Assalamualaikum,

Semoga anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Member Kena Kanser

Baru baru ini, seorang member saya disahkan oleh doktor mengidap kanser paru paru.

Dia dah 3 bulan sakit dan tidak boleh bekerja sebelum ini. Mula mula, dia ingat sakit kena santau sebab sakit lain macam.

Setelah di bawa untuk pemeriksaan di hospital, doktor sahkan beliau kena kanser.

Kanser PARU PARU. Punca jangan cakaplah.

Apa lagi kalau bukan sebab MEROKOK.

Umur baru 37 tahun.


Nampak tak ada ketumbuhan di bahagian kiri leher dia. Ketumbuhan tu datang dari paru paru.


Saya search di internet, ini lah gambar paru paru yang terkena kanser akibat ROKOK. Kepada perokok, sila rasa ngeri ok.

Masalah Bertambah Parah

Masalah kanser kawan saya ni tidak 'berhenti' di situ.

Dalam keadaan tidak bekerja selama 3 bulan, dia sudah kekeringan dari sumber kewangan. Sebelum ini dia hanya kerja sebagai pengawal keselataman.

Socso pun tak ada, takaful pun tak ada.

Sekarang terpaksa mengharap ihsan dari saudara mara sahaja.

Adik beradik dia dah 'surrender', tak boleh nak jaga dan tak leh nak bantu dari segi kewangan.

Isteri pula tidak bekerja, ditambah dengan 'pakej' anak anak kecil seramai 5 orang. Ia bukan satu cabaran yang kecil yang sedang mereka hadapi.

Bagi saya, ia cabaran yang sangat besar.

Dalam keadaan sakit, tiada kawan rapat yang nak bantu, adik beradik tak boleh nak bantu, tiada sumber kewangan, anak yang ramai, isteri yang tidak bekerja, bagi saya member saya ini PERLUKAN BANTUAN.

Dia perlukan SOKONGAN KITA SEMUA DARI SEGI DOA.

Bagi yang ada kemampuan, anda boleh support dia dari segi kewangan.

Untuk anda yang baca kisah ini dan anda rasa nak bantu dia dari segi kewangan, anda boleh hubungi saya di 019-5782515. 

Bank in di akaun Maybank : 152116040160. Mohd Firdaus Mat Saad. Make sure anda PM saya lepas bank in.

Sakit Yang Beliau Alami

Sekarang ini, member saya ni dah 'tersadai' di rumah. 

Lebih menyedihkan, dah tak mampu nak berjalan.

Itu ok lagi.

Sekarang ni, dia nak duduk pun dah tak boleh. 

Dia terasa sangat berat di bahagian bahu. Rasa macam ada benda berat yang terpaksa ditanggung bila duduk/berdiri.

Sakit jangan cakaplah. 

Haritu, masa saya bawa beliau ke Hospital XXXXX, masa nak keluar dari wad, doktor tak bagi ubat pain killer.

Masa tu saya tanya, "Nurse, dia ni sakit. Bukan sakit sikit. Sakit teruk. Takkan tak bagi pain killer? Habis tu, kalau dia sakit nanti takkan nak tahan saja kot?"

Nurse ni jawab. "Doktor tak tulis dia perlukan ubat...."

Sentap habis saya. Tapi nak buat macam mana. Saya balik tanpa pain killer. Dan pada malam tu, seperti yang dijangka, dia sakit teruk dan tak boleh tidur.

Esoknya, dia bagi tahu sakit lagi teruk dan terus kami pi cari pain killer kat farmasi bagi kat dia. Boleh lah tahan sikit.

Kemudian, semalam hari Isnin saya bawa dia ke Hospital Taiping pula untuk rawatan lanjutan.


Di sana, doktor cakap.

"Keadaan pesakit ni dah agak 'severe'. Kanser dah merebak dari paru paru ke hati, naik ke atas dan juga dah sampai ke tulang."

"Kalau nak buat rawatan, kita kena hantar sama ada ke Kuala Lumpur atau ke GH Penang..."

"Kita boleh buat rawatan radioterapi atau kimo sebagai ikhtiar terakhir. Di Penang, doktor di sana akan cek. Kanser ni ada banyak jenis. Kalau sesetengah kanser kita boleh terus bagi ubat makan dan boleh rawat. Tapi kalau yang tak boleh rawat, kita hanya boleh buat radioterapi untuk kecutkan kanser. Last option is kimo. But it will only prolong his life about few months with his current situation."

Alhamdulillah, doktor bagi pain killer. Tramadol, Celebrex dan Morfien. Doktor bagi dan suruh makan ikut keperluan.

Doktor pun cakap juga, ubat ini bukan untuk sembuhkan kanser. Tapi hanya sebagai penahan sakit.

Kisah Di Hospital

Menghantar pesakit ke hospital bukan sekadar pi hantar then tunggu dalam kereta, cukup jam balik.

Its not that easy. 

Bila tiba dihospital, sampai di klinik berkenaan, kena cari kerusi roda dulu. Then turunkan member saya ni. Saya pula terpaksa cari parking.

Member ni pula, dah tak boleh duduk lama lama. So, dia mula menggigil. Nurse tengok dan terus bawa dia ke tempat rawatan. 

Lepas tu, yang sihat kena pergi ambil ubat di farmasi which is tak lah dekat. 

Bila patah balik ke klinik, doktor bagi lagi satu prescription ubat.

Kena patah balik ambil ubat lain pula. Dah 2 kali kena ke sana.

Then, doktor suruh bawa member saya ni ke tempat ambil darah which is tak lah dekat.

Saya ambil kereta, pergi ke klinik, bawa member naik kereta dan pergi ke tempat ambil darah. Di sana, kena cari kerusi roda sekali lagi, then baru boleh turunkan dia. Bawa dia ke tempat ambil darah dan kemudian, barulah kerja kami 'selesai'.

Jam 9 pagi kami sampai. Jam 1 petang baru boleh balik.

Kami pulang dan dapat appointment di Hospital Pulau Pinang pada hari ini.

Tak Ada Driver

Masalah utama kawan saya ni dari segi kewangan.

As of now, saya bantu setakat yang saya mampu. Bawa di ke hospital bila perlu.

But since saya pun sibuk dengan pelbagai urusan yang perlu di selesaikan, saya tak dapat hantar member ni ke Hospital Pulau Pinang.

Saya cari teksi untuk hantar dan bawa dia balik. Harga RM180. 

Saya bagi tahu member saya ni.

"Sebenarnya, kalau nak bantu dari segi kewangan, saya bolehlah bantu setakat yang termampu. Tapi kalau nak bantu dari segi hantar ke sana ke sini. Itu saya tak mampu buat selalu. Sebab saya pun banyak kerja even saya bekerja sendiri."

That's the story yang  berlaku hari ini.

Apa apa pun, syukur Alhamdulillah sebab doktor bekalkan pain killer. So kuranglah sikit dia sakit.

It's not easy.

Nasihat Buat Rakan Rakan Yang Merokok

Kepada kenkawan atau pembaca blog ini yang merokok. Teruskan merokok.

Sebab bila dah kena kanser nanti, anda suka atau tidak, anda akan TERPAKSA BERHENTI SECARA AUTOMATIK.

Cop... Sebelum tu, saya mohon sesangat.

Sila beli plan insurans mahal sket.

Leh PM Husnidar Husain ( 017-4499609)  atau Norizwan Azlan (017-4871417) kalau nak beli Takaful.

Beli mahal mahal sket ok. Kalau boleh, yang paling mahal.

At least. Berbaloi la sket kalau kena kanser nanti sebab pampasan dia akan tinggi.

All da best buat sahabat sahabat yang merokok.

Berhenti sekarang atau anda nanti TERPAKSA BERHENTI.

Pengajaran

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah saya hari ini :

1. Berhenti MEROKOK. Rokok boleh sebabkan KANSER.

2. Kalau tak nak berhenti tak pa, tapi sila beli TAKAFUL MAHAL MAHAL. Bukan senang nak uruskan 'ANDA' bila dah terkena kanser nanti. Banyak duit perlu digunakan.

Kalau nak minta tolong kawan kawan pun, setakat mana kawan boleh tolong. Percayalah... Kawan kawan semerokok dengan kita sekarang belum tentu nak tolong kita nanti bila dah sakit.

3. Siapa ada zakat lebih nak bagi, leh bantu sahabat saya ni. Dah 3 bulan tak bekerja. Anak 5 orang. Isteri tak bekerja sebab jaga dia yang sakit. Nak makan pun dah tak lepas.

Jangan biarkan saya dok buat pahala sorang sorang. Hehe... Jom kita sama sama buat pahala.

Kalau nak bagi zakat kat dia, leh bagi tau saya ok. 019-5782515 (Firdaus)

Wassalam.

NOTA KAKI :

SAHABAT INI SUDAH MENINGGAL DUNIA. SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DIBERKATI ALLAH. AL FATIHAH UNTUK BELIAU. BELIAU MENINGGALKAN SEORANG ISTERI YANG TIDAK BEKERJA DAN 5 ORANG ANAK YANG MASIH KECIL. JIKA ANDA BERCADANG NAK BANTU DIA. BOLEH PM SAYA.




Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Kalau Anda Rasa Entri Ni Bagus, Sila Share. Semoga Lagi Ramai Yang Dapat Iktibar Dari Kisah Ini



1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top