Fawwaz is 8 Months Old!
==================

Alhamdulillah. Harini Fawwaz dah 8 bulan. 

Fawwaz baru baik demam 2 hari lepas sebab nak keluar 2nd tooth.

Sekarang Fawwaz dah pandai membebel, merangkak baru nak sikit2 je angkat punggung. Tapi mengesot macam askar dah lajuuu. Penat Ummi kejar. 😄

Btw, nak tau ada apa dengan Pooh bear yang besar ni? 🐻

Actually Pooh bear ni Ummi dapat hadiah daripada Abi masa kami study kat Sheffield, UK dulu. Exactly on today's date in year 2003. So dah 13 tahun dah Ummi simpan. Dari UK bawak balik ke Malaysia.

Struggle Abi beli Pooh ni kat Sheffield City Centre dan bawak naik bas, sambil balut dengan plastic sampah. 😜

Sampai depan rumah sewa Ummi baru Abi bukak plastic tu, malu punya pasal. Haha. Sweet je Abi ni dulu tau. 😍

Actually Pooh tu asalnya ada pegang bantal LOVE, tapi bantal tu dah tercabut pastu tak tau pegi mana.

Nostalgia je bila teringat balik kisah muda2 dulu. Hihi.

Semoga kasih sayang kami kekal hingga ke Jannah, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Amin. 😘




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top