Assalamualaikum,

Semoga anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Hari ini, saya nak kongsikan mengenai cara kutip sumbangan untuk tabung PIBG sekolah.

Untuk makluman anda, bukan semua sekolah mempunyai kewangan PIBG yang kukuh. Berdasarkan pemerhatian saya, ikut lokaliti. Jika ramai golongan profesional hantar anak ke sekolah tersebut, Insya Allah kutipan kewangan tak jadi masalah sangat.

Tapi jika kawasan sekolah terletak di luar bandar dan ramai parents yang bekerja sendiri, agak sukar untuk buat kutipan tabung PIBG.

Tips Meramaikan Parents Hadir

Untuk sekolah kebangsaan sekarang, pihak kementerian menetapkan sasaran 67% kehadiran ibu bapa semasa hari Mesyuarat Agung PIBG.

Since sekolah anak saya Sekolah Permatang Tok Mahat merupakan Sekolah Kluster yang sedang berusaha ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi, so kehadiran parents sangat kritikal sebab semua ini akan dikira nanti.

Ok. Tips ni saya tak berapa 'gemar' sket. Tapi sekolah anak saya buat.

Para guru bermesyuarat untuk mereka sama sama sumbang RM10 setiap seorang, menjadikan total yang diperoleh sekitar RM700 sebab di situ ada 70 orang guru.

Dan mereka beli hadiah untuk cabutan bertuah.

Sejujurnya, sebagai parents saya rasa malu. Malu sebab ini mesyuarat ibu bapa dan guru. Tapi cikgu pulak kena kutip duit untuk beli hadiah nak tarik parents hadir.

Jika nak buat di sekolah anda, mungkin anda boleh cadangkan agar guna duit Tabung PIBG sebagai hadiah cabutan bertuah.

Atau boleh juga minta parents menyumbangkan sedikit hadiah untuk cabutan bertuah itu nanti.


Saya sumbangkan DVD Seminar Rahsia Pelajar Cemerlang untuk cabutan bertuah. Ada beberapa parents lain yang turut menyumbang hadiah untuk cabutan ini.

Ish ish ish... Sejujurnya, saya tak suka. Kalau guna duit PIBG ok lagi. Tapi, since duit PIBG pun dah nak habis, maka terpaksalah pihak guru 'suka rela' sumbang RM10 setiap seorang untuk buat cabutan bertuah.


Mesyuarat pada 21hb Januari 2017 jam 2 petang.


Cabaran para guru, nak penuhkan semua kerusi ini. 


Anyway, Alhamdulillah. Kehadiran parents superb wal amazing. Tak sure lah apa yang menjadi 'penarik' parents hadir kali ini.  Apa apa pun, saya kagum dengan parents SKPTM.  Tahniah sebab anda hadir. Dimaklumkan kerusi penuh dan tak cukup.. Good job.

Sumbangan Tabung PIBG

Saya AJK PIBG tahun 2016. 

Semasa mesyuarat tak dibangkitkan mengenai nak buat kutipan tabung semasa hari Mesyuarat PIBG nanti. Sebab bagi guru, kehadiran parents sangat penting. Kang nanti cakap nak kena menderma, mereka tak nak datang pulak.....

Tapi, melihat Tabung PIBG yang sangat kering sekarang ini, saya terfikir sesuatu. Buat kutipan sumbangan semasa pendaftaran parents nanti. Bagi saya, kalau dapat RM1000 pun, ok what.. Boleh guna untuk tabung PIBG nanti.

Then melalui Group Whatsapp AJK PIBG, saya usulkan untuk letak tabung sumbangan PIBG.

Tapi, kali ini kita buat berbeza sedikit. Siapa yang sumbang RM10, kita bagi hadiah. Siapa bagi RM20 kita bagi hadiah extra lagi.

Kiranya hadiah ni dari PIBG.

Saya berkira kira, dengan cara ini akan dapat lebih tinggi kutipan dana nanti untuk tabung PIBG.

Sebabt kalau boleh nak 'minta' setiap parents sumbang RM20 untuk Tabung PIBG.

Tapi yer lah kan, saya tinggal di kawasan luar bandar. So, memang tak semua parents mampu nak sumbang. Jika tak mampu, kehadiran mereka pun dah seribu rahmat.

So, to make it simple, semasa pendaftaran, saya minta guru brief sikit aja. So, beri pilihan kepada parents yang nak menyumbang seikhlas hati.


Semasa proses pendaftaran. Nampak tak tangan guru sedang tunjuk hadiah yang diberikan kepada penyumbang.
Dengan sumbangan RM10, mereka akan dapat DVD Rahsia Pelajar Cemerlang + Satu Ebook Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom.

Di luar, saya jual DVD ni RM30 seunit. Tapi untuk tabung PIBG, mereka hanya sumbang RM10 dan dapat DVD ni. Actually, modal kos DVD ni hanyalah RM3.  So, dengan setiap 'sumbangan' ini, RM7 akan masuk dalam tabung PIBG dan RM3 tu untuk cover modal DVD tu.
Setiap sumbangan RM20, mereka akan dapat DVD Rahsia Pelajar Cemerlang + 3 Ebook yang saya tulis. Macam mana menjadi pelajar yang cemerlang. Total ketiga tiga Ebook ni sekitar 350 muka surat. Ebook ni pun actually sy jual RM30 di luar. So, hari ni, bila parents sumbang RM20, mereka akan dapat DVD + Ebook bernilai RM60. Dengan cara ini, saya perhatikan ramai parents yang pilih untuk sumbang RM20.

Kesannya, pada hari itu sahaja. Pihak PIBG berjaya kumpul RM2444 secara tunai. Ditolak dengan kos DVD sebanyak RM3 x 83 unit = RM249. Menjadikan total bersih yang berjaya dikutip adalah RM2195. (Ada parents yang sumbang lebih dari RM20) 

 Apa Yang Saya Belajar?

Saya belajar dari pengalaman saya dalam bisnes. Saya pegang prinsip ini. "The More You Give, The More You Get..."

1. Tindakan guru buat kutipan RM10 setiap guru sebagai cabutan bertuah sebenarnya sedikit memalukan saya sebagai wakil ibu bapa. Sepatutnya, ibu bapa kena hadir atas rasa kesedaran dan tanggung jawab mereka kepada pihak sekolah. Unless kalau mereka ada urusan lain.

Tapi, 'cabutan bertuah' itu sedikit sebanyak membantu menarik lebih ramai parents untuk hadir.

2. Biasanya, ikut pengalaman kami kutip derma dengan buat tabung semasa pendaftaran.

Jumlah kutipan sekitar ratus ratus sahaja. Tapi, bila kita 'offer' sesuatu kepada ibu bapa. Ini membuatkan mereka rasa 'teruja' untuk menyumbang lebih. Kesannya, Alhamdulillah PIBG SKPTM berjaya kutip RM2195 bersih dalam satu event sahaja.

Bayangkan, mereka dapat Ebook yang saya biasa jual RM30 secara percuma, siap dapat DVD lagi. Dengan hanya menyumbang RM20 kepada Tabung PIBG.


Ebook yang dijual pada harga RM30, mereka dapat PERCUMA hari itu.


 Pemenang utama cabutan bertuah. Seikhlas hati, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang sudi menyumbang hadiah hadiah ini.

Oklah.. Ini sajalah story yang hendak saya kongsikan.


Lepas ni, saya akan share dengan anda. Apa saya buat untuk kutip dana sebanyak RM10,250 kepada bekas sekolah saya iaitu MRSM Taiping. Ada yang nak tahu ker tips ini?


Mohd Firdaus Mat Saad
NYDP SKPTM
Motivating  And Inspiring Others

Nota Kaki :

Jika Ada Sekolah Lain Yang Berminat Untuk Guna Ebook Yang Saya Tulis + Rakaman Seminar Pelajar Cemerlang (Dalam Format Youtube) Sebagai Hadiah Kepada Parents Yang Menyumbang Ke Tabung PIBG. Please let me know.

I'm more than happy to help. Kutipan dengan cara ini akan dapat lebih berbanding cara biasa. Boleh PM saya di 019-5782515. 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top