Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Jemputan Ceramah Motivasi Di MRSM Transkrian

Awal bulan lepas, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi di MRSM Transkrian untuk Program Jayawaris - Iaitu program motivasi kecemerlangan untuk ibu bapa dan pelajar SKPTM.

Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang bagi komen positif mengenai ceramah yang saya sampaikan.

Bila saya tanya guru yang turut hadir, mereka kata.

"Best sangat... Penyampaian dari En Firdaus lain dari yang lain. En Firdaus bercakap dari hati, dan rasanya masuk ke dalam hati pelajar dan ibu bapa Insya Allah."

Tapi saya ada pesan kat Kaunselor SKPTM, tolong jangan bagi tahu sekolah lain pasal saya boleh bagi talk ni sebab saya sebenarnya bukan penceramah motivasi. Saya buat bisnes. Saya tak sempat nak berceramah sana sini.

Kaunselor berjanji untuk tidak hebahkan kepada sekolah lain.

TAPI !!!!!!

Pada waktu itu, guru guru MRSM pun ada di dalam dewan. Mereka dengar sendiri perkongsian dari saya secara LIVE.

Hehe... Selang beberapa hari, mereka pula hubungi saya. 

Since MRSM Transkrian dekat, saya terus ke sana untuk bincang dengan kaunselor apa yang mereka mahukan.

Setelah berbincang, pihak MRSM memberitahu saya mereka mahu saya jadi motivator tetap untuk MRSM mereka.

Mereka cadang nak saya bercakap dengan pelajar untuk 3 sessi. Setiap satu sessi 6 jam.

Pihak MRSM memberi tahu apa yang saya mahu kongsikan untuk setiap sessi.

Then, saya kongsikan pula apa yang saya  boleh kongsikan dengan para pelajar berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar MRSM.

Saya rasa para pelajar ini sangat bertuah, sebab banyak ilmu yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya masa di MRSM dahulu. Pengalaman saya sebagai bekas pelajar MARA. Dari MRSM Taiping, ke Kolej MARA Banting sebelum ke UK.

Antara 'point' kuat saya kepada pelajar, saya dulu hanyalah seorang anak kampung, datang dari keluarga yang biasa biasa tapi boleh jadi pelajar luar biasa sampai jadi pelajar terbaik di University of Sheffield, UK dulu. 

Kalau saya boleh, mereka tentu boleh. Cuma mereka hanya perlu tahu cara belajar yang betul.

Jom tengok gambar gambar yang sempat di ambil di MRSM semasa program tersebut.


Ini tempatnya. Dewan Ibnu Sina. 


Sebelum program bermula, sebelah kiri F5. Berani adik kat tengah tu tidur pepagi ni. Hehe..


Ni pula pelajar Form 3


Pengerusi majlis pada hari itu, adik Kamilia. Beliau Timbalan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Transkrian.


Sebelum start kita exercise dulu ok. Pelajar dah mula senyum sket. Alhamdulillah...


Aiyoyo.. Kalau pelajar bersemangat, motivator mesti lagi bersemangat. Hehe.. Amcam?


Let's the talk begin. Macam biasa, saya tak suka berceramah sambil pegang mic atau bercakap di rostrum. Itu cara lama. Saya suka pakai headset microphone. Senang nak bercakap dan nak bergerak. Biasanya, pihak sekolah tak sediakan. So, kenalah bawa sendiri.


Topik sessi pertama, Now Everyone Can Fly. Baru start tapi dah berpeluh. Huhu... Bersemangat sangat bersenam awal awal tadi.


Share back ground dulu


My story. Perjalanan saya dari anak kampung sehingga ke United Kingdom.


Berkongsi teknik belajar secara effektif. Ini salah satu rahsia besar saya uruskan masa dulu. Saya perkenalkan konsep STRUCTURED DAY kepada para pelajar. Konsep ini diperkenalkan oleh Warrent Buffet dan banyak diamalkan oleh orang orang yang berjaya.


Anda sibuk? This is the secret... Cara uruskan masa dengan betul.


Pelajar khusyuk mendengar perkongsian yang diberikan. Alhamdulillah.


Tapi sessi pertama selama 2 jam.


How High You Fly Is Derived From How Big You Think. Dalam sessi kedua, saya share SEMINAR MAGNET KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG. Ia lebih berkaitan kepada persiapan mental dan emosi untuk jadi pelajar cemerlang. Saya banyak tekankan kerohanian untuk jaga hubungan dengan Allah. 


Salin adik salin....


Senyum adik ni bila jawab soalan saya. 


Adik yang angkat tangan ni Solat Duha pagi tadi. Good Job !!!


Adik ni bertanya soalan...


Habis sessi kedua, terus saya dikerumun oleh pelajar pelajar ini. Banyak perkara yang terbuku diminda mereka saya leraikan. Alhamdulillah. Ada juga yang kata, mereka teruja dengan teknik dan rahsia yang saya kongsikan.


Sessi kedua kita mulakan dengan senaman dulu. Untuk sessi petang. Start jam 2.15 petang.


 Anda boleh tengok energy di muka mereka. Dah berubah. Semakin bersemangat berbanding sessi mula mula tadi.

Salah satu rahsia nak berjaya kena ada HIGH ENERYGY.


Sebelah petang, topik Matlamat Dalam Kehidupan. Ini topik yang pihak MRSM mahukan.


Sessi petang, biasalah... Saya nampak mereka mengantuk sikit. Saya suruh mereka berdiri. Yang pompuan berdiri atas kerusi sambil dengar ceramah. Berdiri 5 minit then duduk balik. 


Kenali potensi diri


Ada yang nak bertanya, kita jawab


Adik ni pun nak tanya soalan. Dalam program saya unik sket, siapa tanya soalan atau beri pandangan akan dapat hadiah. Hehe.. barulah ramai yang nak tanya.


Cenderamata dari pihak MRSM. Untuk pengetahuan anda, kat rumah saya memang banyak Mug, Towel, Pen MRSM. Alhamdulillah, dah merata rata saya pergi. So banyaklah koleksi kat rumah ni.

Ada Kawan Datang Teman

Sehari sebelum program ni, saya ada tanya kat FB saya ada sesiapa tak yang nak join program saya ni.

Tetiba ada seorang sahabat FB saya pm cakap dia nak join. Nama Harris. Saya tak kenal beliau sebenarnya. Cuma rakan di FB sahaja.

So.. saya cakap datanglah.

Bila dia datang, dia jumpa saya dan tanya apa yang dia boleh bantu saya?

Saya cakap... "Hehe.. Tolong ambil gambar saya masa saya bagi ceramah...."

Semasa saya berceramah, saya nampaklah Harris ni ambil gambar sambil pusing pusing dewan. Dari gaya dia ni ambil gambar, saya cakap dalam hati.

"Bagusnya dia ni ambil gambar. Cara ambil gambar nampak macam dah biasa ambil gambar... Photographer ka dia ni..."

Habis sessi pertama, saya baru berkenalan dengan beliau dan tanya sebenarnya dia kerja apa.

"Saya kerja di USM, Penang dan saya pun buat program motivasi untuk pelajar jugak.."

Gulppppp......

Mak ai.... Ada motivator yang datang dengar ceramah saya. Adoyai. Beliau banyak fokus membantu pelajar yang bermasalah dari segi disiplin seperti merokok, dadah, gangster, buli, couple, zina dan sebagainya.

Apa apa pun, beliau banyak membantu saya hari itu. Terima kasih Harris.

Sebelah petang, selepas tamat ketiga tiga sessi. Saya minta pendapat beliau mengenai program yang saya sampaikan.

Beliau kata... "Nak saya jawab yang jujur ke tak?"

Suspen saya bila dia tanya soalan macam tu.

Mestilah saya nak jawapan yang jujur.

Then beliau kata. 

"Saya respect dengan Firdaus, boleh bagi ceramah 6 jam. Dari pagi sampai petang. Very energetic. Buat sorang sorang pulak tu. Dan saya sendiri rasa teruja dengan teknik teknik yang Firdaus kongsikan. Saya rasa Firdaus sampaikan betul betul dari hati, dan terus masuk ke hati saya."

"Terus terang saya katakan, banyak kali dalam program tadi meremang bulu roma saya sebab betul betul dapat feel apa yang Firdaus sampaikan. Bila Firdaus touch bab emosi, you simply the best. Saya tengok motivator lain, ramai boleh buat pelajar menangis, ada yang guna muzik sebagai latar belakang nak bagi pelajar menangis, tapi Firdaus boleh buat tanpa muzik, dan yang saya paling kagum, Firdaus sendiri menangis masa ceramah tu. Fuhhhhhhh.... Memang betul betul touching lah...."

"Di utara ni, dah banyak ceramah motivasi yang saya hadir untuk pelajar. Terus terang saya katakan, En Firdaus ada class yang tersendiri..."

Fuhhhhh....

Berderau pulak jantung saya. Terlalu tinggi sangat pujian yang diberikan.

Adakalanya, bila saya dapat feedback macam nilah yang menyebabkan saya rasa dalam hati. "Aku perlu bantu pelajar pelajar ini untuk jadi pelajar cemerlang..."

Tapi......

Dalam masa yang sama, saya pun sibuk dengan bisnes yang saya jalankan.

Tak palah.. Buatlah setakat yang termampu.

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Nota Kaki : 

Saya JARANG Terima Jemputan Motivasi Untuk Pelajar Sekolah Rendah. Harap Maklum Yer.

Saya lebih suka untuk berkongsi dengan pelajar MRSM sebab saya dulu bekas pelajar MRSM.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top