Panduan Mendidik Anak Kecil Bersolat

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

Training Anak Solat

Saya ada 3 orang anak. Sejak dari kecik, saya memang sangat sangat sangat menitik beratkan anak anak bersolat.

Farees umur 9 tahun, Fateh 6 tahun dan Fawwaz 3 tahun.

Selalunya, kalau saya ke surau untuk solat berjemaah, saya akan angkut mereka bersama. Bagi saya sangat penting untuk mendekatkan hati mereka dengan surau.

Berdasarkan pengalaman saya masa kecik, saya selalu di'heret' ke surau oleh arwah nenek saya, arwah abah saya dan mak saya.

Kalau mereka ke surau dulu, pasti kami adik beradik di bawa pergi bersama. 

Alhamdulillah, apa saya perhatikan kami adik beradik sampai besar menunaikan solat berjemaah di surau. Syukur Alhamdulillah.

Training mereka kepada kami sejak kecil berkesan.

So benda yang sama kami train anak anak kami.

Fateh Bersolat Sendirian

Adakalanya, anak anak saya ni tak ikut saya ke surau. Adakalanya mereka makan, kenkadang nak mandi. So, ada kalanya mereka ikut saya. Adakalanya mereka 'terlepas'.

Bila saya balik, saya tanya Farees, dia cakap dia dah solat. Tanya Fateh, dia cakap. Belum solat. So apa lagi, terus kena sound dan saya terus suruh dia solat.

Hehe.. Dengan muka masam nya.. Fateh pun solat.


Nampak macam khusyuk. Tapi, baru lepas kena marah ni. Sebab tak solat lagi.


Ajarkan anak solat di waktu kecil, insya Allah kita senang di waktu besar nanti.


Betulkan kedudukan supaya postur badan mereka betul.

Anyway, sejujurnya bukan senang nak didik anak bersolat. Kita kena kuat berdoa, minta Allah bagi hidayah kepada mereka. 

Kita sebagai parents pun kena tunjukkan contoh yang baik kepada anak anak.

Panduan Nak Didik Anak Solat

i. Kita sendiri kena tunjukkan kepada anak yang kita solat. Kalau boleh kita solat berjemaah di Masjid atau Surau.

ii. Masa gi masjid, bawa anak bersama. Memang mereka ni tak mau, tapi terangkan kepada mereka "lelaki kena solat di Masjid / Surau". Install benda ni dalam otak mereka dari kecik.

iii. Sentiasa terangkan kepada anak anak, kewajipan solat. Bagi tahu mereka solat adalah tanggung jawab dan amanah yang Allah bagi kepada kita.

iv. Kongsikan dengan anak anak syurga dan neraka. Bagi tahu mereka kita kena buat benda benda yang Allah suka kalau nak masuk syurga.

v. Doa, minta Allah bagi hidayah kepada anak anak kita. 


Sebagai ibu bapa, sama samalah kita didik anak kita bersolat. Kalau umur 10 tahun tak solat, rotanlah mereka. 

Lebih baik kita rotan mereka sekarang, berbanding kita nak rotan mereka masa umur 18 tahun sebab tak solat.

"Ya Allah, jadikanlah daku dan zuriatku mendirikan solat....."

Sekian.

Wassalam

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget