Majlis Sambutan Aidilfitri 2018



Majlis Sambutan Aidilfitri 2018.

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua pembaca blog Mariafirdaus.com? Kami doakan anda sentiasa dalam rahmat Allah, dan gembira di Aidilfitri bersama keluarga tersayang. 

Syukur Alhamdulillah, pada 4 Syawal 1439 bersamaan 18 Jun 2018, Allah mudahkan urusan kami mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri di rumah kami di Parit Buntar, Perak. 

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis ni.


Actually majlis ni adalah hasil gabungan semua family kami, iaitu Mak saya dan kami 4 beradik. 

Dari kiri: Saya, Abang Ain (Arman), Abang Jan (Norafizal) & adik saya Dzuha.


Gabungan 4 biras. 

Dari kiri: Kak Mazlyn (wife Abg Ain), Ainul (wife Dzuha), Kak Aza (Wife Abg Jan) dan Maria. 


Antara menu yang kami pilih. Ada nasi minyak dengan lauk ayam, daging dan air asam.


Menu kegemaran ramai satay wajib ada.


Apam Balik ni memang favourite budak-budak, termasuk lah anak-anak kami. Memang puas hati dan sedap.


Pak Tongkoi Donut ni pun famous di Permatang Pauh.


Donut dan Cakoi dia gebu, sedap makan masa panas-panas.


Cendol pun ada! Yang ni pun dapat pujian ramai tetamu. Alhamdulillah. 


Sebelum tetamu datang, tuan rumah kena lah siap-siap menjamu selera. Supaya tak kelaparan bila melayan tetamu nanti. Hehe. 


Anak-anak saudara kami.


Fawwaz pun suka makan donut gebu.


Maria dan Kak Aza.


Maria dan Ainul.


Alhamdulillah, cuaca harini sangat baik, redup dan tak panas sangat. Nyaman je rasa. Cuma ada hujan rintik-rintik sekejap masa tengahari, lepas tu stop. Syukur Allah mudahkan majlis kami.


Tuan rumah sedia di hadapan pintu pagar menunggu kedatangan tetamu. 


Tetamu mula hadir.


Tetamu di bahagian bawah khemah.


Alhamdulillah, ramai kawan-kawan Mak saya dan jiran-jiran yang datang.


Family belah Arwah ayah saya.


Kawan-kawan saya di Sek Keb Permatang Tok Mahat (SKPTM). 


Lagi geng SKPTM. 


With Teacher Ana, cikgu tadika Farees, Fateh & Fawwaz.


Ustazah Zuraini, guru kelas Farees 3 Amanah di SKPTM.


Sahabat saya sejak kecik, Saufi.


Maria dan Fizah, wife Saufi. 


Maria with Miza, antara Leader hebat dalam team Shaklee kami 👍


Sahabat saya dari sekolah rendah, Nazril dan Saifuddin.


Sahabat dan customer Shaklee. Kak Afnani & family.


Geng-geng batch sekolah rendah adik saya Dzuha.


Saudara-mara lain yang hadir.


Syukur ramai tetamu yang hadir, maaf tak sempat nak ambil gambar semua. Ni pun ambil mana yang sempat je.


Alhamdulillah, majlis kami selesai lebih kurang jam 5 petang. 


Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Maaf yer atas segala kekurangan. Semoga ukhuwah kita semua berkekalan. Amin. 

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga! 😀

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget