Daftar Haji Lagi

Hari ini, saya ternampak seorang sahabat yang menunaikan haji pada tahun 2011 dahulu pergi mendaftar haji sekali lagi.

Ya la, tabung haji tetapkan selepas 5 tahun boleh mendaftar haji semula jika nak pergi sekali lagi.

Niat kita yang dah pi haji dan nak pi haji lagi itu tersangatlah murni dan baik.

NAMUN......

Tahukah anda, jika kita yang dah pi haji dan mendaftar haji sekali lagi. Kita hanya akan menyebabkan mereka yang nak pergi haji buat kali pertama satu hari nanti tak dapat pergi sebab giliran kita pergi.

Kalau tak silap saya, jika kita daftar haji sekarang pun, giliran kita mungkin dah sampai tahun 2100.

Anda tahu mengapa jadi macam ni?

Sebab ramai orang yang dah pernah pergi haji daftar lagi dan nak pergi lagi. Mereka kata, mereka dah daftar lama dulu. So dapat jemputan, mereka nak pergi lah.

Kalau nak ikut salah, memanglah tak salah.

Tapi kalau difikirkan secara rasional, mengapa kita nak pergi haji sekali lagi ketika mana kuota haji sekarang tersangat kecil dan tahun menunggu pula tersangat lama.

Mengapa kita tak berfikir ada ramai lagi ummat Islam di Malaysia yang nak pergi haji tak tak boleh pi sebab kita ambil kuota itu.

Sedangkan bagi mereka haji itu WAJIB. Bagi kita dah tak wajib lagi dah.

Saya tahu, kita semua nak masuk syurga.

Tapi ingatlah, orang lain pun nak masuk syurga jugak.

Dan satu lagi, kita bukan masuk syurga sebab kita pergi haji 2-3-4 kali. Tapi kita masuk syurga sebab rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Mana tahu, bila kita yang dah pergi haji dapat tawaran untuk pergi, KITA TOLAK.

Kita niat dihati kita, "Ya Allah, aku tolak tawaran ini sebab aku nak bagi kuota ini kepada orang lain yang masih belum pergi. Semoga keikhlasan aku ini Kau pandang sebagai asbab untuk aku masuk syurga nanti."

Bagi saya, itu lebih baik.

Masa saya pergi haji tahun 2011, saya jumpa dengan beberapa jemaah yang rasa 'bangga' bila berbicara, "Saya dah 3 kali datang haji termasuk kali ini..."

Allahuakbar. Memanglah itu rezeki dia.

Tapi kenapa 'rezeki' itu tidak dikongsi dengan orang lain.

Pergi Haji Kali Kedua Dan Ketiga

Ada orang tanya, macam mana orang yang dah pergi boleh pergi lagi sekali mendahului orang yang belum pergi?

Katakanlah Haji XXXX pergi haji tahun 1996, selepas balik ke Malaysia beliau daftar pergi haji sekali lagi. Nak pergi kali kedua katanya. Then pada tahun 2000. Haji XXXX dapat jemputan pergi haji sekali lagi untuk kali kedua.

Selepas pulang ke Malaysia, lepas 5 tahun iaitu pada tahun 2005, Haji XXXX daftar sekali lagi untuk menunaikan haji. Gilirannya adalah pada tahun 2017.

Encik Arif dan jutaan rakyat Malaysia yang belum menunaikan haji mula sedar dan daftar haji pada tahun 2006-2016.

Ok, katakanlah Encik Arif sebab daftar tahun 2006, dapat jemputan pada tahun 2018. Dan orang lain yang lewat daftar terpaksa tunggu giliran. As of now, tahun menunggu adalah 2106.

Ramai yang tak dapat pergi haji kali pertama sebab orang yang dah pergi haji DAFTAR haji sekali lagi dan giliran mereka datang lagi awal.

Sebab itulah, yang terlewat daftar kena tunggu sampai 100 tahun untuk pergi menunaikan haji. Kesian yang belum pergi menunaikan haji.

Ini Semua Pandangan Peribadi 

Anyway, apa yang saya tulis ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Setiap orang bebas untuk ada pandangan yang berbeza dan saya hormati pandangan anda.

Cuma, bagi yang belum pergi haji dan belum daftar haji. Jangan dok POMPANG sana sini. Pergi daftar haji SEGERA.

Sebab kalau daftar sekarang pun gilirannya mungkin tahun 2100.

At least, kalau kita mati pun. Kita leh jawab la kat malaikat nanti, "Aku nak pergi haji, dah daftar tapi belum terima jemputan..."

At least la kan...

Daripada kita ni ada duit, kaya, berkemampuan, sihat... Then tak daftar pun haji. Lagi teruk, tak ada niat nak pergi haji. Hmmm... Berdoalah, jangan mati lagi.

Wallahualam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

"Sila Komen Jika Anda Nak Katakan Sesuatu"

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top