Assalamualaikum,

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup anda semua.

Terima kasih kerana menziarahi blog mariafirdaus.com.my. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Aritificial Grass Di Sungai Buloh

Long story cut short. Saya dah pusing habis satu dunia. Hehe. Pusinglah sangat.

Saya dok cari aritifical grass untuk diletakkan di rumah saya. Since saya nak pakai dalam 500 kaki persegi, kalau boleh nak cari yang berkualiti dan harga murah sket.

Kalau anda nak murah, anda pergi cari di JALAN SUNGAI BULOH. Kedai NURSERY NO 54 sampai 60. Ada di tepi jalan utama tu jer. Anda guna WAZE or GOOGLE MAP.

Untuk makluman, ada banyak giler jenis artificial grass ni. Ada yang tebal, ada yang nipis, ada yang padat, ada yang jarang. So harga memang tak sama.

Apa yang saya perhatikan harga standard adalah RM7 untuk sekaki persegi. Banyak kedai jual harga ni di mana mana pun. 

Cuma kalau nak yang betul betul murah, anda boleh ke sini.

Cuma masalahnya, anda kena beli segulung terus. Then ajak la kenkawan share.

Harga segulung saiz 25 meter panjang x 2 meter lebar adalah antara RM1400-RM3000.

Kira kira anda akan dapat 550 kaki persegi pada harga yang sangat murah.

Jom layan gambar gambar yang sempat saya ambil.


Harga boleh dapat serendah RM2.50 sekaki persegi. Tapi ini yang nipis sket. So, kena tengok anda nak yang macam mana.


Boleh lekat di dinding dan buat tulisan macam ni jugak.



Saya beli segulung terus. Harga RM1900 segulung. Ini untuk yang tebal dan padat. Tapi kalau tebal sangat pun tak best jugak.


Since saya beli satu gulung, susah nak bawa balik naik Hilux. So saya minta dia potong 3 ikut saiz yang saya nak guna di rumah nanti.

Cerita Pokok Bonsai Podocarpus Pulak

Di rumah saya, saya nak letak pokok bonsai. Since area untuk landscape rumah saya sangat luas, saya terpaksa pilih pokok yang betul so that tak nak banyak maintenance.

Setelah mendapat khidmat nasihat kenkawan, saya nak pilih pokok podocarpus untuk menghiasi kawasan rumah saya.

Saya dah beli 9 pokok sebelum ni dan dah tanam di rumah. Since nampak ia macam kena dengan jiwa saya, saya nak beli lagi 4 pokok untuk letak di tempat utama dalam rumah saya.

4 pokok ni saya ambil yang besar dan cantik sket.


Pokok saiz macam ni biasanya harga dalam RM1300-RM1500. Bergantung kepada cantik macam mana pokok tu.


Pokok ni harga RM1400. Ia ada dua batang dan huruf V. Sebab tu harga tinggi sket.


Saya kurang minat jenis yang macam ni. Tapi nampak cantikkan...


Yang ni dalam RM1000.


Yang ini RM3800 kalau tak silap.


Ni semua RM2k sepokok.


Dalam RM2k plus untuk pokok ni. 


Yang kecik comel ni dalam RM900.


Yang ni RM7000. Ku tanya harga, then terus lari. Tak sanggup wei...


Ok. Pokok ni yang tinggi dalam 8 - 9 kaki harga dalam RM700 sepokok. Anda leh tengok kedai no 53 tu. Tepi jalan Jalan Sungai Buloh.


Ada banyak pilihan. Kalau nak beli, anda leh pi survey dulu la beberapa kedai. Yang saya suggest kedai No 53 ni untuk pokok podocarpus.


Kedai kedai tepi jalan utama tu. Ada memacam pokok. 


Ni semua harga tak leh dengaq nya. Mahai baq hang. 


Kedai no 56. Akhirnya, pokok ni yang saya pilih. Harga boleh tahan. Akhirnya ku beli dan terus atur lori untuk hantar sampai ke Parit Buntar. Lori kena bayar yer. Bukan free sebab jauh. 


Hari ni beli, lusa pokok ku sampai. 


Bawa dengan lori pun nampak macam penuh. Macam mana bangla tu kata, "Bos ini pokok boleh bawa naik hilux."


Poko ni murah jer, rega dalam RM850 sepokok.


Diturunkan dari lori.


At least yang ni dah ada bentuk. Kalau nak cari rumput yang betul macam gambar ni, boleh contact no ni. 011-2344 8221. Dia jual rumput harga murah. Bagi tahu aje dia, dapat nombor dari internet. Blog maria firdaus. Dia adjust harga special nanti. 


Yang ni huruf V. Ada 2 batang. So, harga memanglah mahal sket kan.

Ok, selesai satu bab. Seterusnya, saya akan tanam pokok ni dan pasang rumput artificial kat rumah saya.

Nanti saya update kat sini ok.

Stay tune.

Kalau anda cari rumput Jepun murah, leh KLIK SINI

Nak tengok gambar rumah saya punya landscape yang dalam proses disiapkan, leh KLIK SINI

Wassalam.

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top