Assalamualaikum,

Terima kasih kerana setia mengunjungi blog mariafirdaus.com.my, harapan saya agar Allah beri saya kekuatan untuk terus beri inspirasi kepada para pembaca sekalian.

Saya doakan Allah merahmati kita semua, diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Harapan Untuk Anak

Semua ibu bapa nak anak anak jadi pandai. 

Semua ibu bapa nak anak anak jadi soleh dan solehah.

Semua ibu bapa nak anak anak jadi kaya dan berjaya.

Semua ibu bapa nak anak anak ada adab yang baik.

Samalah seperti saya.

Tapi, satu benda yang saya nak share. Selain hanya 'berharap', saya selalu berfikir macam mana nak jadikan ia satu realiti.

In fact, salah satu impian saya. Farees akan jadi seorang usahawan bermula pada usia 13 tahun dan akan bergelar jutawan pada usia 18 tahun.

Ini impian dan doa saya untuk Farees dan anak anak yang lain.

Sangat penting saya beri pendedahan yang betul untuk Farees sebab dia anak sulong, so dia kena tunjukkan contoh yang baik kepada adik adiknya nanti.

Kem Cuti Sekolah

Sebelum cuti sekolah hari tu, saya ternampak satu iklan Kem Cuti Sekolah yang akan diadakan di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal.

Program selama 3 minggu. Pelbagai aktiviti yan mereka sediakan.

Antaranya, Solat Dhuha berjemaah, Membaca Al Mathurat, Hafal Surah Surah Pilihan, Bersilat, Memanah, Menunggang Kuda dan macam macam lagi aktiviti.

Apa yang saya perhatikan penganjur tak lah target keuntungan semata mata sebab saya tengok kos operasi program ini pun sangat tinggi.

So, harga RM350 untuk 3 minggu termasuk makan dan minum 3 kali sehari adalah TERSANGAT MURAH.

So, semalam adalah hari pertama Farees join program ni.


Anak soleh abi dan ummi.


Beratur untuk pendaftaran.


Farees dengan kawan baik dia. Danial. Kesian Danial, hari first demam pulak.


Taklimat dari pihak penganjur. 

Antara Pesanan Pengasas Program Ini :

1. Datang jam 8 pagi dan siap berwudhuk

2. Mula dengan Solat Dhuha dan Al Mathurat

3. Hafazan akan ikut umur

4. Program hari Isnin till Khamis selama 3 minggu

5. Setiap hari ada HOMEWORK utk anak. Parents sila cek slip yang diberikan kepada anak. Dekat slip tu ada tugasan anak. Parents kena sign.

6. Parents tolong bagi KOMITMEN MONITOR PROGRESS ANAK. Bukan sekadar hantar anak mai program ni semata mata.

7. Di sini pagi dimulakan dengan hafalan dan lebih kepada Al Quran. Petang aktiviti fizikal

8. Maklumat kita nak lahirkan generasi anak muda yg dekat dgn Al Quran. 

9. Setiap parents mesti kenal guru yg train anak anak kita.

10. Setiap pelajar akan dimasukkan ke dalam group dan semua akan dapat baju. May be minggu depan.

11. Kalau anak tak leh hadir. Sila maklum ikut group.

12. Online registration di masjid ini 91 peserta. 

13. Anak disini makan 3 kali sehari. Kalau ada alahan. Sila maklumkan. 

14. Kalau anak ada masalah kesihatan tak leh buat aktiviti fizikal. Please maklum.

15. Pakaian sila pakai baju sukan saja mai program utk keselesaan pelajar. 

16. Anak yang perform akan dapat hadiah untuk bagi motivasi.

17. Anak yang naughty akan kena amaran. Kalau buat salah lagi then kena pi naugthy corner. Kalau buat salah lagi. Kena bawa pi manager program untuk konsultansi. Kalau naughty juga call parents. 
Kalau naugthy juga. Parents tolong ambil anak. 

18. Hari Maulidurrasul tak cuti. Program on macam biasa.

19. Kalau boleh tak perlu bawa makanan utk anak. Kita kalau boleh nak bagi rasa kebersamaan anak dgn kawan kawan.

20. Paling awal hantar anak 7.45 pagi. Kalau nak hantar awal boleh aja. Tapi officially start jam 7.45 pagi. 

21. Minta masa ambil anak. Sila turun kereta dan jumpa cikgu anak tu. Dengar feedback dari guru pasal anak kita. Balik jam 5 petang. Ambil anak petang maksimum jam 6 petang. Jangan lewat lagi. Cikgu nak balik. 

Semoga anak anak semua jadi ahli syurga insya Allah.

Buku Yang Diberikan

Dalam ni ada module untuk memantau anak membaca dan menghafal surah pilihan secara komprehensif.




Aktiviti Hari Pertama


Makan pagi jam 10


Aktiviti Taaruf secara berkumpulan


Aktiviti melukis


 Sessi tazkirah

Alhamdulillah, syukur ada program macam ni disekitar rumah saya.

Saya percaya, di masjid sekitar rumah anda pun ada macam macam program sebegini.

Jom hantar anak kita untuk mendekatkan diri mereka dengan agama.

Didik mereka dari usia muda. 

Bukan nak mula suruh dan paksa mereka bersolat lepas mereka dewasa. 

Semoga Allah memberkati usaha kami ini.

Semoga Allah menjadikan anak anak kami anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. 

Anak Kedua?


Umur 4 tahun. Abang dia gi masjid, dia ajak saya gi makan kat kedai lak. Huhu.. Anak kecil ku ni. Layan ajer la. Kami makan berdua aje semalam.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
"Jom Jadi Parents Soleh Kepada Anak Anak Yang Soleh Dan Solehah"
"Didik Anak Dari Kecil"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top