180 Hari - TAMAT
==============

6 bulan lepas, saya mensasarkan rumah ini mesti siap.

Hari ini, genap 180 hari saya berjuang, fight untuk siapkan sebuah rumah untuk keluarga saya.

Dan dengan rendah diri saya katakan, SAYA GAGAL SIAPKAN RUMAH INI DALAM 180 HARI.

Sepanjang 180 hari ini, saya ada cuti dua kali.

Pertama bila saya pi Italy. Saya bercuti 10 hari.

Then saya cuti lagi 2 minggu awal bulan 3 haritu, sebab saya pergi ke gurun untuk buat reban ayam customer di sana.

Banyak kerja terbengkalai di rumah ini.

As of now, 180 hari saya masih belum siap beberapa perkara di bawah ini :


1. Plaster syiling. Dijangka siap 2 hari lagi.
2. Tiles lantai rumah. Dijangka siap 2-3 minggu lagi.
3. Cat rumah. Di jangka ambil masa 7 hari untuk cat luar dalam
4. Pagar rumah. Dijangka siap 2 minggu lagi.
5. Interior design. Dijangka siap 2 minggu sebelum raya.
6. Perabot dan peralatan elektrik. Hampir kesemua sudah dibeli. Tunggu rumah siap untuk bawa masuk.

Dijangka masuk rumah seminggu sebelum raya.

Kalau tanya saya penat ka tak, saya akan jawab. Teramat penat.

Bukan senang nak buat rumah sendiri.

Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan.

Tambahan pula, ini rumah pertama yang saya buat sendiri.

So.... it's not easy.

Anyway, saya ucapkan tahniah kepada diri saya kerana berjaya juga buat sehingga ke tahap ini.

Semoga Allah mudahkan urusan saya untuk siapkan kerja kerja ini.

Rabbi Yassir Wala Tuassir.


Pasang plaster siling.


Insya Allah, 2 hari lagi siap plaster siling. 

Wassalam

Mohd Firdaus


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top