Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Family Gathering Di Parit Buntar

Kali ni saya nak share mengenai rombongan Che Kiah dari KL yang datang ke rumah saya bebaru ini.

2 family kakak ipar saya datang menziarahi kami di rumah. 

So, jom kita layan gambar gambar family besar kami.


Agenda pertama, mandi kolam dulu untuk semua budak budak.


Apa lagi, Fawwaz rancak aja mandi. 


Ini Raees.


Sambil mak mak jaga anak anak mandi, pak pak main ping pong dulu.


Kak Lang pulak melawat kawasan, pusing pusing rumah dan ambil gambar. Ni selfie depan pintu masuk rumah saya. Maria pulak pepagi ni sibuk kat office layan customer.


Sebelah petang, Abg Hafiz ajak makan mee ketam. Sepinggan RM25. Memang sodap..


Ketam dua ekor. Puas hati la makan. Ketam fresh dan isi penuh.


Nah.. Amik kau... Habis sepinggan dia balun.


Malam lepas solat Isyak, kami layan badminton. Main bergu sebab ajak kenkawan lain sekali.


Malam jam 12, Abang Ngah pulak sampai.


Pagi Sabtu, makin ramai tentera yang dah sampai.


Habis main badminton, semua orang nak berjogging pulak. So agenda pagi ni melawat kawasan kampung.


Kanak kanak riang melawat reban ayam.


Tengok anak ayam sedang makan di ladang ayam


Masing masing nak cuba pegang ayam


Ni pulak nak tangkap belalang, nak tunjuk kat dia orang belalang tu macam mana.


Ni ulat gonggok namanya


Fawwaz pun join the club. Bukan main ceria lagi dia.


Tunjuk contoh padi. Ada pulak yang sebut, "Ini pokok nasi...."


Lari lari dah jatuh. Ada pulak yang nangis.


Nak pegang kambing pulak. Nasib baik kambing tak tanduk.


Rajin pulak nak selfie ngan kambing. Pandai pulak kambing tu nak kiss. Timing kira kena la..


Semua enjoy


Petang pulak, kami bersiap siap untuk buat barbeku waktu malam. Hafiz pakar masak mula menunjukkan skil dia.


Perap ayam.


Sotong, udang dan kambing.


Tidak dilupakan, kentang bakar.


Waktu malam, selepas Maghrib api mula dinyalakan.


Jom kita membakar.


Kambing, ayam, sosej, udang dibakar....


Masa untuk makan.


Meriah.. Memang meriah...


Kekanak makan kat bawah sambil tengok TV


Esok pagi, bermula permainan congkak.


Diteruskan lagi dengan upacara sambutan hari jadi Aisyah, Zikri,  Khadijah dan Bibik Atun.


It's time to go.


Semua dah seronok.... Bersiap sedia nak balik. Mariam anak kak Ngah siap cakap lagi, "Ummi... boleh tak kita duduk di rumah ni selama lamanya...." Hehe... Sweet ajer...

Nanti kalau free free, jemputlah datang lagi yer...

Alhamdulillah. 

Selepas 8 bulan kami pindah masuk rumah baru ni, akhirnya family dari Keramat berjaya juga sampai. Mak mertua saya yang teringin sangat nak datang tapi tak berkelapangan. Sibuk dengan business dia.

Oklah yer.

Till then.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top