Assalamualaikum,

Saya terjumpa posting ini di salah satu group Whatsapp.

Kandungannya bagus. Saya kongsikan dengan anda. Semoga ia bermanfaat.

Sila SHARE Untuk kita sama sama sebarkan benda benda yang berfaedah.

TULIS DOA KAT KERTAS
====================

Pernahkah kita buat? 

Teman2, malam ni insyaallah kita bermula untuk solat terawih. Bulan yang kita nantikan! Sudah kunjung tiba! Masyaallah.

Satu perkara yang kita kadang-kadang lupa, malah selalu lupa. 

Kita tau banyakkk kita nak dari Allah. Sehingga kita tidak tahu apa yang kita nak

Contoh kita nak kehidupan yang bahagia. Adakah setakat itu saja? 

Bahagia ada dalam pelbagai aspek. Bahagia dari segi anak sihat, bahagia dari segi tiada masalah kewangan, bahagia dalam memberi lebih banyak dari segi duit dan masa, dan macam-macam lagi. Tu baru bahagia.

Doa yang dikabulkan oleh Allah adalah doa yang sering diulang2 dan diminta-minta. Jika kejap minta, kejap tidak...itu menunjukkan kita sebenarnya tidak serius minta dengan Allah apa yang kita nak itu.

Contohla. Kejap kita minta dengan mak kita rm1000. Pastu mtk rm500,
Pastu minta rm100. Pastu minta rm10 sebab nak cepat kan. 

Mak kit pon konfius dengan kita. Nak yang mana ni sebenarnya.

Dan surelah lambatlah kita dapat kan? 

Ini bukan bermakna saya cakap Allah tu konfius. Ia hanya perumpamaan.

Jadi untuk buat kita doa ulang-ulang...jom kita menulis doa kita.

Buka kertas itu setiap kali lepas solat. Jangan malu. Jangan malas. Jangan liat. Kita sedang meminta pada Allah

Saya tersentuh semasa dengar sharing ustaz don dalam TV.

"Saya baca doa ini setiap kali saya nak mulakan kelas saya di dalam tv mahupon di mana saja. Jika siaran ini dah 200kali, saya dah doa dan ulang doa yg sama sebanyak 200 kali secara online di tv saja. Takkan lah dalam 200 kali saya minta ni sekalipon Allah tak kabulkan permintaan saya ini."

Nampak? 

Kita ingat Allah taknak bagi. Padahal kita baru sekali dua minta. 

Tu pon minta dengan hati terbang entah ke mana.

So jom. Saya nak ajak kawan-kawan tulis doa kawan-kawan di sekeping dua tiga empat keping kertas. Tulis segalanya. Sebab bukan semua kita ingat time kita nak doa. 

Take your time walau sekali tulis hanya 2, lepas tu ingat, tambah lagi lah sehingga penuh kertas tu by malam ni. 

Jadikan kertas doa kita tu sebagai pendamping kita tiap masa. Kita minta dengan Allah apa kita nak. 

Ucap siap-siap terima kasih kat Allah sebab bagi apa yang kita minta ni.

Percayalah! Satu persatu doa kita itu Allah akan jawab. Pada masa yang tepat.

Saya dah alaminya. Dan saya teruskannya hingga kini.

Kini masa untuk anda mulakannya.

Lets put our doa on paper. Baca setiap kali lepas solat wajib mahupon sunat.

Takkanla allah tak makbul even sekali😀

All d best! Saya dan suami minta maaf atas segala salah silap kami pada semua. 

Salam ramadhan buat semua. Semoga kita menjadi insan yang jauh lebih baik dalam bulan tarbiah ini, dan diteruskan setiap masa.

Salam sayang, 
Master ira dan hafizan 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top