Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ini sambungan dari entry sebelum ini:-



Menuju ke Istanbul Semula


Pagi ni kami akan menuju ke Istanbul semula. Esok dah nak balik Malaysia. Seperti biasa, breakfast dulu di Vonresort Abant di Bolu. 


Breakfast harini lebih banyak choice. Makin nak balik makin sedap. Hehe. Siap ada kek batik lagi. 


Sayur sayuran tidak boleh dilupakan.


Ruang makan yang besar dan selesa.


Di Bolu memang sangat sejuk. Sekarang dah musim Autumn, tak lama lagi nak masuk winter. 


Bergambar sebelum bas bertolak meninggalkan Bolu. 


Perjalanan dari Bolu ke Istanbul mengambil masa sekitar 3 jam.


Tepat jam 10:00 pagi kami tiba di Kota Istanbul. Destinasi pertama kami harini adalah menaiki Cruise merentasi Selat Bosporus.


BOSPHORUS CRUISE


Bosphosrus Strait adalah selat yang menghubungkan Black Sea dan Sea of Marmara.
Ia adalah pemisah tanah Istanbul di sebelah Asia dan di sebelah Eropah. 


Dah sampai di Selat Bosporus. Sekarang kami berada di Istanbul sebelah Asia. Kami akan menaiki Cruise dan berlabuh di Istanbul sebelah Eropah. 


Here it comes. Inilah Cruise yang disewa khas untuk group kami.




Deck bahagian atas. Luas dan lapang. Syok bersantai atas ni sambil menghirup udara segar Selat Bosphorus. 


Air laut Selat Bosphorus yang sangat cantik.


Sepanjang di atas cruise ini, Tour Guide menerangkan kepada kami sejarah bangunan yang berada di sekitar Selat Bosphorus.


Masjid yang baru dibina di tepi Selat Bosphorus.


Salah satu jambatan gantung (suspension bridge) yang merentangi Selat Bosphorus. Setiap hari ribuan penduduk Istanbul merentasi jambatan ini. Ada yang tinggal di Istanbul sebelah Asia dan bekerja di Istanbul sebelah Eropah. Begitulah sebaliknya. Kiranya setiap hari mereka merentasi benua Asia dan Eropah nak pergi kerja. 


Pemandangan indah sepanjang Cruise. 


Bersama geng-geng dari Johor. 


Bersama Dr Rohani dari KL dan Kak Tumirah dari Johor. 


Group Photo geng-geng dari Johor. 


Kami berada di atas Cruise dalam 90 minit. Dalam masa ni pun dah boleh jadi sunburn kulit sebab matahari yang terik, tapi rasa sejuk sebab angin kuat di atas Cruise. 


Alhamdulillah, selesai Bosphorus Cruise. Sekarang kami dah tiba di Istanbul sebelah Eropah.


SPICE BAZAAR


Next destination adalah Spice Bazaar. 


Suasana dalam Spice Bazaar. Banyak sangat kedai dalam ni. 


Tour guide bawa kami ke kedai Turkish Delight jenama Hazer Baba. Antara kedai yang menghasilkan Turkish Delight yang berkualiti dan sedap. 


Nasihat kami, sebelum beli mana-mana Turkish Delight , pastikan anda mintak rasa sample dulu. Sebab ada yang rasanya manis sangat, tak boleh masuk di tekak. Kalau dah beli tapi nanti tak lalu makan, kan dah membazir. 


Turkish Delight ni ada macam-macam harga. Tour guide kami pesan, elakkan beli yang harga terlampau murah sebab kebanyakannya diperbuat dari bahan kimia yang tak bagus.

Yang berkualiti pula, ada dibuat daripada gula, ada yang dari madu. Yang dibuat dari gula, rasanya manis sangat. Yang madu lebih sedap dan kurang manis, tapi harganya tentulah lebih tinggi.

Kami dah try semuanya dan kami pilih yang ini, diperbuat daripada madu. Sekotak kecil ni berharga 55 Lira, sekitar RM70.


Seterusnya, kami pergi cari Baklava, antara makanan Turki yang famous jugak. Tour Guide tunjukkan kedai ni, Hamdi Restaurant di sebelah Spice Bazaar. 


Baklava harga sekilo 84 Turkish Lira. Memang mahal. Tapi berbaloi sebab memang sedap.


Nak rasa Turkish Kebab pula. 


Jemput makan. 


Dah habis masa melawat Spice Bazaar. Next destination adalah Blue Mosque.


BLUE MOSQUE


Sampai di Blue Mosque. Nama je Blue Mosque, tapi kenapa kat luar warna kelabu je? Inilah persoalan kami masa sampai di sini. Hehe. 


Blue Mosque juga dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque. Ia dibina pada tahun 1619 Masihi oleh salah seorang arkitek kegemaran Sultan Uthmaniyyah iaitu Sedefhar Mehmet Ağa.


 Sebenarnya masjid di dinamakan Masjid biru sebab hiasan dalamannya menggunakan 20,000 jubin biru yang sangat terkenal pada zaman dulu yang didatangkan khas dari Iznik, sebuah daerah di Wilayah Bursa, Turki.


Walaupun dikatakan banyak jubin biru, tapi sebenarnya takde lah terserlah sangat warna biru tu pun.


Kami menunaikan solat Jamak Taqdim di dalam Blue Mosque. 


Masjid ni juga dibuka kepada pelancong asing untuk masuk dan ambil gambar. Tapi mesti menutup aurat. So untuk non-muslim, ada disediakan tudung dan jubah sebelum masuk ke dalam Masjid.


Kubah yang cantik. 



Tempat solat bahagian wanita.


Kawasan luar masjid.


Alhamdulillah, dah selesai solat, sekarang nak bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Grand Bazaar. 


Dari Blue Mosque ke Grand Bazaar, kami kena berjalan kaki. So sementara tu, kita ambil Group photo dulu berlatar belakang Ayasofya.



Tram di Istanbul.



GRAND BAZAAR


Pintu masuk ke Grand Bazaar. 


Grand Bazaar juga dikenali sebagai "Covered Market", atau Pasar Berbumbung. Ia adalah salah satu covered market terbesar dan tertua di dunia, mula dibina pada 1455 Masihi. 


Dalam Grand Bazaar ni ada 61 jalan berbumbung, dan 4000 kedai. Kami di beri masa 3 jam untuk pusing di sini.


Antara cenderamata yang boleh dibeli.


Pinggan seramik di sini lebih murah sebab coraknya printed. Di kedai yang kami pergi sebelum ni lebih mahal sebab coraknya handmade. 


Lepas pusing-pusing di dalam kawasan berbumbung Grand Bazaar, kami keluar untuk tengok kedai-kedai di bahagian luar pulak. Kat luar pun banyak sangat kedai, dan harga lebih murah. 


Baju corak Istanbul, di dalam bazaar harga sekitar 15-20 Lira sehelai. Kedai di luar bazaar pula boleh dapat harga 10 Lira. 


Lepas penat berjalan, jumpa kedai makan. So duduk lah makan kejap nak merehatkan kaki.


Kebab Daging harga 18TL


Kebab ayam harga 15TL


Alhamdulillah, kebab kat sini boleh tahan sedap. 

Tips Shopping Di Grand Bazaar:

i. Di Grand Bazaar ada sekitar 4000 kedai. Ada terlalu banyak barang. Fokus dengan apa barang yang anda nak cari. Biasanya setiap jalan ada jenis kedai yang sama. Contoh lorong karpet, lorong barangan kulit, lorong baju, lorong tudung dan macam-macam lagi. Kalau main pusing aja, anda tak akan cukup masa nanti.

ii. Dalam bangunan berbumbung Grand Bazaar harga biasanya lebih tinggi. Contoh, kalau di dalam, T-Shirt harga 20 Lira, di luar Grand Bazaar boleh dapat 10 Lira. Tali Pinggang Kulit di dalam 60 Lira, di luar 25 Lira. 

iii. Di luar Grand Bazaar, anda kena jalan lebih laju dan lebih jauh sebab terlalu luas. 



Kami lalu jalan yang jual alat ketenteraan. So sepanjang jalan tu, jumpa benda benda ni ajer la. Ada pisau Swiss.


Air gun pun ada jual.


Pisau Rambo.


Pistol ada. 


Senapang pun ada. 


Beg beg besar macam ni memang banyak ada dijual. 


Dah tiba masa nak kembali ke bas. Kalau dah tersesat di luar, sila lah kembali ke pangkal jalan yer

Tanya jer orang, "Mana pintu Grand Bazaar?" Bila dah masuk dalam, tanya orang lagi, "Mana Gate No 1?"

Senang sangat. So jangan risau nak sesat yer.


Jam 7 malam, kami bergerak naik bas balik untuk makan malam. Dinner terakhir kami di Turki.


TONOZ KUMKAPI RESTAURANT


Kawasan restoran ni sangat cantik di waktu malam. 



Sampai di Tonoz Kumkapi Restaurant.


Dinner terakhir di Turki. 


Hari ni kami makan ikan. Serius memang sedap dan segar ikannya. 


Alhamdulillah, dah kenyang, menikmati malam terakhir kami di Turki. 


Kemudian kami naik bas menuju ke hotel. Tour Leader Kembara Sufi, Shahnom, memberikan ucapan penggulungan.


Selamat sampai ke hotel kami, Mercure Hotel Istanbul. So malam ni dah kena packing siap-siap. Ready untuk balik ke Malaysia esok. 


SELAMAT TINGGAL TURKI!!


Sarapan terakhir kami di Turki.


Sampai di Airport Istanbul, tak jauh dari hotel kami tadi. 


Menunggu untuk check-in. 


Maria pulak, sambil check-in kat airport pun sempat submit orders dari customer melalui Shaklee System Online. Click-click kat handphone tu je, lepas tu Shaklee yang uruskan semua penghantaran stock. 

Alhamdulillah sepanjang kami bercuti di Turki pun, masih banyak order yang masuk.

Kejap lagi dah nak kena offline beberapa jam dalam flight, sebab tu Maria kena setelkan semua order sebelum naik flight. Busy businesswoman lah katakan. Hehe. 

Inilah yang mudahnya online bisnes Shaklee, sambil bercuti kat mana-mana di seluruh dunia pun kita boleh buat bisnes, asalkan ada Internet. 

(Kalau ada antara anda yang nak belajar cara buat bisnes online Shaklee yang mudah, boleh buat di mana-mana, modal yang sangat rendah tapi boleh berikan income yang lumayan, sesuai untuk fulltime atau part time, silalah contact Maria (019-259 2731). InsyaAllah kami sedia membantu)


Kenangan terakhir di airport Istanbul, bersama Turkish Tour Guide, Eren. Thanks so much Eren for your great service.

Alhamdulillah, flight kami selamat mendarat di Malaysia pada 21 Oct 2017 jam 10 pagi. 


Overall, Turki Memang Best!

Pengalaman 8 hari 7 malam di bumi Turki (tak termasuk perjalanan dalam flight) benar-benar memberi pengalaman baru buat kami.

Banyak kisah sejarah yang sebelum ni kami cuma baca dalam buku, sekarang kami dah dapat saksikan sendiri di depan mata.

Dapat belajar dari kegemilangan dan kejatuhan sesuatu empayar.

Dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang unik. 

Kami doakan anda semua juga diberi rezeki dan kelapangan masa oleh Allah untuk sampai ke bumi Turki.  

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk anda semua.

Thanks for reading! :)

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer



Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.. 
Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.

Jika berminat, anda boleh Whatsapp :  019-302 6460

Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil. 

Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi

Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila Hubungi Saya. 019-5782515. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top