By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca semua? Maria doakan anda sentiasa dalam lembayung rahmat Allah. 

Mungkin ramai antara anda yang dah tahu. Bulan ini January 2016, tiba-tiba je viral kes orang yang mengutuk ibu-ibu yang selfie sambil breastfeeding. 

Pada pendapat Maria, memang perbuatan selfie sambil breastfeeding tu tak sepatutnya dilakukan. Tapi jangan lah sampai dikutuk dan dilabel ibu-ibu ni dengan gelaran yang tak sepatutnya. 

Biasalah semua manusia pun pernah buat silap. Maybe ibu-ibu tu terlebih excited dan nak share excitement tu dengan kawan-kawan yang sama-sama breastfeed jugak. Malangnya gambar tu dah terlepas keluar. 

So apa pun, tegurlah mereka dengan cara yang baik yer. InsyaAllah, lepas ni mesti mereka dah sedar dan tak buat silap lagi. 

Actually, entry ni bukan nak cerita pasal kes viral tu. 

Tapi Maria ada dapat komen dari sesetengah ibu muda yang baru dalam pengalaman menyusu ni. 

Disebabkan kes kutukan kepada ibu breastfeed yang selfie tu, ada pulak yang dah jadi TAKUT NAK MENYUSU DI TEMPAT AWAM sebab takut kena kutuk jugak. 

Aduhai..ada yang siap plan nak bagi formula pulak lepas ni bila nak keluar dengan baby. 

Kepada mereka yang tiada pengalaman menyusu, anda kena faham. 

Baby kalau dah nak menyusu tu, dia nak menyusu SEKARANG JUGA. Tak boleh nak tangguh-tangguh dah. Huhu. 

So kalau ibu-ibu takde persediaan dan ilmu yang baik, akan mudah jadi stress bila anak mengamuk nak menyusu di tempat awam. 

Ibu-ibu, janganlah takut nak menyusu in public yer. Banyak je caranya nak menyusu baby dalam keadaan AURAT DAN MARUAH TERPELIHARA

Yang penting, mesti ada ILMU yer. 

So Maria nak share 5 tips mudah menyusukan bayi di tempat awam yang dah lama Maria amalkan selama menjadi Breastfeeding Mom sejak tahun 2009. Semoga bermanfaat untuk anda :)


Fawwaz's first visit to Shaklee HQ di KL in Sept 2015. Masa ni ada event Shaklee so memang ramai orang kat sini. Alhamdulillah, mudah je menyusu di mana-mana. :)


5 TIPS MUDAH MENYUSUKAN BAYI DI TEMPAT AWAM

1) Pakaian Menyusu Yang Sesuai

Yang paling utama, pastikan anda sentiasa memakai NURSING BRA yang selesa dan mudah digunakan untuk menyusu. Kalau pakai bra biasa, memang agak susah nak buka. 

Biasanya masa kita menyusu baby di sebelah, yang sebelah lagi pun akan keluar susu. So untuk mengelakkan baju basah di khalayak ramai, eloklah kita sentiasa pakai NURSING PAD (ada jual yang washable / disposable). 


Contoh Nursing Pad

Untuk baju pulak, sekarang ni dah banyak dijual BLOUSE/JUBAH MENYUSU yang ada bukaan button / zip / lift-up di bahagian dada. Jadi tak perlu nak angkat baju untuk menyusu. 

Atau kalau pakai blouse biasa yang takde bukaan di dada, pakailah baju yang LABUH DAN LONGGAR, supaya bila kita angkat baju tu untuk menyusu, bahagian belakang badan juga tertutup. 

Pakai tudung dan baju yang labuh, longgar dan menutup aurat yer, InsyaAllah, segalanya jadi mudah. :)


2) Susukan Bayi Sebelum Keluar Kenderaan

Ok, tips ni perlukan time planning yang baik dalam perjalanan kita. 

Biasanya kalau travel dengan kereta, Maria akan budget dulu pukul berapa akan sampai ke destinasi. Then make sure dah breastfeed baby siap-siap sebelum nak turun dari kereta. 

Contoh lagi 15 minit nak sampai ke destinasi, breastfeed lah dulu. Kadang-kadang tu kalau terlupa, husband yang tolong ingatkan. 

At least, bila kita sampai ke destinasi, ada masa banyak untuk selesaikan urusan sebelum tiba masanya baby nak menyusu lagi. 


3) Cari Tempat Yang Strategik

Ok, bila dah berada di tempat awam, dan baby dah merengek nak menyusu. 

Kat mana nak cari tempat yang strategik? 

Kalau di Shopping Mall, sekarang dah banyak BABY'S ROOM iaitu tempat tukar lampin baby yang juga disediakan tempat untuk ibu menyusu. Contohnya Baby's room kat Jusco siap ada bilik-bilik berlangsir lagi untuk ibu menyusu. Memang selesa sangat.


Baby's Room at Jusco. 

Kalau tempat tu takde baby's room, boleh cari SURAU. Kalau takde surau atau jauh sangat, carilah mana-mana FITTING ROOM. Carilah kedai baju wanita mana-mana. Then masuklah kejap dalam tu. Hehe. 

Kalau kita berada di kawasan terbuka, boleh cari tempat yang kurang orang lalu. Kalau dalam bangunan, boleh cari tempat yang MENGHADAP DINDING. Then suruh lah husband atau anak yang besar cover kejap di belakang kita.

Atau kalau memang dah takde tempat yang sesuai, Maria akan pergi menyusu DALAM KERETA. Tapi jarang sangat lah sampai kena masuk balik ke kereta sebab biasanya ada je tempat yang sesuai. 

Setakat ni, Maria tak pernah lagi pulak sampai kena menyusu dalam TOILET, sebab biasanya pasti akan jumpa alternatif di atas. 


4) Bawa Selendang / Nursing Cover
Contoh Nursing Cover

Kalau tak jumpa tempat yang strategik, SELENDANG/NURSING COVER ni boleh jadi penyelamat. 

Ianya menutup terus bahagian atas badan kita dan badan baby. So memang tak nampak langsung yang kita tengah menyusukan baby. 

Cumanya, pada pengalaman Maria, kalau berada di tempat yang agak panas, baby pun akan meragam sebab lemas dan berpeluh-peluh duduk dalam nursing cover tu. Huhu. 

Kalau kat tempat yang sejuk atau kuat air cond nya then sesuai sangatlah pakai nursing cover ni. 


5) Bawa Bekalan Makanan / Minuman Bayi 

Untuk baby yang dah lebih 6 bulan dan mula makan solid food. Kita boleh bawa bekalan snack dan air masak untuk baby. 

At least, kalau dia lapar sangat boleh lah kita bagi bekalan tu dulu, sementara nak cari tempat strategik untuk menyusu kan. Sebelum baby mengamuk dengan kuat. Hihi. 


Keep Calm and Be Proud Of Breastfeeding!!

So ibu-ibu yang baru nak bermula dalam breastfeeding, jangan lah risau sangat yer. 

Mungkin akan ada spesis manusia yang tak faham tentang breastfeeding dan pelik duk tenung kita tengah buat apa kat tempat awam. Jangan menggelabah atau rasa tak selesa. 

Caranya senang je. Kalau ada strangers tenung kita, cuba kita tenung dia balik. Confirm lepas tu dia akan alihkan pandangan ke tempat lain. Hehe. Try lah.  

InsyaAllah, semoga sharing ini dapat membantu ibu-ibu untuk teruskan menyusu walau di mana saja kita berada. 

Happy Breastfeeding!!



===========

SET MENYUSU TERBAIK!!



Alhamdulillah, setakat ini Maria sendiri dah berjaya menyusukan 3 orang anak lelaki (2 orang sehingga 2 tahun. Yang ke-3 baru nak masuk umur 7 bulan pada Jan 2016). 

Ini adalah Set Menyusu yang Maria amalkan dan Maria highly recommend kepada semua ibu-ibu menyusu untuk maintain production susu dan juga kesihatan ibu dan baby. 

Syukur sangat dengan berkat usaha tambahan nutrisi semulajadi dari Shaklee, Allah limpahkan rezeki susu yang banyak untuk semua anak-anak Maria. Berkat susu ibu juga, anak-anak lebih sihat dan jarang-jarang jatuh sakit. Syukur Alhamdulillah. 

Untuk info penuh tentang Set Menyusu ni, sila click link ini:-


Jika ada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam penyusuan dan inginkan supplement yang terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI, boleh hubungi Maria yer. 

InsyaAllah, Maria sedia membantu anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat Maria nanti. 

Thanks for reading! :)
~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


1 comments:

  1. Tips yang berguna..thanks atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top