Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat blog SKPTM. Semoga Allah permudahkan urusan anda dunia dan akhirat.

2 minggu lepas, saya diminta oleh Kaunselor SKPTM, Cikgu Siti Zubaidah untuk menjadi penceramah untuk sessi Motivasi Pelajar Cemerlang SKPTM - Jaya Waris.

Maksudnya, saya akan bercakap dihadapan guru, pelajar tahun enam dan juga ibu bapa.

Bila disemak tarikh, saya free hari itu dan saya menerima amanah ini secara PERCUMA sebagai membalas budi kepada SKPTM, sekolah yang pernah menjadi tempat jatuh bangun saya semasa saya belajar dulu.

Sebelum itu, saya berbincang dengan guru kaunselor dan juga Pengerusi PIBG, apakah yang hendak saya sampaikan kepada pelajar dan ibu bapa pada hari tersebut.

Mereka brief saya beberapa point penting yang ingin disampaikan. Saya take note dan kemudian sesuaikan dengan kandungan ceramah saya nanti.

Sebenarnya, saya agak kekok. Ini kali pertama saya akan berceramah dihadapan orang yang rata rata kenal saya secara peribadi.

Saya sangat jarang terima jemputan ceramah di Parit Buntar. Selalunya saya sibuk. Tapi untuk SKPTM, saya bagi special case. Saya sibuk pun, saya akan lapangkan.

Jom kita layan gambar gambar pada hari tersebut.

Program Motivasi Pelajar Dan Jaya Waris Di MRSM Transkrian

Program motivasi ini diadakan di MRSM Transkrian. Tempat  yang mereka sediakan sangat selesa. Thanks kepada pihak MRSM atas kerjasama yang diberikan.


Bacaan doa oleh ustaz dari SKPTM sebagai pembuka majlis.


Program yang patut start jam 3 petang, tapi hanya bermula jam 3.30 petang sebab kelewatan ibu bapa hadir ke program ini.


We are ready. Inilah YDP PIBG SKPTM. Tuan Farid. Sangat berdedikasi dan bersemangat untuk bantu pihak sekolah. Saya yakin, semua guru bersyukur kerana Tuan Farid adalah Pengerusi PIBG. Rasanya, since anak anak Tuan Farid kecil lagi. Lama lagi la kita akan bagi dia peluang untuk lead the team.


Antara guru SKPTM yang jadi penyelia kepada pelajar pada hari tersebut.


Lets the talk begin. "Berapa ramai yang nak dapat 6A dalam UPSR angkat tangan say I........"

Dalam talk ini, saya buat secara santai. Tiada sessi formal. Saya berlari ke atas pentas, ke bawah dewan, kepada pelajar, kepada ibu bapa dan saya gunakan keseluruhan dewan untuk menjadikan sessi saya lebih menarik bersama peserta.

Alhamdulillah, pengalaman saya menyertai Program Train The Trainer Dr Azizan banyak membantu saya untuk bagi talk hari ini. Saya ingat pesan Dr Azizan, always libatkan peserta dalam talk kita. Jangan kita sorang saja yang cakap. Bila ada two way communication, baru peserta alert.

Saya juga guna teknik "Edutainment". Maksudnya, beri education dalam bentuk entertainment. Alhamdulillah, pelajar enjoy talk ini.

Sebahagian ibu bapa yang hadir


Pelajar khusyuk mendengar perkongsian dan tips untuk menjadi pelajar cemerlang. Insya Allah, berjaya dunia dan akhirat.


Saya banyak tekankan konsep keagamaan dalam talk saya. Bagi saya mudah, kalau kita nak berjaya di dunia, kita mesti ikut apa yang Allah suruh. Dan sebagai ibu bapa, WAJIB jadi contoh dan role model yang terbaik untuk anak anak. 


Hehe.. Berkerut habis dari 


Syukur ada wireless mic. Kalau tak, mesti talk ni jadi tak berapa best.


Adik ni special. Nama Farees. Anak Dr Fauzi. Dalam 100 lebih pelajar tahun 6 SKPTM, beliau satu satunya yang mensedekahkan Al Fatihah untuk ibu bapanya setiap hari. Sebagai penghargaan, saya hadiahkan adik ni buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang yang saya tulis.


Kita minta Dr Fauzi kongsi, macam mana beliau didik anak sehingga berjaya menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan dan sedekah Al Fatihah untuk ibu bapa setiap hari secara konsisten. 

Jawapan Dr Fauzi mudah sahaja. Tekankan bab solat kepada anak di usia muda. Subhanallah. Tahniah yer Dr Fauzi.


Adik ni pulak terror Matematik. Saya minta beliau kongsi rahsia macam mana beliau jadikan Matematik itu mudah. Jawapan adik ni senang ajer, "Banyakkan buat latihan dan jangan lupa buat semua kerja yang cikgu berikan". Lagi satu, adik ni merupakan satu satunya pelajar yang dapat 6A dalam ujian baru baru ini. Tahniah yer adik. Moga terus jadi pelajar cemerlang.


Kita minta perkongsian daripada bapa adik tadi. Macam mana beliau didik anak sehingga anak jadi pelajar cemerlang. Sekali lagi, jawapan beliau mudah. "Saya tekankan didikan agama kepada anak saya." Subhanallah. Rupa rupanya, ramai yang berjaya adalah sebab mereka didik anak anak mereka dengan agama. Solat sangat mereka tekankan disamping menjaga adab dengan ibu bapa, rakan dan guru.


Mami turut berkongsi pengalaman. Macam mana beliau didik anak anak sehingga ramai anak beliau berjaya di SKPTM.


Para guru yang khusyuk mendengar perkongsian sampai tak sedar gambar mereka sedang di ambil. Hehe.. Cikgu Siti betul betul fokus tu....


Alhamdulillah, get the job done. Program berakhir pada jam 5.30 petang.


Pemberian sijil penyertaan kepada Ketua Pengawas SKPTM sebagai wakil kepada semua pelajar dari pihak MRSM. Hadiah disampaikan oleh Penolong Pengetua MRSM Transkrian.

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk hadir ke program tersebut, anda boleh tonton beberapa rakaman video yang saya ambil ketika bercakap topik yang sama di tempat lain.

Semoga bermanfaat.



Sayangi ibu bapa anda


Minta dengan Allah.


Tulis matlamat anda

Bagi ibu bapa yang berminat untuk dapatkan buku yang saya tulis, mengenai Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Boleh hubungi saya di 019-5782515. Firdaus.


Dapatkan buku ini segera daripada saya pada harga RM20 sahaja.

Atau, anda juga boleh mendapatkan DVD Seminar Seminar lain yang pernah saya sampaikan.

Seminar 1 jam 40 minit. Perkongsian teknik belajar cemerlang yang saya amalkan sehingga menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, UK.

Seminar Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang. Sama seperti yang saya sampaikan di SKPTM.


Seminar tips menjadi usahawan selepas habis belajar.

Jika berminat sila PM saya di 019-5782515. Firdaus. 

Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Naib Yang Dipertua PIBG SKPTM

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top