Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Pemasangan PA System Baru Di Dewan Sekolah SKPTM

Di sekolah, saya AJK PIBG SKPTM. Disebabkan sekarang ni selalu free, saya selalu juga ke sekolah.

Sejak dari tahun lepas, satu benda saya perasan. Speaker di dewan tak jelas. Tapi nak buat macam mana, mana nak cari duit untuk beli sound system baru. Bukan murah.

So, kami AJK dan Alumni SKPTM pakat pakat cari duit untuk disumbangkan beli PA System baru.

Saya dah pi survey. Harga dari pembekal pertama adalah RM12,000. Then kami cari sendiri, dari pembekal kedua, direct dari kedai harga RM7400.

Lepas tu kami cuba cari orang nak pasang semua PA System ni sebab kami tak ada pengalaman nak pasang.

Orang pertama minta RM2000 untuk pasang.

Orang kedua pula minta RM1000 untuk upah pasang.

Aduh. Nak beli speaker pun tak ada duit, ni nak cari duit untuk upah pasang pulak.

Kami cari cari duit, dapatlah sikit. 

Penyumbang 1 : RM1000
Penyumbang 2 : RM1000
Penyumbang 3 : RM200
Penyumbang 4 : RM2700
Penyumbang 5 : RM50
Penyumbang 6 : RM100
Penyumbang 7 : RM1000
Penyumbang 8 : RM1000

Jumlah Sumbangan = RM7050


Petang Jumaat, dengan lafaz Bismillah kami pakat pakat mai tolong pasang. Yang bestnya, saya mengetuai projek pemasangan ini. Saya sendiri tak ada pengalaman pasang PA System. Semuanya adalah berdasarkan apa yang diajar oleh kedai tempat saya beli PA tu sahaja.


Syukur, ada waris dan cikgu yang tahu sket sket mai tolong pasang sama.


Dok ukur berapa tinggi speaker ni supaya bila pasang nanti tinggi dia jadi ngam.


Saya cakap tak perlu pasang paip, tapi kenkawan kata kalau pasang paip putih ni cantik sket. So akhirnya, kami pasang.


Kami bahagi bahagi kerja, ada yang pasang paip, ada yang pasang bracket speaker, ada yang tarik wayar. 


Saya bahagian pasang wayar dan connection.


Alhamdulillah, jam 3 petang kami start, jam 6 petang siap semua 4 speaker dinaikkan. Seriously, bukan senang punya kerja ni. Terutama kerja nak pasang wall plug kat dinding ni, susah gak.


Siap kerja installation, part terakhir kerja connection. Semua wayar nak kena connect ke Amplifier dan Equaliser. 


Ni pun orang besar gak ni. Banyak memainkan peranan dalam nak bagi jadi projek speaker ni.



Lapar gila. Alhamdulillah, Penolong Kanan ada mai petang tu, terus kena pau belanja pizza kat para petugas. Alhamdulillah. Walaupun ada pizza tak ada air, air paip ada banyak.... Minum tak habis.

Masa pasang ni, hujan agak lebat. So saya kena gak la hujan sket sket. Kesannya, huhu. Malam tu terus selsema teruk dan demam.

Esoknya, satu hari flat. Berehat ajalah. Terpaksa cancel plan saya nak ke Kolej Mara Banting hari Sabtu sebab kesihatan tidak mengizinkan.

Untuk makluman, speaker ini akan digunakan setiap hari di sekolah ini. Sebab kami pasang di dewan utama. Di tempat perhimpunan harian para pelajar.

Dan yang best, kita pasang Ayat Al Quran dan Nasyid untuk para pelajar setiap pagi bermula jam 7 pagi.

i. Bacaan Surah Al Fatihah
ii. Erti Surau Al Fatihah - Voice Of Ummi
iii. Asmaul Husna - Hijjaz
iv. Doa Dhuha - UNIC
v. 25 Rasul - Raihan
vi. 10 Malaikat - Raihan
vii. Sifat 20 - Raihan
viii. Kun Anta 
ix. Your Mother - Yusuf Islam 

Insya Allah, banyak pahala akan dapat buat mereka yang menyumbang untuk projek speaker ini.

Matlamat kami di PIBG mudah, kita nak bantu pihak sekolah untuk memudahkan mereka mendidik anak anak kita dan sumbangan PA System baru ini memudahkan para guru menyampaikan mesej yang penting kepada pelajar dengan lebih jelas selepas ini.

Pagi tadi, saya berpeluang tengok "Majlis Perasmian PA System" baru ni di sekolah. Alhamdulillah, memang sangat jelas.

Cumanya, kami ada pasang dua speaker lama dekat atas pentas, dan speaker tu yang buat spoil bagi berdengung bila cakap. So, kami cabut dulu speaker lama ni. Nanti mungkin nak kena tukar dua biji speaker baru yang kecil kat situ. 

Nak kena cari duit lagi... Hehe...

Wassalam.

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top