuk diskaun terhadap pakej yang dipilih. 

Terima kasih semua.

Mohd Firdaus Mat Saad 
MRSM Taiping 97/98
Anak Homeroom Cikgu Asriyah

Nota Kaki :

Sebagai Menghargai Sumbangan Dari Pihak Kembara Sufi Travel And Tours

Saya bersetuju untuk kongsikan Pakej Percutian Yang Ditawarkan Oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Mereka adalah peneraju Pakej Percutian Muslim di Malaysia.


1. Central And Eastern Europe = RM6,999 (12 Hari 9 Malam)

2. Korea Autumn = RM3099 ( 5 Hari 4 Malam )
3. Korea Winter = RM3199 ( 5 Hari 4 Malam )


4. New Zealand North = RM4999 ( 7 Hari 5 Malam )
5. New Zealand Sount = RM5799 (8 Hari 6 Malam)
6. New Zealand North + South = RM6799 (10 Hari 8 Malam)


7. Balkan = RM6599 (10 Hari 8 Malam)


8. Eropah 5 Negara = RM6999 (10 Hari)


9. Eropah 6 Negara = RM6699 (10 Hari)


10. Korea -Nami - Jeju = RM4199 (7 Hari 10 Malam)


11. Xian - China = RM1999 (6 Hari 4 Malam) 


12. Umrah = RM6899 (12 Hari )

Sila hubungi Tuan Nawi untuk pakej di atas : 019-302 6460.

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top