Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Mesyuarat PIBG 2016 Yang Pertama

Alhamdulillah, hari ini 24 Januari 2016 hari Ahad, ketika mana ramai orang meluangkan masa bersama keluarga di hari cuti, kami para guru SKPTM dan AJK PIBG mengadakan mesyuarat buat kali pertama.

Matlamat kami adalah membincangkan tugas tugas para guru yang boleh dibantu oleh pihak ibu bapa.

Buat kali pertama, ramai muka muka baru dilantik sebagai wakil ibu bapa sebagai AJK PIBG.

Alhamdulillah, saya perhatikan komitmen yang diberikan oleh AJK PIBG sangat amazing.

Bagi saya, kerja jadi AJK PIBG ini bukan kerja berbayar. 

Disamping itu, kena banyak luangkan masa untuk bantu pihak sekolah untuk melancarkan program program di sekolah.

Bagi saya, perlantikan AJK PIBG ini adalah satu amanah buat kami semua.

Kami semua ingin bantu untuk menambah nilai kepada pihak sekolah, tempat anak anak kami semua belajar.

Jam 10 pagi mesyuarat bermula.
 

YDP PIBG, anak muda yang juga bekas pelajar SKPTM iaitu En Farid Suwardi memulakan mesyuarat ini dengan kata kata aluan.


Mesyuarat diteruskan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKPTM iaitu Pn Hajjah Che Jamaliah.

Banyak perkara yang disentuh oleh guru besar. Antaranya :

i. Senario sekarang dah tak sama macam tahun tahun sebelum ini. Peruntukan yang diberikan kepada pihak sekolah sekarang dipotong sebanyak 70% berbanding tahun tahun sebelum ini.

Pihak sekolah benar benar memerlukan sokongan daripada ibu bapa bagi meneruskan program program yang dirancang kepada pelajar.

ii. Pihak sekolah sangat mengharapkan AJK PIBG boleh menarik penglibatan ibu bapa dalam program sekolah. 

Mutakhir ini, sambutan yang diberikan oleh ibu bapa kepada program program pihak sekolah kurang memberangsangkan.

Kalau boleh, pihak pengurusan mahu para guru dan ibu bapa sama sama mengembleng tenaga dan usaha untuk sama sama membantu kejayaan para pelajar SKPTM dari segi akademik, sahsiah dan akhlak.

Kita mahu lahirkan pelajar yang cemerlang, bukan saja berjaya di dunia tetapi juga berjaya di akhirat.

iii. Pihak sekolah perlu melancarkan Program Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) di sekolah. Pihak sekolah seboleh mahu para ibu dan bapa sentiasa menyokong semua aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan keseluruhannya.

iv. Pada 30 Januari nanti akan diadakan Mesyuarat KSIB di sekolah yang mana pihak sekolah mengharapkan ibu bapa hadir bagi memberi sokongan terhadap program program di sekolah.
SKPTM sekarang ini merupakan sekolah kluster dan guru besar berharap SKPTM dapat dinaik taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2018.

Untuk tahun 2016, pihak sekolah mensasarkan 50 orang pelajar untuk memperoleh 6A dalam UPSR. Ia satu angka yang tinggi, tetapi tidak mustahil dapat dicapai jika semua pihak memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.

v. Bulan 3 nanti akan diadakan ujian pertama untuk semua pelajar. Ia akan jadi penanda aras terhadap pencapaian seseorang murid.

Dari situ guru boleh menilai murid mana yang cemerlang dan terus diasah bakat mereka dan mana yang lemah dan perlu diberi perhatian yang lebih.

Dan kejayaan SKPTM bukan ditekankan untuk pelajar Tahun 6 sahaja, tetapi mesti bermula dari Tahun 1 lagi.


Antara AJK PIBG dan guru yang hadir mengorbankan cuti hujung minggu mereka demi kejayaan anak bangsa.


Dari kanan, En Shukor, En Firdaus Asari, Cikgu Radi, En Firdaus Mat Saad dan En Shahrul.


Mesyuarat di teruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu dan juga terus membincangkan agenda agenda yang perlu dijalankan oleh pihak sekolah.

Antara agenda yang dibincangkan :

i. Pelancaran Tabung Wakaf Water Filter

Untuk pengetahuan anda, di SKPTM masih belum ada water filter untuk diminum oleh para pelajar.

Pelajar perlu sama ada bawa bekal air kosong dari rumah atau beli dari kantin.

Untuk memastikan anak anak sentiasa dapat minum air yang cukup di kala cuaca yang panas ini, pihak PIBG berusaha untuk memastikan semua pelajar dapat bekalan air yang sihat dan mencukupi.

Mahu tidak mahu, pihak sekolah perlu cari dana untuk beli water filter nanti.

** Jika anda yang membaca entri ini berhasrat untuk mewakafkan satu water filter di sekolah ini, anda boleh hubungi YDP PIBG SKPTM iaiti En Farid ( 019-5025222 ).

ii. Program Mencari Dana PIBG

Untuk makluman anda, tabung PIBG SKPTM hampir kering. Tahun lepas, kutipan sebanyak RM30 dibuat untuk setiap pelajar. 

Namun pada tahun ini, semasa mesyuarat PIBG yang lalu telah lulus usul sumbangan PIBG dikurangkan kepada RM10 untuk setiap pelajar.

Allahuakbar.

Semasa kutipan RM30 pun wang tak cukup, inikan pulak RM10.

Sesekali bila difikirkan, saya sedikit terasa 'malu'.  Kerana ramai ibu bapa yang 'berkira' untuk memandaikan anak anak mereka.

Saya ada terdengar di sekolah Cina, mereka mengumpul RM100 bagi setiap pelajar yang belajar di situ untuk kegiatan PIBG sekolah mereka.

So, sekarang anda boleh faham mengapa sekolah beraliran Cina boleh menjalankan pelbagai program untuk memandaikan bangsa mereka.

Opss... Kita lupakan bab ini seketika. Ia bukan isu perkauman. Cuma saya mahu meminta ibu bapa bangsa saya berfikir, it's the time for us to change our mind.

Kalau nak tengok anak anak kita berjaya, kita perlu banyak 'memberi'. The more we give, the more we get.

So, mahu tak mahu. Kami AJK PIBG dan guru perlu berfikir dari sekarang. Macam mana kami mahu menampung kekurangan dana untuk digunakan bagi program kecemerlangan pelajar.

Menjadikan anak anak kami di SKPTM cemerlang merupakan priority kami.

Ia TANGGUNG JAWAB kami untuk bantu.

Dan apa yang saya paling respect, ada beberapa AJK PIBG yang betul betul supportive dengan pihak sekolah.

Mereka bukan saja meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk pihak sekolah. Tetapi mereka juga sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri bagi memastikan sedikit sebanyak kekurangan pihak sekolah dapat ditampung.

iii. Kem Kepimpinan Pelajar SKPTM

Pada 30 Januari 2016 ini, akan diadakan program Kem Kepimpinan untuk pengawas dan pemimpin dikalangan pelajar.

Matlamat program ini adalah untuk memastikan para pelajar dilatih untuk menjadi pemimpin yang berkarisma satu hari nanti.

Ketika mana dana kewangan yang sempit, pihak PIBG masih mampu untuk terus support program program sekolah demi memandaikan anak bangsa.

Saya yang buat kali pertama dilantik menjadi AJK PIBG mula terasa kagum dengan semangat guru dan ibu bapa yang mahu melihat anak anak kami berjaya.

Yang lebih saya kagum, dalam mesyuarat ini mereka tak fikir macam mana nak bantu anak mereka berjaya. Tetapi mereka berfikir macam mana nak bantu anak orang lain berjaya.

Allahuakbar. Semoga Allah merahmati usaha mereka ini.

iv. Dana PIBG Lagi

Pi mai pi mai, YDP masih menekankan bab dana PIBG.

Beliau mengajak kami semua berfikir macam mana boleh bantu untuk tambah lagi kutipan duit PIBG.

Kami wakil ibu bapa mahu memastikan anak anak di SKPTM akan terus dilatih, diajar, dididik untuk jadi pelajar yang cemerlang walaupun kami terpaksa bekerja keras untuk memastikan dana terkumpul cukup.

Mungkin akan ada dikalangan orang luar berfikir, "Aihhh... Takkan sekolah tak ada duit?"

Dulu, saya pun berfikiran macam ni. 

Tapi bila saya sendiri berada dalam AJK PIBG, baru saya tahu susah payah, perit jerih yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah bagi memastikan proses pembelajaran anak anak berjalan lancar.

Sekarang saya percaya. Rupa rupanya masalah dana rupa rupanya menjadi isu yang agak besar buat semua sekolah.

Anda tanyalah sekolah mana pun, mereka kekurangan wang sekarang untuk menjalankan program pelajar.

Jika AJK PIBG aktif mencari dana, Alhamdulillah.

Kalau ada seorang dua anak menteri belajar di sekolah tu, Alhamdulillah.

Kalau ada seorang dua anak jutawan belajar di sekolah itu, Alhamdulillah.

Di SKPTM, kami sedar. Ramai ibu bapa yang bergelar jutawan. Dan kami berharap sangat akan ada seorang dua yang tampil untuk terus support dari segi kewangan kepada pihak sekolah.


Hal hal lain. 

Saya mula berbicara. Saya tekankan konsep database kepada semua AJK PIBG. Saya terangkan, di SKPTM ramai ibu bapa yang mahu bantu pihak sekolah. 

Di SKPTM, ramai ibu bapa yang sebenarnya tak berkira untuk menyumbangkan wang ringgit untuk pihak sekolah.

Cuma mungkin mereka tidak tahu saluran mana yang perlu diberikan.

Dan saya terangkan beberapa strategy macam mana kita nak timbulkan kesedaran dari pihak ibu bapa untuk terus sokong program sekolah.


Semua AJK diberi peluang untuk bercakap pada penghujung mesyuarat bagi membincangkan hal hal berbangkit.

Alhamdulillah, semua AJK memberi kerjasama yang hebat dan komitmen yang tinggi. 


Di akhir mesyuarat, guru besar beri penerangan agar semua yang dirancang akan berjalan lancar.


Selepas mesyuarat, kami semua menjamu selera yang disediakan oleh Datin Shamsina yang merupakan bekas pelajar SKPTM dan juga AJK PIBG sekarang.

Alhamdulillah, terima kasih datin atas sokongan yang diberikan.

Sebelum berpisah, guru besar ada berbisik kepada saya. 

"En Firdaus, saya rasa Insya Allah tahun ini SKPTM akan jadi lagi cemerlang. Saya seronok dengan semangat AJK PIBG yang betul betul nak support sekolah."

Insya Allah. Sama sama kita doakan. 

Agar satu hari nanti, matlamat SKPTM untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2018 akan tercapai. Insya Allah.

Kepada para pembaca blog ini, kami mohon doa dari anda. Doakan kejayaan kami semua membantu untuk memandaikan anak bangsa.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Naib Yang Dipertua PIBG SKPTM
"Memberi Dan Terus Memberi"

Sila Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Dan Beri Inspirasi Kepada Anda

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top