Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ajar Anak Kita Jadi "Hamba"

Saya tak pasti, anda yang baca blog ini bersetuju atau tidak dengan statement saya di atas ni.

Tapi tak pe, jom kita baca apa yang saya nak kongsikan.


Dalam family saya, kami ada 4 beradik. Dari 4 beradik ni, jumlah anak anak kami adalah 15 orang. 12 lelaki dan hanya 3 perempuan. Memang genetik kami ni kuat lelaki nampak gayanya. Hehe.

Apa yang saya perhatikan, anak abang saya yang sulong ramai yang dah besar besar. 

Dan mereka ni sangat "boleh diharapkan". 

Kalau kita minta mereka tolong buat sesuatu. Laju ajer mereka datang tolong dan buat apa yang kita minta tu. Alhamdulillah. Ringan tangan semuanya.

Since anak anak saya semuanya masih kecil, rasanya saya pun perlu buat something dari sekarang so that anak anak saya ni nanti semuanya pun jadi ringan tulang, Insya Allah.

Saya nak anak anak saya nanti bukan sekadar berjaya dalam akademik, tapi saya nak mereka berjaya dalam kehidupan. 

Nak jadi mereka seorang yang multi tasking dan boleh buat macam macam perkara. Nak suruh bersukan boleh, nak suruh berceramah boleh, nak suruh buat kerja boleh, nak suruh buat apa pun bagi jadi boleh.

So, semua skil skil ni rasanya nak kena diasuh dan diajar dari sekarang. Sejak mereka kecil lagi. Bila mereka suka buat kerja dan membantu dari sekarang, insya Allah dah besar nanti senang jadinya.

Bibik Bercuti Di Indonesia

Dipendekkan cerita, bibik saya balik bercuti ke Indonesia hampir 3 minggu. Sob sob sob. Dah bertahun hidup ada bibik, tetiba tak ada bibik. Jadi jammmm..

Semua kerja nak kena buat sendiri. 

Sekarang ni, saya dan Maria dah terpaksa ambil alih tugas tugas bibik di rumah ni. Syukur la kami duduk dengan mak, ada jugak Wonderpet yang boleh membantu. Hehe....

Didik Anak Buat Kerja

Di kesempatan bibik tak ada ni, rasanya ini masa terbaik untuk saya 'ajar' anak anak saya buat kerja. Apa yang mereka boleh buat, saya ajar mereka untuk mereka buat sendiri.

So, saya mulakan dengan menyuruh anak saya Farees basuh kasut sendiri, jemur sendiri dan ambil sendiri bila dah kering. 


Benda pertama Farees cakap bila nak cuci kasut sendiri, "Eeee, kotornya...." Nampak dia dah macam geli nak basuh sendiri.  Dah nak kena counter balik, "Bayangkan, sendiri pakai, sendiri cakap kotor. Sendiri bagi kotor, sendiri kena bersihkan balik..."


First time seumur hidup dia nak cuci kasut sekolah sendiri. Nasib lah ko nak. I will not do it for you. You have to do it yourself.


Penutup tugasan waktu tu, cuci bilik air. Walaupun nampak kekok, saya ajar dia cara bersihkan bilik air. Alhamdulillah, well done.


Waktu malam, saya tengok lantai diruang makan family agak kotor. So, saya sapu sampah, Then panggil anak anak tolong mop lantai. 

And amazingly, Farees happy untuk menolong. So, dia bantu saya. Saya mop dengan sabun. Then Farees mop dengan air kosong untuk bilas. Dan..................


Fateh tolong keringkan dengan mop kering. Even mop tu besar dan macam susah nak tolak, dia cuba juga. And Alhamdulillah, semua tempat tu bersih dicuci oleh kami bertiga.


Keesokan malamnya, saya rasa it's time untuk saya ajar anak anak saya basuh pinggan pula. Since Fateh tu kecik lagi, baru 5 tahun, saya panggil Farees sahaja untuk basuh. Dia basuh guna sabun. Dan saya bilas pinggan tu. Dia pendek tak cukup tinggi, saya ambil kerusi untuk dia. Alhamdulillah, nampak dia enjoy dan happy untuk membantu.


Not bad, dia boleh buat semua dengan baik. Rasa kagum seketika. Dan terasa kenapa la aku tak pernah ajar anak aku buat kerja kerja ni sebelum ni. Sebenarnya, mereka boleh. Saya aja yang 'terasa' mereka masih kecil. 


Since saya tengok Farees dapat cuci pinggan dengan baik, saya test panggil Fateh pulak untuk bantu. Saya bagi tahu dia, abang cuci dengan sabun, Ateh cuci dengan air jer bagi bersih balik sabun tu. 

Subhanallah. Seriously saya terkejut. Fateh boleh buat dengan SANGAT BAIK. Semua sabun dibilas dengan baik dan bersih. Saya duduk kat tepi tu, monitor mereka berdua buat kerja. 

Saya dapat satu pengalaman baru, kita kena mendidik anak dari usia awal untuk buat kerja kerja rumah.

Kena bagi mereka minat untuk buat dan sedar itu TANGGUNG JAWAB SEMUA orang. 

Tak kisah, laki atau perempuan. Semua orang ada tugasan dalam rumah.

Dan sekarang, dah boleh harap Farees untuk keringkan baju yang dibasuh dengan washing machine. Lepas dah habis basuh, dia ambil baju tu dan masukkan dalam dryer machine. Then dah siap, keluarkan balik semua baju tu. 

Tengok dia macam ok jer. Alhamdulillah.

Saya bincang dengan Maria pasal hal ini, Maria bagi tau, anak anak ni dah kena start bagi tugasan dari sekarang. Kena ada kerja tetap untuk mereka.

So, sekarang Maria tetapkan Farees untuk tutup pintu dan tingkap rumah di sebelah petang setiap hari. Nampak gaya, not bad. Farees gi tutup pintu bila dah petang. Bagi dia ada rasa tanggung jawab dalam rumah.

And then, tak lama lepas dok suruh Farees dan Fateh buat kerja kerja ni, saya terjumpa artikel ni di internet. Sama seperti apa yang saya fikirkan.


Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

  • Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
  • Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.
  • Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?


Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. 

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

Baju laki bini anak beranak mak basuh
Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. 

Mereka akan buat secara terpaksa

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka
Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

Semoga bermanfaat apa yang saya kongsikan ini.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top