Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi menziarahi blog mariafirdaus.com.my. 

Saya doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat.

Meja Luar Rumah Beli Dari IKEA

Dah lama saya mencari. Meja dan bangku untuk diletakkan di luar rumah.

Dah banyak kedai yang saya pi. Tapi sama ada design cantik tapi kualiti kurang atau kualiti ok design tak cantik.

ATAU.

Kualiti cantik, design cantik harga pun super cantik.

Setelah difikirkan, saya ke IKEA KL minggu lepas. Saya cari meja yang sesuai untuk letak di luar rumah saya.

Alhamdulillah. Dapat juga design yang saya dan Maria suka.


Kami ni suka yang design segi segi. Tak suka yang bulat bulat. So, design macam ni kena dengan tema rumah kami.


Meja ni harga RM599. Since ia besar, saya tak boleh bawa balik dengan kereta sebab pergi dengan family semua. So, meja ni saya minta PERSONAL SHOPPER IKEA di Parit Buntar untuk belikan. Transportation cost hanya RM40 sahaja. Dari KL ke Parit Buntar untuk meja ni. Kerusi saya beli sendiri jer sebab boleh masuk kereta. 

Ni no phone Personal Shopper IKEA di Parit Buntar. Nama Akma. 011-3361 0299. 


Harga kerusi ni RM325 sahaja untuk satu unit. Since beli dua, harga kerusi RM650.


Terlanjur saya pi IKEA. Saya beli fame ni. Cantik dan kemas. Harga RM30 sahaja untuk satu. Saiz 30cm x 40cm. Boleh muat kertas A4 dalam kotak tu. Sijil saya atas tu semua saiz A4. 

Huhu. After 14 tahun grad, baru berpeluang nak gantung sijil ni dalam rumah. Sebelum ni tak ada tempat nak letak. 

Oklah. Itu jer nak share hari ni. Semoga bermanfaat. Wassalam.

Mariafirdaus.Com.My
Motivating And Inspiring Others


0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top