Projek Kelapa Pandan

Assalamualaikum, 

Baru baru ni, saya ada buat kutipan projek kelapa pandan untuk sekolah anak saya iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.

Buat Rerakan Yang Menyumbang Projek Kelapa Pandan
===========================================

1. Alhamdulillah, kutipan terkumpul Projek Kelapa Pandan adalah RM3170. Ini yang bank in ke akaun saya. Dan selebihnya ada yang diberi secara tunai.




Untuk 11-14 Ogos, ada lagi sumbangan yang masih diterima. Tapi tak sempat nak screenshot kat sini.

2. 70% daripada jumlah sumbangan adalah dari rakan FB saya. Terima kasih atas sokongan anda.

3. Saya dah beli benih kelapa pandan siam. Harga satu RM15. Saya beli 150 biji benih kelapa. Then saya beli baja akar, bajar pokok, racun daun dan racun ulat untuk pokok kelapa ini semua.

4. Proses menanam kelapa pandan akan bermula pada hari Ahad ini.

5. Seriously, anda patut bersyukur kerana Allah pilih anda untuk sumbang bagi projek ini. Sebab hasil projek ini akan diserahkan sepenuhnya kepada PIBG SKPTM nanti.

6. Duit ini nanti akan digunakan untuk manfaat pelajar.

7. Saya menjangkakan, hasil akan diperoleh selepas 3 tahun dan boleh bertahan sehingga 15 tahun.

8. Berdasarkan feedback dari petani kelapa pandan yang lain, jumlah pokok sebegini boleh hasilkan RM1500 sebulan minimum selepas 3 tahun.

9. Jika anda tengok di sekolah anak anda ada banyak tanah kosong tepi pagar dan tepi padang, anda boleh syorkan penanaman projek ini di sekolah anak anda untuk Tabung PIBG mereka.

10. Cumanya, bila anda propose nanti. Biasanya andalah yang kena initiate kan. Dari nak cari dana untuk beli benih, anda nak kena urus beli benih, anda nak kena beli baja, then bila dah dapat duit orang akan persoalkan, "Mana resit beli barang tu dan ini....". Nak kena panggil orang datang gotong royong tanam pokok kelapa, dan kalau orang tak datang, anda tanamlah sendiri pokok tu, lepas dah tanam nanti nak kena bubuh racun dan baja, kalau tak ada orang nak bubuh, andalah yang kena bubuh racun dan baja.

11. Pendek kata, nak buat pahala bukan mudah.

12. Dalam 'keikhlasan' saya mengetuai projek ini, sejujurnya sesekali saya sendiri rasa tak ikhlas. Adakalanya saya sendiri merungut pada diri sendiri. Nampak simple aje benda ni, tapi nak bagi jadi bukan main susah.

13. Sesekali akan datang orang puji anda pulak, kata anda baguslah, terbaiklah, kalau orang lain tak buat projek ni tak jadilah. Maka pada waktu itu datanglah syaitan membisikkan didalam hati anda..."Aku power...." dan yang lebih kejam akan rasa dalam hati, "Kalau aku tak buat, projek ni tak jadi...." yang mana akan mula timbul rasa riak dan ujub dalam diri yang akhirnya semua yang dibuat sia sia sebab pahala dah hilang.

14. Then... kalau nak tunggu semua rasa ikhlas tu datang baru nak buat. Kalau nak tunggu tak ada rasa riak dan ujub baru nak buat. Saya rasa tak ada orang yang nak buat. So, saya buat sajalah. Kalau ada rasa riak dan ujub dalam diri tu, saya mohon ampun dari Allah sajalah. Semoga Allah ampunkan dan terima ibadah ini.

15.Akhir sekali, buat kepada para penyumbang. Jauh dilubuk hati saya, saya doakan "Allah ampunkan dosa anda dan keluarga, dimasukkan anda semua ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab."

Amin

Mohd Firdaus Mat Saad
AJK PIBG Sekolah Anak

Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat


Gambar benih kelapa yang dah sampai ke sekolah.


Baja Akar Dan Baja Pokok


Racun daun dan racun ulat

Ini saja perkongsian kali ini.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top