Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Progress Maria Firdaus Villa

Untuk pengetahuan semua, sekarang dah masuk hari 184 dalam pembinaan rumah saya.

Jom tengok gambar gambar terkini yang sempat saya rakamkan




Pemasangan tiles dimulakan dengan lafaz bismillah.


Masalah dengan pekerja Bangladesh ni. Saya suruh pasang macam lain. Dia pasang macam lain.


Sebenarnya, saya nak dipasang macam ni.


Tapi dia pasang macam ni. Dah la pasang tak ikut cakap owner, dia leh jawab pulak. "Saya rasa pasang macam ni lagi bagus bosss". Nak marah pun benda dah siap. So, terima sajalah...


Lay Out Dapur

Setelah dibincangkan, ini cadangan daripada designer untuk dapur kami nanti. Kalau kami ok, mereka akan proceed dengan 3D design.


Tall kabinet kat area dapur

Dining Area


Untuk dining, kami plan nak meja makan yang macam ni. Maksudnya, kami memang custome made area makan ni so that ia jadi macam ni. 


Di belakang tempat makan, kami nak letak gambar macam ni. Tapi gambar family kami semua la. Sambil tu, tulis anak anak nanti akan jadi jutawan, hafiz Al Quran, dermawan, anak soleh. So, motivasi anak anak untuk berjaya dunia dan akhirat.

Setakat ni, ini update terkini yang dapat saya kongsikan.

Mohon doa dari rakan rakan semua semoga segala perancangan kami dipermudahkan Allah.

Rabbi Yassir Walatuassir.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Sebaik Baik Manusia Adalah Manusia Yang Banyak Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top