Assalamualaikum,

Saya doakan pembaca blog MariaFirdaus.com.my sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, Allah beri kelapangan kepada anda dan dimasukkan anda ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Hari ini saya nak share dengan anda satu artikel yang saya rasa sangat bagus untuk kita sama sama ambil iktibar dari kisah ini.

"THE BLIND SPOT"

Semua peninju profesional memiliki JURULATIH.


Bahkan, petinju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki JURULATIH.
Yaitu ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...

Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup, kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain YANG :

×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita MULAI melakukan SESUATUkesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.
Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :

×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN

Itulah yang MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. 

Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top