Assalamualaikum,

Semoga Allah memberkati dan merahmati anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my

Hari ini saya nak share dengan anda pengalaman saya  bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah. 

Untuk makluman anda, saya sebenarnya dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi di Sekolah Menengah Sains Lahat Datu, Sabah.

Ada 4 sessi kesemuanya.

Sessi Satu : 11 Teknik Belajar Berkesan

Sessi Dua : 13 Rahsia Menjadi Magnet Kejayaan Buat Pelajar

Sessi Tiga : Kuasa Minda Pelajar Cemerlang

Sessi Empat : Mudahnya Berniaga - Jom Jadi Usahawan 

Sessi saya bersama pelajar adalah dari pagi sampai malam. Dan program ini sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh salah seorang ibu bapa pelajar di sekolah ini. Beliau juga merupakan bekas pelajar SBP, so beliau katakan inilah salah satu cara untuk membalas balik jasa SBP kepada beliau. Alhamdulillah.

So, jom tengok gambar traveling saya dan kemudiannya saya bercuti di Kota Kinabalu bersama sahabat saya, Okaz.

Day 1 - Travelling Day


Alhamdulillah, sahabat baik saya Ustaz Saufi sudi mencemar duli menghantar saya dan Okaz ke airport Penang. Thanks.... Semoga Allah merahmati dan memberkati.


Alrite, jam 10:05 pagi, kapal terbang dah nak berlepas. Untuk makluman, tiket pergi balik dari Penang - Kota Kinabalu menggunakan Air Asia adalah sekitar RM450 sahaja.


Bye bye Penang..... Till we meet again.


Khusyuk berzikir atas kapal terbang sampai tertidur..... "Subhanallah... Subhanallah.... Subhanallah...."


Pemandangan dari udara....


Sedar sedar aja, "Weh..... jom makan jom..... lapaq ni.... Boring dok atas flight 3 jam ni... Makan ni boleh isi masa kita dalam 30 minit.. Tak lah boring sangat..."

Dah dapat makan senyum la tu..... Hehe.. 


Resipi pilihan Okaz adalah Nasi Lemak Pak Nasir. RM15. Mahal sebab kami tak order siap siap masa booking.


Saya makan Chicken Rice Uncle Chin's. Komen saya, nasi lemak lagi sedap. Harga nasi lemak ni pun RM15. Tak masuk air lak tu. Air kena beli RM3 sebotol kecik.


Alhamdulillah, sampai ke Kota Kinabalu Airport. Lepak kejap di sini sementara menunggu connecting flight ke Lahad Data menggunakan Maswings. Untuk makluman, semua orang yang masuk ke Sabah / Sarawak mesti mendapat pelepasan dari Imigresen.. Even orang Malaysia. So saya ke kaunter Imigresen untuk dapatkan permit masuk Sabah.


Okaz dah mula takut... Ingat nak kena naik fligt Maswings yang ini. 


Lepas kami cek, rupa rupanya kami naik kapal terbang yang besar sket macam ni. Lega sket dengar..


Masa dah time. Let's fly. Jam 3 kami berlepas ke Lahat Datu.


Pemandangan Sabah dari udara.


Dah nak sampai ke Lahad Datu. It's Landing time....


Alhamdulillah, Safely landed di Kota Kinabalu.


Setiba di Lahad Datu, kami terus ke sekolah untuk buat pemeriksaan sound system dan komputer. Malangnya, pada waktu itu guru bertugas ada kerja pulak. So, kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Di Lahad Datu, ini satu satunya hotel yang famous. My Inn Hotel. Jarak lebih kurang 10 minit dari airport. 

Since Lahad Datu ni tak lah besar sangat, so kira kiranya senang lah nak bergerak ke mana mana.


Dinner saya pada waktu malam adalah bersama guru dan AJK PIBG sekeloh tersebut. Masakan kat sini, superb. Sangat sedap.


Program ini adalah hasil kerjasama Shell Station Anugerah Enterprise dan PIBG SMSLD.


Lebih dari 400 pelajar yang mengikuti program ini. Alhamdulillah, feedback yang mereka berikan sangat bagus. Hilang rasa letih dengar feedback positif dari mereka.


Sebelah petang, kami ada waktu untuk berehat. So, kami dinner di Restoran Rumpun Selera berhampiran hotel.


Esok pagi, hari Ahad, kami sedia berlepas pulang ke KK untuk meneruskan percutian kami di sana.


Airport Lahad Datu kecil sangat. Hanya satu kapal terbang mendarat dan parking pada satu satu masa.


Setibanya di KK pada waktu pagi, hujan pulak.. So, plan kami untuk pergi Snorkling di pulau tergendala. So, kena atur back up plan. Ikut perancangan asal, hari ni sepatutnya kami seharian berada di pulau. Since hari ni hujan dan langit pun mendung, so kami terpaksa ubah plan.


Ambil kereta sewa dulu. Tempat kereta Axia. Dapat kereta Myvi. Alhamdulillah. Sewa kereta ni RM150 untuk dua hari. Kami ambil pagi Ahad, kami pulangkan jam 6 petang hari Isnin. Kalau nak sewa kereta di KK, leh kontek brother ni : 017-8182728 / 019-5113022


Back up plan, kami ke Pasar Tamu di Gaya Street, Kota Kinabalu. Ia hanya di buka pada hari Ahad sahaja. So, rezeki kami lah. Ada di sini pada waktu ini. So, jom kita jenjalan. Anda boleh tengok waktu ini cuaca agak mendung dan hujan renyai renyai.


Pasar Tamu ni biasanya jual barang harian, barang cenderamata, baju dan pakaian.


Beg, cermin mata, topui, baju dan macam macam lagi


Satu perkara yang saya perhatikan, Kota Kinabalu 'hidup' dengan pelancong. Tersangat ramai pelancong yang saya jumpa di sini dan rata ratanya adalah dari luar negara.


Makan rojak kuah tumpah kat baju, dah jumpa tempat cuci. Orang Sabah kena hujan sikit sikit rileks aja. Tapi kami berdua siap minta plastik nak cover kepala. Jalan dengan rasa rilek dan konfiden. Yang best, kami dua orang aja yang buat 'kerja' macam ni. Orang lain rileks ajer.


Tiba tiba nampak tempat urut terbuka. Pelanggan diurut oleh orang buta. Bayaran adalah RM20 untuk 20 minit.


Seumur hidup, saya tak pernah urut urut kaki macam ni. So, sy ambil peluang nak urut kali ni. At first saya rasa bersalah pulak, letak kaki atas paha pak cik ni. Saya rasa macam tak betul aja. Macam 'lack of respect' kat pak cik ni. Tapi bila tengok semua orang memang buat macam ni, saya cuba pujuk hati. Tak per, nanti bayar lebih sket kat pak cik ni.


Okaz sedang tahan rasa sakit. Memang sakit kena urut kaki kat sini. Tapi saya suka, sebab orang buta ini mereka tidak meminta. Tapi mereka beri servis untuk mendapat pendapatan. Satu keunikan yang saya tengok, bila mereka pegang saja duit, mereka dah tahu ini duit berapa ringgit. Dan mereka juga boleh estimate time dengan agak tepat. Mereka semua pakai phone. Tu yang best. Orang buta pakai phone. Mereka guna phone untuk tahu jam pukul berapa. Dan mereka boleh call orang lain even mereka buta, 


Lepas tu, saya jumpa Ustaz Afizan Wangkee. Qari Al Quran dari Sabah. Pernah menjadi Johan Sabah dua kali. Ni member saya di Kolej Mara Banting dan di UK dulu. Alhamdulillah, dah berbelas tahun saya tak jumpa dia. Sekarang beliau bekerja di Tuaran, ambil masa 45 minit untuk sampai ke KK. Thanks Ustaz Afizan. Sanggup datang jauh jauh dari Tuaran ke KK untuk berjumpa saya.


Siap belanja saya makan di sini lagi. Satu saya nak bagi tahu anda, makan kat sini sangat sedap dan sangat murah.


Makan Shell Out banyak macam ni untuk 3 orang hanya RM48 sahaja.


Okaz ni seorang yang efektif, mata melihat, telinga mendengar tapi mulut tetap menyuap... Kira boleh buat 3 kerja pada satu masa.


Setalam makan macam ni hanya RM48 untuk 3 orang, super duper murah dan sangat sedap. Ada sotong goreng tepung, ketam masa cream, udang masak cili, siput masak kicap. Fuh....


Sedap gila wehhhh.....


Yang ni jammmm sikit, berat kulit aja rasanya. Isinya halus mulus ajer..


Get the job done. Kiranya sangat direkemen untuk anda. Pergilah yer kalau di KK. Cuma ia agak jauh dari pekan KK. Kiranya ambil masa 20 minit drive. So, anda cuba search sendiri yer "Zaara Crab" nama kedainya.


Then Okaz kata... "Aku ngantuk weiiii..." Jom cari hotel dulu. Tips mudah yang saya dapat, kalau nak cari hotel, carilah berdekatan dengan Pasar Philipines. Kat situ ada banyak tempat shopping. Kalau nak yang mahal, boleh ambil Le Meredian atau Promenade Hotel. 

Tapi since kami mai dua orang sahaja. Ambil hotel cikai pun, tak pa. Janji boleh tidur. So, Hotel JJ menjadi pilihan kami. Harga sebilik dari serendah RM75 sebilik. Kami ambil yang RM88 sebilik sebab ambil family room. Ada satu double bed dan satu single bed. Kira ok la pilihan hotel ni. Nak kata cantik memang tak lah kan.. Tapi kalau sekadar nak tidur, memang dah boleh sangat lah tu.


Bangun aja dari tidur lepas berehat, kami solat then kami mula bersiar siar di kawasan sekitar dengan berjalan kaki sahaja. Tempat pertama, Pasar Philipines. Betul betul depan Hotel JJ kami tu jer.


Beli brooch dulu untuk insan tersayang. Beli 7 kotak. Balik rumah, pilihla yang mana berkenan.


Ada gelang tangan dari mutiara.


Ada macam macam jenis kerongsang.


Mutiara dalam bentuk rantai leher.


Okaz ni merenung barang... Macam nak makan ajer barang tu...


Then kami ke pasar buah. Tak beli pun buah kat asini. Buat berat ajer nak bawa balik.


Then kami ke tempat jualan produk perikanan. Ada ikan segar dan ada ikan sejuk beku.  Tempatnya hanya sebelah dengan Pasar Philipines tu.


Di sini agak murah. Ada macam macam ikan, udang, ketam, lobster frozen di sini.


Kawasan ni tepi ajer dengan pelabuhan nelayan mereka. So, harga not bad.


Lobster sekilo RM200. Jual sekor sekor. So, anda leh bayang lah yer harganya.


Udang besar sejuk beku. Sekila RM50-RM80. Bergantung pada saiz.


8 / 12 tu bermaksud antara 8-12 ekor udang untuk sekilo. Udang ni mereka dah bubuh dalam ais. So kalau nak bawa balik ke semenanjung sangat mudah.


Then kami teruskan perjalanan ikut tepi laut ni. 


Bergambar dulu dengan dolphone ni


I Love KK 


Ada replika ikan todak di belakang tu


Sambil menikmati kepak ayam. Di sini kepak ayam dijual RM1.50 satu


Then kami pergi ricky apa nak makan malam ni. Ikut review di blog, mereka suruh makan di Dataran Todak. Dekat area ikan todak dan I Love KK tadi.

Bila kami jalan kaki ke situ, ternyata ada banyak pilihan yang super duper mengiurkan. Tengok pun  dah terasa kesedapannya.


Lobster ni seekor dah mencecah 3kg. Satu kg harga RM200. So, sila kira sendiri yer seekor berapa.


Yang kecik tu pun dah sekilo seekor. Huhu.. Nangis oo nak makan. Dah habis survey, kami ke Jeselton Jetty. Di sini kami nak survey pakej untuk snorkling esok di pulau.


Di sini jetty. Kami beli tiket untuk snorkling esok. Dan brother yang jual tu cadangkan kami untuk ambil pakej tambahan. Sea Walking. Kira berjalan di dasar lain. Harga RM180 seorang untuk 20 minit. Huhu.. Agak mahal ooo...


Lepas beli tiket, kami terus jenjalan cuci mata di sini. Suria Sabah. Salah satu shopping complex yang sangat besar di KK. Terletak bersebelahan dengan jeti tadi. FYI, kami jalan kaki saja dari hotel tadi. 


Ok, lepas penat berjalan jalan di Shopping Complex, kami ke Dataran Todak balik. Masa ni nafsu makan mula bergelora. Huhu.. Semua nak makan.


Pelbagai pilihan ada di sini.


Ruang makan yang ada banyak.


Pelbagai ikan segar menjadi pilihan. Pilih ikan mana yang kita nak, timbang dan kemudian mereka akan masak ikut apa yang kita nak.


Sotong besar besar. Kalau dibuat sotong goreng tepung pun sedap ni.


Udang besar besar pun ada dijual disini. Harga? Anda kena pandai tawar menawar. Kalau mereka tak nak bagi murah, hehe.. Pergi aja kedai lain.


Kami makan di sini.


Dalam kedai pun dah ramai orang. Tak tahu lah berapa lama nak kena tunggu.


Mula mula boleh senyum dengan ceria dan gembira lagi.


Sambil tunggu masakan yang tak kunjung tiba....


Dah 30 minit tunggu.. dah mula rasa boring dan stress.. Huhu... Selalunya saya minum air kosong saja, entah macam mana hari ni pi order Karet Susu.


Udang goreng tepung dah sampai. Rasanya... huhu.... Sedap gila weiiii..


Ikan masak stim, sotong goreng tepun... Dan masih menunggu udang masak cili.


Tara... Udang dah sampai. Saiz udang ni jangan cakap la. Memang besar.


4 Ekor saja dah penuh pinggan.


Serbu...... Fuh.. Kesedapan makan kat sini memang tak dapat dilupakan.... Total makan untuk dua orang adalah RM72 sahaja. Memang nampak mahal, tapi nak dibandingkan dengan ikan, udang dan sotong yang segar dan terus dimasak. Memang sangat sedap.

My advise, kalau anda ke KK. Terus pergi ke Dataran Todak untuk makan malam. Gerai mula dibuka jam 5 petang. Ada lebih kurang 30 gerai di situ. Insya Allah, tak menyesal.


Malam malam pun pasar jual buah ada di buka.


Balik semula ke hotel. Berehat dulu malam ni untuk bersnorkling pagi esok.


Awal jam 8:30 pagi kami tiba di Jetty Jeselton. Tempat untuk begerak ke pulau buat island hoping.


Entah macam mana, ada persembahan pulak pagi tu. So, saya ambil gambar dulu dengan penari dari Sabah ni.


Tarian tradisional orang Sabah.


So, masa dah time. Jom naik bot ke Pulau Manukan

Agak ramai yang join kami hari ni even hari ni hari Isnin.


Member dah makan ubat muntah siap. Takut muntah dalam bot.


Selfie dulu. Dengan lafaz Bismillah. Jom jalan.....


Tiba di Pulau Manukan sekitar jam 9.30 pagi.


Kawasan yang sangat cantik dan kawasan yang sangat terpelihara.


Dah tak sabar nak snorkling ni


Air keruh wei.... Snorkling kat sini apa pun tak nampak. Nak nangis rasanya...


Then kami cari tempat lain untuk snorkling.


Area sini nampak lebih cantik dan ikan lebih banyak. Air lebih jernih.


Posing dulu


Gaya wajib dimana mana....


Okaz dah pandai buat gaya tersendiri sekarang ni


Berehat kejap sementara tunggu bot untuk buat program Sea Walking


Dah sampai tempat untuk buat Sea Walking. Berjalan di dasar laut. Harga asal RM260 untuk 20 minit. Tapi dapat offer sampai RM180. Harga untuk seorang yer. Tapi balun aja la. Pengalaman ni bukan senang nak dapat. Tempat lain tak ada.


Ready untuk turun bersiar siar dibawah dasar laut pada kedalaman 17 kaki sambil pakai topi di kepala.


Jom jalan jalan... Best wei... Air laut kat dalam ni sangat jernih. Boleh tengok pelbagai batu karang dan ikan dibawah ni. Kat bawah ni tekanan agak tinggi, so telinga akan jadi bengang. So, kami diajar cara untuk hilangkan rasa tekanan tu. 


Di dalam topi tu tak ada air yer. topi tu seberat 37 kg. Dalam ada udara sahaja. Kalau anda tengok ada paip ke atas tu, itulah paip yang salurkan oksigen kepada kami.


Ada ikan Nemo lagi siap posing untuk bergambar dengan saya.


Haha.. Nemoa tak nak bergambar dengan Okaz. Dia dah nak blah...


Budak kecik dalam umur 10 tahun pun nak turun juga. Tapi ada divers yang bantu dia untuk turun. Macam comel aja.


Tangki ni seberat 37kg. Kalau kat atas memang berat. Tapi kalu bawah ni, kita tak terasa sangat berat tu. 


To make it simple. Kami turun ke bawah guna tangga sampai ke dasar. Then, jalan jalan sikit. Lepas tu ambil gambar dengan ikan semua. Lepas tu bagi makan ikan. Then terus jalan pulang untuk naik tangga balik. Tempoh masa adalah sekitar 20 minit sahaja. RM180 sahaja. Adakah ia mahal? Saya katakan, berbaloi untuk dicuba. Sebab bukan senang nak dapat peluang macam ni.


Selepas habis bermandi manda di Pulau Manukan, kami ke Pulau Mamutik pulak. Di sini kami buat jungle tracking.


Pusing pusing pulau melihat keindahan alam.


Selfie dulu


Jam 2.30 petang kami pulang ke Jetti. Bersiap sedia untuk pulang petang ini ke semenanjung.


Di sini ada ruang untuk solat, mandi dan makan. 


Kami ke Pasar Philipines sekali lagi. Mak pesan beli ikan bilis. So, saya beli 4kg. Satu kg hanya RM26 untuk yang kualiti bagus. Kira murah lah tu.


Jam 6 petang kami ke airport untuk pulang. Yang bestnya, bila sampai aja depan imigresen, saya cari IC saya tak jumpa. Habis aku jadi cuak depat tu. Akak tu kata, "Tak per, cari pelan pelan..."

Saya pergi ke tepi. Duduk dan buka satu satu beg duit saya. Rupa rupanya IC terselit dibelakang kad bank. Adoyai... Nak nangis rasanya.


Jam 8 malam, flight berlepas dari KK ke Pulau Pinang. Flight Air Asia jugak. Alhamdulillah, kali ni dalam flight memang tidur lena. Naik aja terus lena. Bila dan nak landing baru sedar. Huhu.. Lega rasanya.

Alhamdulillah. Habis simple vacation saya. 4 hari 3 malam di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Semoga Allah beri peluang kepada saya untuk bercuti lagi lepas ni.

Kalau ikut agenda. 

Bulan May 2017 - Trip ke Jepun bersama wife dan mertua. Fully sponsored by Shaklee.
Bulan Oktober 2017 - Trip ke Lombok dengan kenkawan
Bulan November 2017 - Naik Cruise - Penang - Krabi - Phuket. Fully sponsored by Shaklee.
Bulan Disember 2017 - Bawa anak anak ke ____________________ . Tak tahu lagi.

Semoga Allah mudahkan urusan.

Untuk tahun 2018, rasanya macam nak ke Spain, France dan Italy. Rabbi Yassir Walatuassir.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

BACA PERCUTIAN SAYA DI MEDAN DI SINI : KLIK SINI


MEDAN - 4 HARI 3 MALAM

1 ulasan:

  1. Asalamualaikum.....tuan saye Iman pelajar dari sekolah menengah sains lahad datu.Saye nk ucapkan ribuan terima kasih kpd tuan kerane memberikan saye motivasi dan menjadikan tuan sendiri sebagai inspirasi.Selepas tuan memberikan motivasi saye berase semangat utk belajar sehingga dapat membantu ibu bapa mahupun org lain.Semoga kita dapat berjumpa sekali lagi.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top