Assalamualaikum,

Saya doakan adna yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Cabaran Dari Guru Besar

Pada hari Sabtu yang lepas, Guru Besar SKPTM memberi ucapan semasa Hari Mesyuarat PIBG sekolah.


Dalam salah satu kandungan ucapan beliau, beliau mahu ibu bapa memberi sokongan kepada pihak sekolah untuk menjadikan kelas anak anak mereka lebih cantik.

Sekarang ini dah tak sama macam dulu.

Peruntukan dari pihak kerajaan semakin berkurangan.

So, pihak sekolah sangat memerlukan sokongan ibu bapa untuk menambah keceriaan kelas anak anak mereka.

Matlamat pihak sekolah, kalau tempat pembelajaran anak anak selesa, anak anak akan lebih bersemangat untuk belajar. 

Ini langkah pertama yang perlu dilakukan kalau kita mahu melihat anak anak kita berjaya dalam peperiksaan mereka.

Kita sebagai ibu bapa mesti memainkan peranan untuk membantu anak anak kita berjaya dalam pelajaran mereka.

Since SKPTM merupakan sekolah Kluster dan berazam untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2018, pihak sekolah akan cuba buat yang terbaik untuk para pelajar.

Selain itu, guru besar juga merayu agar ibu bapa bergotong royong untuk mencantikkan kelas dan suasana kelas anak anak mereka di sekolah.

Selepas tamat mesyurat PIBG, ibu bapa diminta untuk masuk ke kelas anak masing masing dan berbincang apa yang perlu dilakukan untuk menceriakan kelas anak anak mereka.

Tindakan Ibu Bapa Kelas 1 Amanah

Kalau ikut kehadiran, ada 14 ibu bapa dari kelas 1 Amanah yang hadir mesyurat PIBG. Jumlah pelajar kelas ini 35 orang.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Namun, selepas mesyuarat PIBG, hanya 8 ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat ibu bapa bersama guru kelas di kelas anak masing masing.

Guru kelas menjelaskan kepada kami, mereka meminta agar kami memberi sokongan kepada anak anak kami di sekolah.

Jika ibu bapa bantu guru, insya Allah lebih mudah dan bersemangat guru untuk ajar anak anak kami nanti di sekolah.

Antara yang diminta adalah untuk menceriakan kelas anak anak kami.

Dalam mesyuarat itu, mereka bertanya, "Bila kita nak buat gotong royong?"

Saya jawab.

"Esok kita buat. Mana yang free boleh hadir. Kalau tak free, nak buat macam mana. Sebab kalau nak tunggu semua orang free sampai bila pun tak leh buat."

Alhamdulillah, semua bersetuju.

Maka hari Ahad, ketika mana ramai orang lain sedang beronok ronok di rumah, kami sebahagian ibu bapa yang hadir pada mesyuarat PIBG dan mesyuarat di kelas hadir ke kelas anak kami.

Kami bertekad untuk menyahut seruan guru besar untuk menjadikan kelas anak kami seperti Kelas Alaf 21.

Mesyuarat semalam, kami dah bersetuju untuk kumpul RM20 seorang. Jadi dengan ada 35 pelajar, kami boleh kumpul RM700 untuk tujuan keceriaan kelas.

Since duit belum dikumpul, maka salah seorang ibu bapa advanced kan duit beliau dulu untuk tujuan ini. Nanti kami kumpul balik kutipan dari semua ibu bapa.

Kami juga create satu group Whatsapp untuk perbincangan ibu bapa dan guru di situ.

Gotong Royong

Pada pagi Ahad, seperti dirancang kami semua hadir ke kelas anak kami dengan peralatan masing masing.


Keadaan asal kelas anak kami.


Bahagian belakang


Sudut bacaan pelajar yang masih 'kosong' dihujung itu.


Pandangan depan kelas


Pandangan meja guru dan rak buku untuk guru


Kelas ini kemas dan tersusun, tapi belum cukup ceria.


Jom kita mulakannya.... 


Para bapa bersemangat untuk memulakan kerja kerja mengecat. Tugas pertama, bersihkan dulu dinding dan juga apa yang perlu. 


Warna tema kelas adalah hijau, pink dan putih


Sementara para bapa mengecat, para ibu termasuk Maria ditugaskan untuk pergi membeli pembalut meja untuk anak. Akhirnya,  kami pilih yang warna merah hijau dan cream tu.


Suruh tauke kedai potong siap siap pembalut ni, so that balik nanti tak yah potong dah. Boleh terus balut meja pelajar.


 Pn Asyikin bersemangat untuk balut meja sambil dibantu oleh ibu ibu yang lain.


Salah seorang ibu bapa pelajar bercadang untuk sponsor langsir kelas anak kami. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki beliau.


Setelah dibandingkan, warna curtain masuk dengan warna kelas anak kami nanti.


Siap kelas anak kami. Cuma board tu akan dipasang dengan kain penutup oleh guru kelas nanti. Kain kami dah beli, tapi tak sempat nak pasang.


Adik adik bersemangat nak membantu menceriakan kelas


Ini adalah warna yang telah kami hasilkan. Anda nampak jalur kat atas tu. Subhanallah, bukan senang rupanya nak cat jadi jalur macam tu. Sangat rumit kerjanya. Tapi hasilnya sangat cantik. Ikut plan kami nak buat sampai bawah jalur tu. Tapi tersangat ambil masa, so yang bawah tu kami mudahkan ajer la.


Susunan meja di dalam kelas.

Jika ditanya kami, tugas kami belum selesai.

Kami masih ada beberapa tugas yang perlu diselesaikan.

1. Buat sudut bacaan dalam kelas anak kami. 

2. Kumpul satu buku satu pelajar. So, kalau satu parents sponsor 1 buku untuk bacaan dalam kelas, akan ada 35 buku nanti dalam kelas. 

3. Menceriakan papan kenyataan dalam kelas.

4. Berbincang keperluan meletakkan tikar getah dalam kelas.

So, Insya Allah. Kami ibu bapa kelas 1 Amanah akan terus cuba untuk beri komitmen terbaik kepada pihak sekolah.

Sebab kami tahu, kejayaan anak anak kami bermula dengan sokongan kami kepada pihak sekolah.

Kalau kami menyokong usaha pihak sekolah, para guru akan lebih bersemangat untuk mengajar anak anak kami.

Alhamdulillah, get the job done.

Kami bermula jam 9 pagi, kami selesai sekitar jam 2:30 petang.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Semoga kisah kami ini memberi semangat kepada ibu bapa lain untuk bantu menceriakan kelas anak kita masing masing di sekolah.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivatin And Inspiring Others

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top